Penaja :

Wednesday, 7 August 2013

Wahhhh meriahnya raya sakan!!


Gelagat artis-artis popular gembira sakan nak sambut raya. Nak tengok?. Klik kat sini : 
http://www.youtube.com/watch?v=jXOh3IsERKc

Tuesday, 6 August 2013

DAKWAAN TERJAH / NAS AHMAD / TV3 / MELODI DIKATAKAN FITNAH SELESAI!





DAKWAAN TERJAH / MELODI DIKATAKAN FITNAH SELESAI!.

Lima tahun lepas bila berita berkaitan 'Nas/TV3/Terjah/Melodi disaman 10 juta!' mula tersiar, ada yang tanpa usul periksa...baca aja terus salahkan Nas!. Mereka mencemuh, menyindir & mengejek Nas di internet, Nas dituduh memfitnah!...(sedangkan masa tu mahkamah belum pun buat keputusan dan kes baru diperingkat siasatan)!.


Nas terpaksa diam dan bertahan terima segala tohmahan tu tanpa sebarang komen balas atau berusaha menjelaskan kedudukan perkara sebenar sebab kes ni di peringkat urusan mahkamah, Nas tak boleh keluarkan sebarang kenyataan pun. Segalanya diserahkan pada pihak peguam Nas & TV3.

Bulan Mei lepas perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi KL. Nas dan semua pihak terbabit dalam kes ni dah berikan kenyataan dan hujah masing-masing di depan hakim. Awal Julai lepas pula mahkamah umumkan keputusan perbicaraan kes ini. Keputusan ini telah disiarkan di semua akhbar utama & di beberapa blog popular.

Syukur alhamdulillah kebenaran akhirnya terungkai. Mahkamah mendapati fitnah tak ujud, malah terjah dalam kes ini berlandaskan etika kewartawanan berintegriti!.

Semoga kes ini menjadi iktibar kepada semua. Semoga persada seni dan kewartawanan kita terus sukses seiring kemajuan negara.

Apa pun, sempena Ramadhan & Syawal mulia ini Nas harap moga silaturahim sesama kita kekal erat demi kebaikan bersama.

Terjah tetap terjah!...untuk suatu kepastian!.

Info lanjut berkenaan kes ini boleh diikuti di link berikut :

(Sensasi Selebriti) :
 http://www.budiey.com/jurey-latiff-kalah-saman-tv3/ 


(My Artis) :
http://www.myartis.com/2013/07/kes-saman-terjah-melodi-tv3-menang.html

(Utusan Online) : 
http://utusan.adamantsys.com/utusan/Mahkamah/20130717/ma_03/Saman-fitnah-Jurey-Latiff-terhadap-TV3-ditolak

(Berita Harian) :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenerbitdramagagalsamanTV3RM100j/Article

(Mstar online) :

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/7/16/mstar_hiburan/20130716171329&sec=mstar_hiburan

(Borneo Post Online)
http://www.theborneopost.com/2013/07/17/produser-kalah-saman-terhadap-wawancara-melodi/


(The Star Online) :
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/16/movie-producer-Jurey-Latiff-loses-defamtion-suit-TV3.aspx


(The New Straits Times) :
http://www.nst.com.my/nation/general/producer-s-rm10m-suit-dismissed-1.320842


(Sinar Harian) :
 http://www.sinarharian.com.my/hiburan/produser-drama-kalah-saman-terhadap-tv3-1.183285

(Gua.com) :
http://www.gua.com.my/berita-artis/Tuntutan_Saman_Jurey_Latiff_Ditolak.html

Friday, 17 August 2012

GALAKSIRAYA 2012 GAMAT SAKAN!!

Ntah apa punya raya daa..... Takda yg serious ke yg real ke, semuanya bikin gamat Hari Raya, kira pertembungan antara fantasi dgn realiti lah konon. He he..

Itulah apa yang bakal anda saksikan di GALAKSIRAYA 2012 nanti. Mana tak gamatnya, bila Azwan Ali, Ifa Raziah, Eida Moin, Roslan Shah, Julfekar, malah ramai lain golongan artis sensasi digabungkan sekali dalam satu show dah tentu jadi haru biru beb!. Tak cukup tu, Lan Pet Pet pulak muncul lagi jadi Nas Ahmad versi tua....dah tua pun masih menerjah artis sana sini lagi!.

Host Galaksi Ikhwan Hot FM & Rock Kiah Propa pulak tak duk diam, tetap bergosip sakan memeriahkan situasi. Tambah padat lagi bila diselitkan dengan paparan berita artis-artis popular juga!. Memang kaw-kaw punya!.

Maaf ye, bukan salah kami kalau anda terlepas tonton program sensasi ceria raya ni, dah bagitau awal dah ni. Eh program gamat macam ni sayang kalau anda tak sempat tengok kan?.....so kami akan tayangkan DUA KALI!. Siarannya pertamanya pada hari Raya pertama (Ahad 19hb Ogos 2012) jam 8:30 malam di TV9.

Pada yang tak sempat tonton pd tarikh tu (maybe sebab sibuk beraya atau layan tamu dtg beraya kat rumah la kan?) jangan frust, ada lagi siaran keduanya pada hari Jumaat 24hb Ogos pulak jam 8:30 malam TV9.

Apa lagi?...korang tengok ajalah gambar-gambar kat sini utk bayangkan betapa gamatnya GALAKSIRAYA 2012 nanti.
 
So......selamat menonton!






















Saturday, 21 July 2012

SALAM RAMADHAN

Jika semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKATlah penawarnya.

Jika semua UMUR adalah DOSA, maka TAQWA dan TAUBAT adalah ubatnya.

Jika seluruh bulan adalah NODA, maka RAMADHANlah pemutihnya.

Selamat menunaikan ibadah puasa, moga sempurna dan berkat.

Ikhlas dari NAS AHMAD

Friday, 30 March 2012

GALAKSI.....di zon sensasi!

Ini bukan program sepi!....ini GALAKSI!....penuh sensasi. 
video
Tiap Jumaat 8:30 malam TV9.

Thursday, 29 March 2012

Jom tempah design & print.

Salam semua. Nak tempah (design & print) tshirt ke, poster, flyers, buntings,kad nama, dll boleh tempah kat Nas. Nas dah buka advertising company ART SOULDIER CREATIVE. Sila inbox kat Nas. Nak info lanjut sila klik kat sini:https://www.facebook.com/artsouldier

Sunday, 25 March 2012

KES BOGEL DIDAKWA MELIA DAN FITNAH WAN SHADES : AWAS BLOGGERS!

