Penaja :

Tuesday, 28 September 2010

Jom sertai e-dagang

90% dari sumber rezeki ialah dari bidang perniagaan. Jadi, kenapa tidak sertai perniagaan?. Sedarlah kerja makan gaji sampai akhir hayat pun takkan selesa / kaya.

Dah berpuluh tahun kita kerja untuk kayakan orang lain atau pihak lain, kenapa tak usaha kerja untuk kayakan diri sendiri pula?.

Erti kehidupan selesa ialah bebas dari hutang, mampu beli apa yang mahu dibeli, dan dapat pergi ke mana teringin nak pergi. Peluang kecapi kehidupan selesa ini sudah ada, terbukti berjaya dan selamat. Kenapa tak turut serta?. Masih mahu menunggu kalau-kalau bulan akan jatuh ke riba?.

Ramai yang kata tak percaya adalah mereka yang tak berjaya. 

Mereka yang kata tak percaya sentiasa beri 1001 alasan, sedangkan mereka yang percaya sedang sibuk membina kejayaan dan kekayaan.  

Jangan sertai perniagaan skim cepat kaya atau sistem piramid yang tak sah, tak berdaftar, meragukan dan diharamkan. Sertai E-dagang. Terbukti selamat dan telah melahirkan ramai usahawan berjaya.


Jom sertai saya dan mereka yang telah pun berjaya di N.D.LALA NETWORK.  Kita usahakan bersama untuk berjaya bersama.


Hubungi saya di email : 
nasahmad@ymail.com 
atau 
nasahmad@ovi.com

atau hantar mesej kepada saya di blog ini
http://nas-ahmad.blogspot.com

atau hantar mesej ke Inbox di Facebook saya
http://www.facebook.com/pages/NAS-AHMAD-fan-page-laman-sahabat-NAS-AHMAD/229382043231.  

Sila sertakan nombor telefon anda. Saya akan hubungi anda segera untuk keterangan lanjut.

(Hanya untuk mereka yang tinggal di kawasan KL, PJ dan Shah Alam sahaja - untuk kemudahan pertemuan kita). 

Sertai e-dagang berdaftar, jangan sertai skim cepat kaya

Nak berjaya, ikut cakap orang yang dah terbukti berjaya, bukan ikut cakap orang negatif yang dah terbukti mereka juga sama susah dengan kita.

9/10 punca rezeki adalah dari bidang perniagaan (bukan kerja makan gaji).

Majlis Pelancaran di Melaka

TERBUKTI SUKSES! : N.d.Lala kini miliki 4 kereta mewah, sebuah banglo mewah dan sebagainya hasil perniagaan e-dagang..












Friday, 24 September 2010

Melodiraya & Mentor 4 Raya sukses!

Rating terkini : Seramai lebih 1.4 juta menonton Melodiraya Part 1 (siaran 12hb Sept '10), seramai lebih 1.545 juta menonton Melodiraya Part 2 (siaran 19hb Sept '10) dan seramai lebih 2.9 juta menonton Mentor 4 Raya (siaran 19hb Sept '10). Sukses!. Terima kasih semua. Sokongan anda semangat kami utk hasilkan yang sentiasa terbaik. Yeah!
 




 

Kamal (Saturnine) mangsa bunuh!

Tak ramai tahu salah seorang dari mangsa kes pembunuhan Sosilawati iaitu Kamal dulu adalah anggota kumpulan Saturnine. Kumpulan ini pernah popular dengan lagu 'Half' suatu ketika dulu. Saksikan paparan eksklusif ini di Galaksi esok (Sabtu 25hb Sept '10) mulai jam 9:00 malam di TV9.

Kamal pemain bass kumpulan Saturnine
 
Saturnine


Saturnine popular dengan lagu Half dan Raining Grace

Album kumpulan Saturnine.

Kamal dalam kenangan.

Mangsa bunuh kes Dato Sosilawati.

Thursday, 23 September 2010

Aarrgghh!!....kena masak le pulak!