 KES VIDEO BOGEL DIDAKWA MELIA DAN SAMAN WAN SHADES.

Tiba-tiba nama pelakon MELIA AIMIELIA meningkat popular di persada. Sejak bila?....bukan!, bukan sejak filem lakonannya Karipap-Karipap Cinta masuk panggung, filem tu tak berjaya kat panggung, tapi sejak tersiar di satu blog yg mempersoalkan dia adalah gadis yang beraksi separuh bogel. Menurut blog tu klip video tu dah tersebar!. 

Eh betul ke Melia gadis pelaku dalam video tu? 

Petang itu Nas terus terjah Melia yang sedang minum dengan mak dan seorang adiknya kat The Mall, KL. Melia menangis hiba dan mengadu dia difitnah oleh blog berkenaan. Ibunya juga tak dapat tahan sebak sebab malu dengan berita yang didakwa mereka sebagai fitnah itu. Aduan mereka dah Nas siarkan dalam segmen Terjah di program Galaksi hari Jumaat 17hb Februari di TV9.  

 Sila tonton di sini :




Kurang lebih satu jam lepas paparan itu disiarkan,  Nas diberitahu blog tersebut siarkan pulak sekeping gambar sepasang cincin (hitam dan silver) yang tersarung di jari Melia sama dengan cincin yang dipakai oleh gadis dalam klip video lucah itu. Fuyoo! Nas kurang terkejut dengan berita pasal cincin tu tapi lebih terkejut sebab penulis blog itu dengan beraninya mencatat bahawa gambar itu adalah 'BUKTI SAHIH'!!.  Terkejut amat ni!......begitu berani blogger tu guna ayat 'bukti sahih' dalam tulisan mereka kat blog tu!.

Mengikut etika penyiaran /kewartawanan, kesahihan sesuatu perkara itu adalah ditentukan oleh pihak berkuasa (antaranya polis, peguam atau mahkamah) sahaja, itu pun setelah siasatan rapi dilakukan bersama pihak forensik ke atau jabatan lain yang berkenaan. Kenapa bloggers tu begitu berani mensahihkan?, mereka sendiri yang rakam video tu ke?. Tentu tak kan?, agaknya mereka cuma dapat info dari mulut ke mulut aja kot?. Tapi info mulut ke mulut tak boleh pakai beb sebab masih ada pertikaian kesahihannya.

Agaknya diaorang kenal ke siapa yang konon merakam video tu dan kasi kat diaorang?. Kalau betul, bersedialah, sebab perbuatan merakam video lucah adalah satu kesalahan, apatah lagi menyimpan, tunjukkan kat kekawan atau sebarkannya.

Kalau pun bloggers tu pasti gambar tu sahih, mereka tetap tiada hak untuk men'sahih'kannya lepas mereka dapat gambar tu (yg ntah dari sumber mana). Cukup sekadar mereka mendakwa ia sebagai antara bukti yang mereka dapat utk menyokong dakwaan dalam tulisan kat blog mereka sahaja. Kalaulah semua orang ada kuasa mensahihkan sesuatu, jadi seolahnya semua orang sama tinggi kedudukan dengan pihak berkuasa, kan?. Hebatnya!.

Okay, apa pun, ekoran tu sekali lagi Nas menerjah Melia, kali ni di Ampang Point pulak. Dalam pertemuan kali ni Melia tak menangis lagi. Dia dah mula tabah hadapi isu ni dengan tenang dan wajar, bukan lagi dengan airmata. Melia jelaskan pada Nas memang kebetulan dia pakai cincin yang sama tapi gadis bogel dalam video tu bukan Melia, malah katanya pemakaian cincin macam tu dah jadi trend remaja sekarang dan ramai lagi remaja lain pun pakai yang sama.

Merasakan dirinya difitnah dan teraniaya Melia telah membuat laporan polis. Semua penjelasan Melia itu dah Nas siarkan dalam Galaksi bertarikh 24hb Februari lepas di segmen Terjah juga.  

Sila tonton di sini :


 Sedang berita ini panas menggemparkan persada, timbul pula berita bekas anggota kumpulan Shades iaitu Wan mengadakan sidang akhbar mendakwa difitnah oleh blog yang sama!. Blog itu telah menyiarkan berita yang didakwanya fitnah dengan menuduh dia adalah artis yang merogol anak tirinya sendiri!. Wan Shades kesal dan tekad untuk mengemukakan saman kepada blog terbabit kerana ini menyentuh maruahnya. Dia dah pun membuat aduan polis.

Wan hubungi Nas mengadu tempoh yang dia beri selama seminggu untuk penulis blog tersebut tampil menghubungi dia dan memohon maaf secara terbuka langsung tidak dipedulikan. Kerana itu dia bertekad untuk membuat aduan lanjutan pula. Oleh kerana berita yang didakwa fitnah ini disiarkan menerusi blog di internet, lalu kali ini Wan membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC).

Bagi Melia pula, Nas berpesan kalau andainya dia bersalah (kalaulah misalnya gambar itu memang gambar dia ke atas keterlanjuran dia suatu ketika dulu ke atau macammana sekali pun) dia perlu tampil mohon kemaafan secara terbuka, bertaubat dan takkan ulangi lagi. Nobody's perfect kan?. Tapi andainya dia memang tak bersalah, kalau gambar itu sama sekali bukan gambar dia dan dia difitnah oleh blog tersebut, dia perlu bangkit melawan dan tegakkan kebenaran secara berlandaskan undang-undang. Dia memang berhak saman. Melia berhak bukan aja menyaman blog berkenaan tu, tapi beberapa blog lain yang 'tumpang sekaki memfitnah' dengan cara copy and paste siarkan artikel tu masuk blog masing-masing pulak. Tapau sekali saman semua!.

Ingat, dalam akta penyiaran berkaitan fitnah macam ni, saman bukan aja cuma boleh dibuat pada pihak yang jadi punca penyiaran tu aja malah SETIAP PIHAK YANG MENYIARKANNYA!. Semua pihak kena bertanggungjawab!. Jangan ingat nak seronok tumpang sekaki siarkan sama supaya blog anda jadi tumpuan ramai dan anda dapat pendapatan / income dari situ. Malaysia bukan negara koboi beb yg boleh suka-suka ‘tembak’ siapa saja, Malaysia negara berdaulat dan ada undang-undang jugak macam semua negara maju lain!.