Rabu 22hb Sept 2010 : Nas diundang jadi tamu untuk rancangan 'Sarjan Saji'. Alamak!......rancangan masakan tu!.
Ishh, bab makan Nas memang A, tapi bab memasak......Nas memang tak tau masak. Hancus!. 

Tapi....Nas pun pantang dicabar. He he he. Bila director program tu Kama call dan mintak Nas jadi guest program tu pulak......mulanya panik gak, tapi......laayyaann aja la!.

Program ni unik....satu program masakan yang lain dari biasa. Sementara tunggu masakan tu siap ke apa ke siap ada segmen-segmen sampingan yang buat orang tak bosan. Best lorr!. Chef Kamarul host program ni dengan 'maskot' program ni si Sarjan Saji. (He he...pelik gak tengok Sarjan Saji ni pakai skirt!).  

Nak tau apa Nas masak?.......menjadi ke hangus ke?.......sedap ke tak sedap langsung?......
....korang tengok le sendiri bila siar kat TV3 hari selasa 16hb Nov '10 nanti jam 11:30 pagi. Yeah!








video

Saturday, 18 September 2010

M.Rajoli dalam kenanganku

Innalillah..........

Jumaat 17hb September 2010 seniman M.Rajoli menghembuskan nafas akhir pada kira-kira jam 10:40 malam di katil 17, wad 6B, tingkat 6, Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat selepas waktu zohor keesokan harinya.


Sekitar 3 tahun yang lepas seniman veteran ini diserang penyakit ketumbuhan kelenjar dalam otak. Nas dan krew TV3 berkesempatan mengunjungi beliau di hospital. Keadaan beliau ketika itu nyata lemah kerana baru sahaja menjalani rawatan kimo. Hasil tinjauan ini telah kami siarkan di Melodi siaran TV3 menerusi segmen 'Terjah!'. Dari paparan itu penonton TV3 dapat maklumat sebenar dan terkini mengenai keadaan kesihatan pelakon ini ketika itu.

Selang tiga minggu kemudiannya Nas turut berkunjung pula ke sebuah pusat fisio di mana beliau ditempatkan untuk rawatan susulan pula. Dari paparan yang disiarkan di Melodi ini juga kelihatan beliau masih dalam keadaan lemah. Dengan bantuan dari isteri pertamanya Kak Mah dan isteri kedua Hajjah Wan Chik Daud seniman ini dibantu untuk melakukan senaman harian serta cuba untuk berdiri dan berjalan sendiri. Di peringkat ini tutur katanya perlahan tapi boleh difahami jika diteliti. Bagaimanapun terdapat petanda 'kesegaran' dalam nada tuturnya yang menunjukkan potensi akan sembuh suatu hari nanti.


Ambang sambutan Aidilfitri tahun 2008, Nas ditugaskan menerbit dan mengarahkan program khas Hari Raya di TV3 berjudul 'Setahun Sekali Lagi' (sambungan dari program 'Setahun Sekali' yang pernah disiarkan pada hari raya tahun sebelumnya). Peluang ini Nas gunakan untuk terus memaparkan keadaan terkini M.Rajoli dengan cara menyelitkan satu segmen artis-artis mengunjungi beliau di rumahnya di Hari Raya dalam program itu. Antara artis yang meluangkan masa menjayakan rakaman ini ialah Rosyam Nor, Azean Irdawaty sekeluarga dan Baharuddin Hj Omar (Anjang Aki).