Nas cabar Melia kalau betul dia tak bersalah, ikut Wan Shades buat aduan ke SKMM pula. Melia lantas bersetuju, lalu dia dan Wan pergi ke Cyberjaya bersama dan membuat aduan di SKMM/MCMC. Detik mereka berdua membuat laporan di SKMM/MCMC juga Nas siarkan di Galaksi siaran tarikh 9hb Mac lepas.

Selepas aduan dibuat, Melia terus dihempit tekanan yg berat. Tapi masalahnya maklumlah sebagai artis baru dia tidak punya wang untuk mendapatkan khidmat peguam (yang dah tentunya memerlukan kos ribuan ringgit!). Kerana itu dia menghubungi pihak SENIMAN, dengan harapan pihak SENIMAN dapat membantu menguruskan khidmat guaman untuk dia.

Zed Zaidi (bagi pihak SENIMAN) sebaliknya mencadangkan satu pertemuan diadakan antara Melia dengan bloggers terbabit untuk menjernihkan keadaan dan bermaaf-maafan. Jumaat 23hb Mac lepas satu sidang akhbar telah berlangsung di Restoren Saloma KL berkaitan kes ini.


Sebaik selesai sidang akhbar itu Nas jemput Melia ke Sri Pentas sebagai tamu khas siaran langsung Galaksi TV9 malam itu juga. Nas sendiri interbiu Melia secara live dalam Galaksi malam itu.

Bagi Wan pula, urusan bersama peguam yang dilantik termasuk pengumpulan semua maklumat dan data berkenaan kes ini sedang dijalankan bagi mengemukakan saman. Beliau menyangkal dakwaan bahawa pihak bloggers terbabit ada menemuinya dan berbincang serta membatalkan hajat untuk menyaman sepertimana yang dikhabarkan oleh bloggers berkenaan kepada rakan-rakan media yang lain. Menurutnya bloggers terbabit langsung tidak menemuinya sejak awal isu ini tercetus hingga sekarang. 


PENJELASAN MENJERAT DIRI SENDIRI?

Nas merujuk pada kenyataan dua orang bloggers berkenaan yang videonya tersiar di portal Mymetro serta kenyataan mereka yang tersiar di muka depan akhbar Harian Metro bertarikh 12hb Mac.  

Sila tonton di sini :


Aduss!!!....Maaf ye, Nas kena berterus terang kat sini yang pada hemat Nas SEMUA kenyataan mereka berdua itu mengundang jerat kepada mereka sendiri!. Menurut mereka (bermaksud) ".....(lepas kami siarkan berita tu) kami cuma nak dia (Melia) jelaskan pada wartawan lain yes atau no (yg perempuan bogel tu adalah Melia), itu aja!".

Jawapan itu dah tentu buat orang terfikir semudah tu bloggers  berdua ni tulis berita!. Sekadar dapat berita entah dari sumber mana, lepas tu tanpa usul periksa malah tanpa hubungi Melia, terus-terus siarkan. Lepas siar tu nak mintak orang berkenaan (Melia) tampil kat diaorang untuk kata yes or no. Peraturan mana yang diaorang gunapakai ni?. Nampak gayanya macam peraturan ciptaan sendiri, kan?.

Kalaulah sesiapa pun boleh cipta peraturan sendiri, sia- sialah Malaysia ada fakulti berkaitan komunikasi media massa kat UiTM ke atau universiti yg lain tu. Buang masa lah para graduan fakulti tu belajar sampai lebih 3 tahun untuk timba ilmu undang-undang dan peraturan serta ilmu penyiaran / kewartawanan kan?!.

Dalam etika kewartawanan, untuk isu macam ni wartawan kena siarkan fair comment (komen adil dari pihak-pihak terlibat), bukan boleh terus siar macam tu aja!. Selagi tak dapat cari Melia untuk dapatkan komen balas dari dia selagi tu berita ni tak boleh disiarkan!. Kena cari sampai dapat beb!. Alasan seperti dah call tak jawab ke dah cari tak jumpa ke semua takleh pakai kat mahkamah!. Tetap kena cari, selagi tak jumpa tak boleh siar!. Kalau berani nak siar juga.....mungkin boleh, tapi siar jalan ceritanya aja, tak boleh siar nama atau gambar atau apa-apa pun imej, gambaran atau  bayangan mengenai sipolan berkenaan!. Itu pun risikonya tanggung sendiri lah kan?.

Bila dah cari tu pulak dan dah interbiu, kalau pihak berkenaan nak beri komen jujur ke nak bohong ke itu atas dia sebab yang menghakimi komen dia bukan wartawan atau bloggers!. Wartawan atau bloggers cuma melaporkan seadilnya dari mana-mana pihak berkenaan, soal betul ke tak betul ke itu bidang kuasa pihak berkuasa.  Wartawan atau bloggers (termasuk penonton atau pembaca) tak boleh nak pandai-pandai menjatuhkan hukum pada sesiapa berkenaan dalam apa saja laporan atau komen.

Selanjutnya mereka kata (bermaksud) mereka ada simpan video bogel tu. Katanya "Kami tak nak dikata menyebar video lucah, sebab tu kami cuma siarkan screen shot aja (sambil tersenyum puas)". Tapi......selanjutnya mereka tunjukkan klip video bogel yang mereka simpan tu kepada wartawan Harian Metro berkenaan dan perbuatan tu jelas boleh ditonton di video MyMetro tu!.

Perbuatan ni secara tak langsung membuktikan mereka berdua menyimpan video lucah dalam telefon bimbit mereka!. Tahukah mereka perbuatan menyimpan rakaman video lucah adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang negara?. Mereka cuma bloggers, bukan polis atau sebarang pihak berkuasa yang dikecualikan dari peraturan ni (atas sebab penyiasatan). Mereka juga bukan wartawan!, mereka cuma bloggers!...Perlu diingat bloggers tak dikecualikan dari peraturan ni!. Secara tak langsung mereka dah buka ruang bukti pada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mendakwa mereka!. Jadinya, tak settle cadangan mereka nak persoalkan Melia bersalah atau tidak tetiba mereka pulak yang buat salah!. Camna tu?.

Dalam temubual dengan wartawan Galaksi pula (siaran Galaksi Jumaat 23hb Mac 2012) bila ditanya kenapa tak hubungi Melia dan Wan sebelum berita tu disiarkan, jawapan mereka ialah kalau diberitahu dulu dah tentu 2 artis tu akan minta jangan siarkan. Sebab tu mereka siarkan dulu dan lepas tu artis tu boleh tampil jumpa mereka untuk buat penafian.

Ishhh....terfikirkah mereka bagaimana pulak kalau lepas mereka siarkan berita tu artis tu pulak taknak jumpa mereka?. Terlanjur mereka tiba-tiba siarkan berita tanpa hubungi artis tu, artis tu jugak ada hak untuk tak hubungi mereka, terus-terus proceed saman jumpa kat mahkamah aja!.

Selain tu bila ditanya kenapa siarkan gambar Wan Shades walau mereka sendiri belum pasti, jawapan mereka pun mudah...sebab Wan Shades tu selebriti!. 
Wow!....hanya sebab dia selebriti so bolehlah bloggers siar gambar dia sewenangnya ye?. Mereka terlupa kot yang selebriti pun manusia biasa!. Aduss!.

Sila tonton di sini :




  



Mengenai tulisan mereka terhadap Wan Shades pulak, mereka dengan mudah kata mereka guna tanda soal (?) pada tajuk berita tu. Disebabkan adanya tanda soal pada tajuk tu bermakna mereka bukan memfitnah Wan, sebaliknya tajuk tu cuma suatu persoalan.

Hmmmm...Nas perhatikan.....benar bloggers ni guna tanda soal (?) pada tajuk berita kat blog tu. Bloggers ni mungkin fikir penggunaan tanda soal tu satu lesen besar utk terlepas dari dakwaan saman fitnah, kan?. Tapi perhatikan, bloggers ni guna tanda soal (?) tapi pada masa sama letak gambar Wan Shades!....tak cukup tu, lengkap siar nama Wan Shades jugak. Maka jadilah tanda soal tu dah tak berfungsi!. Berita tu dah terbukti lengkap yang blog ni memfitnah dan menujukan pada Wan Shades, bukan berbentuk persoalan atau tanda soal lagi dah!.

Bukan tu aja, sebelum siar berita tu pun Wan Shades mengadu pada Nas bloggers tu langsung tak hubungi dia!. Dia sendiri terkejut tetiba berita tu tersiar dan nama dia dikaitkan tanpa usul periksa!.

Tajuk berita tu 'Wan Shades suspek utama penyanyi kumpulan R&B rogol anak tiri selama 7 tahun?' sebenarnya akan selamat, beretika dan terlepas dari saman malu kalau dicatit sebagai 'Penyanyi kumpulan R&B suspek utama rogol anak tiri selama 7 tahun?' (tanpa gambar dan tanpa nama sesiapa). 


Oooppss!!......sejak bila pulak kumpulan Shades tu kumpulan R&B ye?. Lagu mereka yang popular kebanyakannya berunsur acapella kan?, bukan R&B.  Salah buat homework kot?.....atau memang tak tau genre muzik?.

Bukan senang kerja wartawan bro. Nampak tak kenapa selama ni dalam Melodi atau Galaksi kami selalu padam (beep atau teeeettt!!!) ayat dan nama tertentu, siap kaburkan lagi wajah orang tertentu. Kenapa?. Sebab macam wartawan lain kami pun patuh pada etika kewartawanan.  Segelintir orang pernah lempar tohmahan kata segmen Terjah tu kononnya tak beretika, tapi hakikatnya Nas masih patuh pada etika!. Memang Nas dan wartawan lain pun sentiasa memburu berita panas dan sensasi, tapi kami pastikan sensasi yang berhemah, bukan sensasi yang serakah dan makan diri sendiri!.

Memanglah penonton kami ada yang komplen kenapa nak kena beeppp atau teeettt atau kaburkan muka orang tertentu, mereka nak yang terang-terangan! Tapi bijakkah kami ikut semua kehendak penonton lalu melanggar etika yang dah ditetapkan?. Apa-apa hal nanti yang bakal kena tindakan nanti wartawan/ penulis blog tu bro, bukan penonton kami atau bukan pembaca blog anda!. Nak jadi berani pun biar berani yang bijak, bukan berani yang penghabisnya menjerat diri sendiri. Perlu diingat juga 'seseorang yang dituduh bersalah itu tidak bersalah selagi mahkamah tidak memutuskan dia bersalah!'.


BLOGGERS BUKAN WARTAWAN?

Kebelakangan ni sering timbul kekeliruan di kalangan masyarakat yang mana satu wartawan dan yang mana satu bloggers. Wartawan dilantik oleh badan, jabatan atau syarikat-syarikat penerbitan media massa (akhbar, TV, dll media). Wartawan yang dilantik itu sebahagian besarnya graduan dari fakulti berkaitan bidang media massa atau komunikasi massa dari pelbagai pusat pengajian tinggi di dalam atau luar negara. Ada juga segelintir yang mungkin tidak kesampaian untuk menuntut di menara gading tapi telah berkhidmat dan berpengalaman bekerja dalam bidang kewartawanan selama beberapa tahun dan telah mengikuti begitu banyak kursus berkaitan kewartawanan dan perundangan (belajar sambil bekerja) di bidang kewartawanan.

Bloggers pula adalah orang kebanyakan yang sebahagian besarnya meminati bidang penulisan / kewartawanan. Di kalangan mereka ada yang bekerja kerani, pemandu teksi, mekanik, malah apa bidang pekerjaan pun dan menjadikan bidang penulisan blog sebagai hobi atau aktiviti sampingan mereka. Ada juga yang menjadi penulis blog sepenuh masa. Siapa pun boleh membuka blog sendiri dan menulis / mencurahkan komen mereka dalam blog.

Menulis blog bukan suatu kesalahan. Tiada undang-undang yang menghalang sesiapa pun menulis blog malah dalam era masakini kemunculan bloggers memang menggalakkan. Ada juga kalangan wartawan yang punyai blog sendiri dan aktif menulis blognya.

Tapi perlu diingat.....tiap kali anda menulis blog lalu 'menyiarkan'nya di blog anda secara tak langsung dah berada di bidang penerbitan / penyiaran. Ini kerana tulisan atau 'laporan' anda itu boleh dibaca oleh semua orang dan dengan ini anda juga tak terkecuali dari akta dan peruntukan undang-undang media.