'Setahun Sekali Lagi' disiarkan selama satu jam pada Hari Raya ke 5 tahun tersebut dan diulangtayang dalam versi 30 minit pula pada tarikh 22hb September 2009, keduanya di TV3.

video
Sekitar April tahun ini (2010) sekali lagi Nas berpeluang meluangkan masa membuat liputan mengenai keadaan terkini M.Rajoli tapi kali ini untuk siaran Galaksi TV9 pula. Beliau masih terlantar lemah di katil rumah yang didiami bersama isteri pertamanya Kak Mah. Kunjungan sekumpulan petugas sukarela dari sebuah hospital swasta untuk melakukan fisio terhadap M.Rajoli pada dasarnya dapat menceriakan suasana dirumah itu. Bagaimanapun pada hakikatnya pada pengamatan Nas keadaan beliau masih lemah dan ingatannya kian pudar. Dalam interbiu yang Nas lakukan padanya ternyata tuturnya kian perlahan serta sukar difahami jika tidak diteliti. Beliau juga sukar untuk mengenali dan mengingati nama rakan-rakan artis yang Nas tanyakan.

video
Sama sekali Nas tidak menyangka inilah kali terakhir Nas dapat berhadapan dan menemubual aktor berkaliber ini. Beliau kini telah pergi buat selamanya.


Mohon sedekahkan Al-fatihah untuk Allahyarham M.Rajoli. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan kekasih ALLAH. Amin.










Monday, 13 September 2010

Gambar pertunangan Memey & Norman

Norman Hakim dan Memey selamat melangsungkan pertunangan mereka jam 5:00 petang Isnin 13hb September 2010. Majlis berlangsung di rumah famili Memey di Felda Tenggaruh Selatan 1 dalam suasana meriah dan sempurna.

















Friday, 3 September 2010

LAN PET PET TERJAH GANTI NAS AHMAD!

Korang ingat lagi tak Hari Raya tahun 2008 Nas pernah terbitkan satu rancangan khas Hari Raya bertajuk 'Setahun Sekali Lagi' kat TV3?.

Ada banyak segmen lawak & spontan dalam rancangan khas tu, antaranya....ni ha, segmen Lan Pet Pet jadi Nas Ahmad versi tua. Walau dah tua tapi terjah tetap terjah!. 

Masa rakaman segmen ni Nas gunakan 2 kamera tersembunyi, lepas tu arahkan Lan 'terjah' siapa-siapa aja yang dia tergerak nak terjah. Dari kawasan orang ramai kat Bazaar Jalan Masjid India sampai ke Central Market selagi jumpa ntah mana-mana orang habis semua Lan terjah. He he.

TV3 pernah ulangtayang rancangan ni raya tahun 2009 (tapi versi 30 minit je).

Camna?......nak tengok lagi tak segmen ni?.

Jommm layan video ni kasi gamat, yeah!

video
 

Huraian lirik 'Musafir Di Aidilfitri' (Nyanyian Dato' Shake, lirik Nas Ahmad)

"I nak U yg tulis lirik lagu ni...." itu kata Dato' Shake masa Nas datang jumpa dia kat lounge Hotel Istana suatu ketika dulu. Dia hulurkan sekeping CD lagu Arab bertajuk 'Raiya' pada Nas dan sambung ".....U dengar lagu ni dan tukar liriknya buat lirik Melayu, cerita pasal Hari Raya".


Sepanjang jalan memandu balik ke rumah Nas pasang CD lagu ni dalam kereta berulang-ulang kali untuk dapatkan feel nya dan fahami melodinya dulu sebelum cipta liriknya nanti. Sambil tu cari ilham gak apa inti cerita yang ngam untuk Nas jadikan lirik lagu ni nanti.


Sampai rumah Nas mula berkarya. 


Semua tau kita dah ada beratus-ratus lagu raya dan macam-macam rentak kan?. Personally Nas  rimas dengan lagu raya yang liriknya balik-balik pasal "kuih raya beranika jenis, marilah makan beramai-ramai, baju baru bermacam warna, oh suasana sungguh indah", dan lain-lain yang 'sewaktu dengannya'  semua tu. Napa, cuma itu aja ke pengertian hari raya?. Kenapa dijadikan sempit sangat skop pengertian hari raya tu sedangkan hari raya tu sebenarnya lebih indah dan lebih bermakna lagi!. 