Ingat........seperti yang pernah Nas kiaskan dalam Galaksi, "...akta berkaitan fitnah bukan untuk kalangan wartawan sahaja, tapi juga bloggers malah semua orang. Kerana itu semua orang perlu berhati-hati dalam menyiarkan sebarang maklumat". Fakta ini Nas dapat setelah merujuk pada peguam yang mengendalikan kursus ketika Nas menghadiri kursus Media Law bulan lepas anjuran Media Prima. Fitnah boleh terkait bukan sahaja menerusi penulisan blog atau rencana, tapi juga menerusi ayat kiriman SMS dan ayat yang diucapkan dalam perbualan jugak!.

Hazrey (wartawan TV3 di JB) menulis di blog nya ".......blogger bukan wartawan, walaupun kekadang selalu bajet seperti wartawan. Semakin ramai blogger mahukan title itu"..  Ada jugak bloggers yang anggap diri mereka wartawan, walhal tak tau apa pun pasal etika dan perundangan berkaitan media!..Ini benar ujud. Dari kalangan segelintir yang macam ni lah selalu terhasil penulisan atau laporan maklumat yang tak berhemah dan ikut keseronokan nafsu menulis mereka aja. Bloggers macam ni begitu ghairah nak jadi yang nombor satu siarkan maklumat kat blog mereka tanpa sedari mereka dah menolak ke tepi semua soal etika dan perundangan!. 

Nasihat Nas, jadilah bloggers berhemah, bukan bloggers yang menulis dengan penuh serakah!. Kemunculan ramai bloggers memang bagus untuk membantu promosi persada seni kita, tapi jangan jadi bloggers yang menghancurkan persada!.

Ini ada kaitan dengan hakikat bahawa apa-apa berita pun, blog lebih cepat siarkan dulu berbanding TV atau akhbar.Kadang tu dah lebih seminggu tersiar kat blog / internet baaaru tersiar kat akhbar atau TV.

Dah tentulah hakikatnya macam tu!. Kenapa?...sebab bloggers dapat berita terus siar, tanpa perlu selidik, siasat atau berusaha dapatkan kesahihan atau komen seadilnya dari pihak berkenaan, berbanding wartawan yang perlu ambil masa untuk melengkapkan laporan mereka sewajarnya sebelum disiarkan!.

Bloggers perlu ingat, benar anda selalu dapat peluang siarkan apa-apa berita atau maklumat terlebih dahulu dan pantas berbanding wartawan. Ada maklumat atau berita yang baru berlaku tak sampai 10 minit pun anda bangga dah dapat siarkan dulu. Dengan penyiaran tu blog anda jadi tumpuan ramai (hit), bila dah jadi tumpuan ramai tentu banyak syarikat yang berminat mengiklankan produk mereka kat blog anda  (dengarnya ada bloggers yang berpendapatan lebih 10 ribu sebulan hanya dari aktiviti menulis blog sepenuh masa sahaja!). Tapi apa guna hari ni anda dapat income ribuan RM tapi esok anda kena bayar saman ribuan RM jugak!. Dah tentu ini akan mengikis semua hasil pendapatan anda sekian lama!, malah tak cukup dan anda terpaksa berhutang lagi hanya untuk bayar saman!. Semua ni akibat tak usul periksa dalam penulisan anda!.

Silap jugak kalau anda anggap berita macam ni cuma 'gosip' aja. NO!......ni bukan gosip, ini fitnah!. Ada beza antara 'gosip'dengan 'fitnah'. Gosip lebih bersifat gurauan atau usik-usik tapi fitnah lebih pada tuduhan. 

Haaa?....apa dia?.....internet ni 'dunia tanpa sempadan?'. Ohhh betul tu.....betul alam maya internet adalah 'dunia tanpa sempadan', tapi kena ingat....UNDANG-UNDANG TETAP ADA!. Undang-undang pun tanpa sempadan jugak!  (undang-undang bukan cuma untuk wartawan aja tapi untuk bloggers malah untuk semua orang!).   Jangan pulak sangka kalau anda dah delete (padam) sesuatu data / berita yang disiarkan tu dah kira 'selamat'!. Tanyalah pakar I.T. Mereka ada cara untuk 'muncul'kan semula semua data yang dah dipadam samaada pada komputer atau kad memori telefon bimbit!. Tak gitu napa ada bloggers yang dah kena cekup polis jugak kan?.

JADI MANGSA!

Nas sendiri pernah alami pengalaman terkena kutukan orang akibat dari kecuaian laporan dari satu blog lain pada tahun lepas. Ingat lagi Mentor 5 tahun lepas?. Ya, itu tahun ke 3 Nas ditugaskan menerjah mentor dan protege dengan soalan-soalan sensasi dan panas di belakang pentas secara live.



Merujuk pada satu kenyataannya kepada media, Erra Fazira pernah kata dia nak cari protege yang ada pakej, maknanya bukan cuma boleh menyanyi  dan menari tapi berwajah cantik juga. Sebab tu soalan Nas malam tu pada Erra ialah "Salma (protege Erra) bukan tak cantik, tapi kalau banding dengan dua protege yang lain, Salma kurang sikit".

Tiba-tiba besoknya tersiar di satu blog lain mengatakan Nas biadap sebab kata Salma tak cantik!.  Maka ramailah pembaca blog tu 'tumpang semangkuk' hantar komen yang turut sama marah kat Nas. Ada yang kata Nas kurang ajar, Nas menghina Salma, macam-macam lagi!.

Nas jadi hairan, bila masa pulak Nas kata Salma tak cantik?. Soalan Nas masa tu jelas dan ayatnya Nas tuturkan sebijik-sebijik, apatah lagi Nas bercakap menggunakan mikrofon, dah tentu boleh dengar sejelas-jelasnya satu Dewan MBSA, satu Malaysia menerusi siaran live TV3, malah satu dunia pada yang menonton dari web tonton.com.my!. Ayat yang Nas tuturkan dalam soalan tu ialah "Salma BUKAN tak cantik....". Bila ada ayat 'BUKAN' kat situ maknanya Salma pun cantik!. Lainlah kalau misalannya Nas terang-terang kata 'Salma hodoh' ke, Salma 'buruk' ke, Salma 'memang tak cantik' ke, yang tu memanglah tak patut dan biadap!, kan?, dan Nas sendiri pun takkan tergamak cakap macam tu!. Memang Nas mahu jadikan soalan tu berbunyi sensasi tapi sensasi yang berlapik!. Jadinya yang kata 'Salma tak cantik' tu bukan Nas tapi bloggers tu sendiri!.

Samalah macam kalau Nas kata "Proton Saga BUKAN tak cantik, tapi kalau banding dengan Proton Wira ke, Proton Iswara ke, Saga kurang sikit" ayat tu tak salah dan bukan suatu penghinaan!. Perkataan BUKAN jadi amat penting di sini!.

Perlu diingat, di mahkamah nanti jika satu baris ayat itu dibuang satu tanda koma (,) sekali pun lalu maksud ayat tu jadi lain, adalah suatu kesalahan dan boleh kemukakan saman!. Itu baru buang satu tanda koma, apatah lagi ni buang satu PERKATAAN!. Perkataan “Bukan tak cantik’ dengan ‘Tak cantik”tu dua perkataan yang pengertiannya berbeza dan bercanggah!.

Bloggers tu kurang teliti, Nas kata "BUKAN tak cantik" tapi dia dengar cuma "tak cantik" lalu menghebahkan kat blog dia dan hentam Nas,. Hasilnya.....Nas teruk kena kutuk dan amarah segelintir pembaca blog tu yang terikut sama kurang teliti!. Ishh, dah tentu Nas boleh kemukakan saman pada bloggers tu kan?

Lepas tersiar kat blog tu, bloggers berkenaan hint kat Nas minta Nas hubungi dia untuk jawab 'tuduhan' celupar tu kat blog dia. Patut ke Nas jawab kat blog tu?.

NO!...TIDAK!. Pengalaman Nas lebih 20 tahun dalam kewartawanan akan sia-sia kalau Nas jawab kat blog tu. Kenapa?. Sebab Nas tahu ‘game’ni. Kalau Nas jawab kat blog dia, dah tentu ramai orang akan bertumpu utk baca kat blog tu, blog tu akan mendadak hit / popular dan jadi tumpuan ramai. Bila dah popular dan jadi tumpuan ramai tu dah tentu banyaklah syarikat pengiklanan akan berlanggan kat blog berkenaan. Tuan punya blog akan dapat pendapatan dari situ, dapat duit!, kan?.  Nas pulak dapat apa?!......dapat habuk beb!. Dah lah nama baik tercalar dan kredebiliti Nas terjejas, tak dapat satu sen pun pulak tu!.

Nas jawab!. Ya, Nas jawab jugak, tapi jawab kat blog, facebook dan twitter Nas sendiri. Itu lebih baik dari jawab kat blog dia yang dah tentu cuma menguntungkan pihak dia aja kan?.

Tapi………it’s okay lah. Walau Nas kena kutuk sampai menggegarkan sikit reputasi  dan nama baik yang Nas dah bina dalam bidang kewartawanan hiburan, walau Nas boleh proceed saman kalau nak, tapi takpalah. Nas anggap ni isu kecik, isu terkeliru aja. Isunya pun cuma pasal ‘cantik tak cantik’ si Salma tu aja kan ? so biarlah Nas tanggung implikasinya dan anggap ini asam garam dalam pengalaman Nas di bidang kewartawanan.  Lainlah kalau misalannya tetiba Nas difitnah merogol anak ke (macam Wan Shades kena tu) yang tu memang lah isu heavy yang tak boleh nak tolak tepi, kan?.

Lepas beberapa hari (atau mungkin beberapa minggu kot?...Nas pun dah lupa) lepas berita tu tersiar, blogger berkenaan atur satu pertemuan dengan Nas. Dalam pertemuan tu kami berkenalan dan Nas dah pun jelaskan pasal kekeliruan ni kat mereka. Kami dah mula jadi rakan. Nas sendiri pun tengok isi paparan blog tu  sekarang ni dah lebih berhemah dan bagus, macam juga blog hiburan Budiey ‘Sensasi Selebriti’ tu. Ini buat Nas rasa past is past lah, takyah nak marah ke dendam ke panjang-panjangkan lagi, kan?. Ada baiknya kita saling kerjasama demi utk memajukan persada seni kita kan?.

……….yes, I know this game!

NAS : ......sedang perhati betul ke ada orang kata bloggers tak perlu ikut rules macam wartawan?.....

......betul ke ada yang kata bloggers kebal dari segala akta dan perundangan?.......

......betul ke yang Nas dengar bloggers tak gentar pada saman?, sampaikan ada yang kata setakat satu saman aja tak kisah, nak kumpul sampai LIMA saman!!?. 
Ikuti perkembangan ni..........untuk suatu kepastian!.
Baca komen Mazidul (wartawan jenayah TV3) mengenai ini. Sila klik di sini.
Baca komen Hazrey (wartawan TV3 di JB) mengenai ini. Sila klik di sini.  


  




  
 

Friday, 16 March 2012

GALAKSI makin panas! (Petikan dari gua.com.my)

‘Ini bukan program sepi, ini Galaksi, penuh sensasi!’ - begitu slogan program infotaimen popular TV9 iaitu Galaksi. Bertepatan dengan maksud slogan itu, Galaksi membuktikan kini tampil dengan paparan yang sentiasa tidak lekang dari berita panas, sensasi, dan kontroversi berkaitan persada seni serta disulami dengan paparan lain yang menarik.

Ternyata pendekatan baru Galaksi ini bukan sia-sia. Kajian membuktikan kadar penonton Galaksi meningkat lebih 50% sejak mula diperkenalkan baru-baru ini. Program mingguan yang bersiaran langsung tiap Jumaat jam 8:30 malam ini kini tercatat sebagai antara program paling top di TV9!.

Peneraju utama dalam menghasilkan Galaksi versi terkini  ialah tidak lain dari penerbit yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kewartawanan hiburan media cetak & media elektronik iaitu Nas Ahmad. Menurut Nas "sebelum saya menyertai Galaksi, program ini memang sudah sedia dikenali sebagai sebuah program sensasi. Bila saya ditugaskan mengambilalih penerbitan Galaksi sejak lebih setahun yang lepas saya padatkan lagi pengisian dan kreativitinya mengikut cara saya".

"Memang paparan berita sensasi artis menjadi tumpuan utama, tapi kekuatan Galaksi sebenarnya bukan cuma itu. Saya cipta beberapa 'side kick' ke dalam Galaksi. Contohnya saya ujudkan segmen gosip Rock Kiah Propa. Wartawan Galaksi Siti Rohkhaida melakonkan watak sebagai Kak Rock iaitu seorang bekas ratu kebaya yang sentiasa mengomel dan bergosip di sana sini dalam loghat Perak nya. Ternyata dia berjaya melakonkan watak ini dengan berkesan sehingga segmen ini kini punyai ramai peminat setia. Kerana sambutan luar biasa ini Kak Rock kini saya tampilkan live pula sebagai pengacara bersama berpasangan dengan pengacara utama iaitu Ikhwan".