Sebenarnya ada baaanyak memori, pengertian dan emosi lain yang lebih menarik di hari raya yang boleh diceritakan dalam lagu. Yes, ada banyak!. Kalau le makin banyak lirik lagu raya yang skop liriknya sempit, dah tentu suatu hari nanti larik lagu-lagu raya kita akan membosankan orang. Mana tak bosan, melodinya je lain tapi liriknya pusing balik itu itu je!.


Dato Shake yang Nas kenali sejak zaman dia bujang, zaman dia baru je popular kat negara Perancis dengan lagu hit pertamanya Tu Sais Je T'aime dulu seorang perantau. Apa rasa seorang perantau macam dia tu bila tiba hari raya?. Bayangkan hari tu cuma dia sekeluarga je tau itu hari raya sedangkan jiran-jiran dan masyarakat sekeliling dia bukan sekadar tak tau langsung pasal hari raya malah tak merayakannya pun. Sikit sebanyak mesti rasa macam 'syok sendiri' je kan?. Masa tu tak ada ketupat rendang, tak ada kunjung mengunjungi, tak ada suasana hari raya langsung pun!.......
......dan situasi macam ni le yang buat kerinduan tu teramat tebal pada kampung halaman, pada saudara mara dan kekawan kat kampung, tersedar le betapa hari raya tu penuh bermakna dan memang sepatutnya bukan saja dihargai tapi diraikan bersama!. Timbul le rindu teramat rindu sampaikan boleh menangis!.

Bait ni le yang Nas bentangkan dalam rangkap korus lagu ni :

Rayakan Aidilfitri, nikmat disyukuri,
Rindu membara bila merantau membawa diri.

.......bersambung pulak kat rangkap verse pertamanya :

Di sudut timur ke barat kujelajahi,
Kota mewah yang ternama sudah kuhuni.
Serinya kampung halaman aku rindui,
Air mata ku mengalir di Aidilfitri.  

Pagi hari raya......berhimpun, bertakbir dan menyempurnakan solat sunat Aidilfitri beramai  adalah suatu yang lebih harmoni, lebih bermakna, malah mampu menyentuh emosi. Amat tidak sesuai bila pagi Aidilfitri diraikan dengan pesta atau dansa di mana-mana jua.

Berpesta berdansa di mana-mana,
Berjemaah lebih menyentuh di hati ini.

Kesibukan dengan tugas seharian membuatkan ramai antara kita tidak punya masa untuk merapatkan silaturahim sesama saudara, kawan, jiran, malah anggota famili sendiri. Seeloknya di hari raya semua antara kita melupakan tugas seharian dan gunakan kesempatan ini untuk kunjung-mengunjungi serta bermaaf-maafan agak tali persaudaraan sesama kita kian erat selamanya.
 
Urusan dunia meragut masa,
Bermaaf-maafan di hari raya.

Saban hari lagu-lagu popular berbagai rentak dan bahasa sentiasa berkumandang sana sini samaada dari nyanyian artis popular tempatan atau se dunia. Bila tiba pagi raya, seruan takbir yang berkumandang hanya di hari raya mampu meluruhkan hati terutama bagi mereka yang tahu menghayatinya. 
 
Silih berganti bergema lagu di dunia,
Seruan takbir meluruh hati dan jiwa.

Setahun berlalu, sudah pun tiba,
Cahaya Syawal di pagi hari yang mulia.  

Di era 60an dulu penyanyi popular S.Jibeng (Allahyarham) pernah rakamkan sebuah lagu raya yang sama judulnya 'Musafir Di Aidilfitri'. Melodi dan liriknya lain dari versi nyanyian Dato Shake ini. Bagi Nas secara tak langsung ia bagaikan refleksi kepada peredaran masa selepas lebih 30 tahun berlalu.

Jom enjoy lagu ni bersama, yeah! 



video

Thursday, 2 September 2010

Hello!.......

Handset tercanggih di dunia.....(sampai terkeluar dari dunia!!!).

"Hello!...hello!....siapa tu?...."

"Haa?....tak dengar laa. Kuat sikit!"





video