Menjawab soalan apa perbezaan antara peranan pengacara Galaksi berbanding pengacara program  seangkatannya iaitu Melodi di TV3, penerbit yang juga wartawan ini menjelaskan "Peranan host Melodi ialah berlawak sambil menghubungkan dari satu paparan ke satu paparan lain yang disiarkan. Host Galaksi pula bukan pelawak dan memang saya tak mestikan berlawak. Peranan utamanya ialah turut sama menyampaikan berita. Ini menjadikan Galaksi cukup padat dengan paparan berita, samaada berita yang disampaikan oleh barisan wartawan Galaksi ataupun menerusi host nya sendiri. Kesannya, Galaksi sentiasa sarat dengan berita hiburan dari saat pertama siarannya bermula hinggalah tamat siarannya 1 jam kemudian. Galaksi tak punya masa terluang untuk hentikan sensasi!. Ini yang saya maksudkan ia bukan program sepi, ia berada di zon sensasi".

Menjelaskan lebih lanjut mengenai side kick atau tarikan tambahan Galaksi, menurut Nas "Dari satu paparan berita ke paparan lain kami selitkan dengan klip video lagu yang liriknya ada kaitan dengan paparan berita yang baru disiarkan. Contohnya kalau berita mengenai artis putus cinta, kami akan selitkan dengan klip video lagu berkaitan patah hati di penghujungnya. Dari maklumbalas penonton yang saya terima, ramai yang tertarik dengan cara ini, malah ada yang sentiasa tertanya-tanya kami lagu apa pula yang bakal kami guna minggu depan nanti.

Begitu juga dengan klip video di penghujung rancangan. Pilihan utama saya bukan klip video artis tapi klip video orang kebanyakan, asalkan menarik. Contohnya rakaman video Mat Saleh nyanyi lagu Melayu, rakaman video amator orang kebanyakan melakonkan semula aksi artis pujaan mereka, rakaman gelagat lucu, dan seumpamanya. Ini membuatkan penonton kekal setia depan TV hingga habis siaran termasuk ketika siaran kredit penutup Galaksi. Penonton juga boleh mengirim klip video rakaman mereka untuk kami siarkan di Galaksi".

Populariti Nas Ahmad sendiri dalam bidang kewartawanan hiburan dan di persada seni tanahair begitu menyerlah dan disegani. Sehingga saat ini ramai wartawan hiburan TV lahir dari legasi Nas Ahmad, antaranya barisan semua wartawan Melodi dan semua wartawan Galaksi. Dia juga sering memenuhi undangan mengadakan ceramah kewartawanan dan motivasi di pusat-pusat pengajian tinggi dan di acara tertentu. Kekuatan popularitinya makin menyerlah menerusi segmen popular ciptaannya iaitu Terjah.

Suatu ketika dulu ramai tertanya mengapa program Terjah berhenti bersiaran sedangkan program itu mendapat sambutan hebat. Nas menjelaskan "Memang program itu pernah direhatkan sementara suatu ketika dulu. Atas permintaan ramai, Terjah kini turut saya hidupkan kembali dan serapkan ke dalam Galaksi. Ini satu lagi punca mengapa rating Galaksi kian meningkat. Bermula dari hanya salah satu segmen dalam Melodi, Terjah muncul pula sebagai satu program TV khas. Seterusnya saya hasilkan pelbagai produk lain di bawah jenama Terjah, seperti menulis buku semi biografi berupa catatan pengalaman dan pandangan saya dalam bidang kewartawanan, menghasilkan album Terjah, dan menghasilkan barangan cenderahati jenama Skuad  Terjah. Tak mungkin saya akan hentikan satu jenama yang sudah cukup kuat, popular, dan diminati ramai hingga kini menjadi suatu fenomena!.
Di laman sosial youtube dan facebook saya dapati ramai yang merakamkan sendiri aksi mereka melakonkan watak saya menerjah. Ada yang menerjah rakan sepejabat, ada penuntut yang menerjah gelagat rakan mereka di asrama, macam-macam lagi. Ini membuktikan Terjah telah mencapai tahap suatu fenomena. Saya gelihati menonton gelagat mereka meniru identiti saya yang sentiasa pakai topi, vest, malah ada yang sanggup pakai rambut keriting palsu!".

Kebelakangan ini terdengar banyak komen penonton mengatakan Galaksi kini lebih hebat dari Melodi. Bagaimanapun Nas kelihatan resah terhadap komen ini. Menurut Nas "Saya akan kecewa jika ini terjadi. Walau dah 2 tahun saya tinggalkan Melodi tapi saya sentiasa berharap ia kekal popular.  Malah saya ingin lihat banyak lagi program TV dalam genre yang sama diterbitkan. Contohnya di negara jiran kita Indonesia ada lebih 20 program infotaimen seumpama ini dan semuanya bertahan lama serta punyai peminat tersendiri. Hasilnya,  ramai artis mereka meningkat popular. Kita di sini baru ada 2 sahaja (Melodi dan Galaksi). Dua sahaja sebenarnya belum cukup untuk menampung kebanjiran artis lama dan baru dan kepesatan persada seni kita.

Artis perlukan peluang untuk muncul dan dipopularkan menerusi program TV seperti ini. Kita patut beri mereka peluang untuk muncul supaya dengan paparan berita aktiviti mereka secara tidak langsung menjana persada seni kita. Suntikan elemen sensasi bagi saya sebenarnya adalah reverse psychology yang  membantu mempopularkan artis. Bad publicity is a good publicity. Artis era masakini akan tewas kalau mereka cuma tahu menyanyi atau berlakon sahaja. Mereka perlu juga bijak menggunakan, mendepani dan menangani elemen sensasi dalam karier mereka. Kerana itu juga Galaksi akan terus sensasi!".

Klik di sini utk link ke gua.com.my :
 http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Galaksi_Makin_Panas.html






Friday, 2 March 2012

Set baru GALAKSI mulai 2hb Mac 2012!






Ahh boring la dengan set berkerawang-kerawang ke berwarna warni ke. So kami tampil dengan set baru ni, berkonsepkan gudang lama tempat ghetto / lepak. Sesuai la dengan isi kandungan program yg sensasi & kontroversi macam GALAKSI ni kan?. Yeah!

Saturday, 28 January 2012

NAS JAWAB KOMEN : GALAKSI 'MELAGA-LAGAKAN' DAN 'MENGAIBKAN ARTIS'?

PETIKAN DARI KOMEN DI WALL FACEBOOK 'GALAKSI TV9 2011'.

KIRIMAN OLEH SESEORANG YG MENGGUNA NAMA :
Katakan tidak kepada mengumpat  ‎:)

BERIKUT ADALAH KOMENNYA :

Anda minta komen membina,saya akan berikan komen.  

Bismillahhirrahmanirrahim. . .

#1 Jangan laga-lagakan orang.Saya sungguh x suka kalau ada org sengaja panaskan hati saya.Jadi,saya tidak akan memanaskan hati orang lain.

#2 Sebagai seorang wanita,sila jaga adab anda.Jaga batas pergaulan dan suara.

#3 Saya kurang minat dengan rancangan yang mendedahkan aib orang ni.Tapi saya sendiri kurang pasti,adakah perbuatan anda yang mendedahkan hal² peribadi artis ini bagus atau tidak.Jadi,anda fikirkan sendiri akibat nya kelak.

#4 Manusia tidak terlepas drpd melakukan kesilapan.Dan sudah tanggungjawab manusia lain utk menegurnya dengan baik.Dan bukan menegur dengan sindiran.

Itu sahaja.
Saya harap komen saya akan dipertimbangkan.

Assalamualaikum w.b.t.

ALLAH maha mengetahui apa yang berada di fikiran anda sekarang ini.
Jangan bersangka buruk terhadap saya.Like · · Thursday at 1:10am ·
  •  
    • BERIKUT PULA JAWAPAN NAS KEPADA KOMEN TERSEBUT :
    •  
      Nas Ahmad Terjah
      Salam.Terima kasih atas komen sdri/sdra. Sebelum saya menjawab komen sdra/sdra, harap dapat tampilkan nama dan wajah anda. Jangan amalkan sikap 'lempar batu sembunyi tangan' (nak komen tapi tak berani nak tampil). Sebaiknya sdra/sdri berani bertanggungjawab pada komen yang mahu diajukan dan saya pulak berani bertanggungjawab pada jawapan yang mahu saya kemukakan pada sebarang komen itu. Boleh?. Komen tanpa nama dan wajah pengirimnya sepatutnya tidak perlu dilayan, kan?. So saya harap sdra/sdri tampil ye sebagaimana saya sendiri pun tampil jugak. Jangan risau sebab penampilan sdra/sdri tu nanti bukan utk diambil tindakan apa-apa pun, cuma kita perlu amalkan sikap 'berani kerana benar'. Siapa pun bebas komen apa-apa (negatif atau positif) tapi perlu tampilkan diri. Itulah yg sebaiknya.

    • #1. Sila kemukakan contoh paparan mana satu yang anda kata Galaksi/Melodi 'laga-lagakan orang (maksud sdra/sdri laga-lagakan artis)'. Bila masa kami 'laga-lagakan artis'?. Dari komen ni saya yakin anda sebenarnya terpengaruh dengan cakap-cakap tak berasas dari segelintir orang yang kata Galaksi 'melaga-lagakan' artis. Apa yang berlaku sebenarnya ialah sebagai wartawan kami melaporkan apa yang benar berlaku. Kalau artis berkenaan sesama artis atau dgn org lain tu memang berlaga diluar lalu kami sekadar laporkan, adil ke anda kata kami melagakan mereka?. Bukan kami yang suruh mereka berlaga!. Dalam etika kewartawanan adalah salah kalau melapor / menyiarkan berita yg tak benar, ini termasuklah andai kita melagakan mereka atau suruh mereka berlaga. Tegasnya, bukan kami yg melagakan mereka tapi mereka sendiri yang berlaga lalu kami lapor / siarkan. Harap anda jangan lagi mudah terpengaruh dengan tohmahan orang yg kata Galaksi 'melaga-lagakan' artis ya

    • #2. Benar. Bukan sekadar wanita aja malah semua orang kena jaga adab pergaulan, suara, dan sebagainya. Cuma anda perlu jangan mudah terpedaya dengan apa yang ditonton. Anda perlu punyai pendirian dan mampu mentafsir sendiri apa yang ditonton, bukan tonton dan terus taksub / percaya. Contohnya...watak Rock Kiah Propa. Anda perlu tahu bahawa itu cuma 'watak' dia sahaja,sama sekali bukan diri dia yang sebenar di luar TV. Sama jugak macam pelakon watak jahat tak semestinya dia memang jahat dlm kehidupan dia sebenar kan?. Kalau dia berjaya buat orang benci dan marah pada dia, itu bermakna dia berjaya bawakkan atau menghayati watak dia dengan berkesan!. Galaksi bukan filem atau drama, tapi ia sebuah program infotaimen yang agak unik sebab ada sikit elemen karekter / watak tu. Contohnya...watak saya dalam segmen 'Terjah' dan watak Siti Rohkhaida dalam 'Rock Kiah Propa'. Seperti anda sendiri tau kedua watak itu jadi tumpuan ramai, diminati atau dibenci, tapi ia penyumbang besar pada kenaikan rating program tu

    • #3. Kebelakangan ini ada segelintir orang yang menggunakan ayat 'mengaibkan orang' untuk menunjukkan kepada dunia 'betapa jahatnya Nas Ahmad' atau 'betapa jahatnya Rock Kiah Propa' kan?. Ayat 'mengaibkan' diselewengkan maksudnya. Cuba tafsirkan adakah kami yg mengaibkan artis atau artis tu sendiri yg melakukan perkara yg boleh mendatangkan aib pada diri dia sendiri?. Sekali lagi saya tegaskan, tugas kami sebagai wartawan cuma melaporkan aja, kalau mereka berbuat baik, berita baiklah yang tersiar, kalau buat tak baik, berita tak baiklah yang tersiar, kan?. Tak adil kalau kami menyiarkan berita baik, anda senyap sunyi, tanpa sebarang komen pujian, sokongan atau seumpamanya tapi bila siar yang sebaliknya, anda kata kami mengaibkan!. Kalau kami hanya boleh siar berita 'yang baik-baik sahaja' maknanya kami tak jujur, kami menipu dan kami paparkan dunia kita ni seolah penuh dengan 'yang indah-indah' belaka sedangkan hakikatnya tak macam tu. Hadapilah kenyataan dan berpijak di bumi nyata

    • #4. Benar semua manusia melakukan kesilapan, termasuk kami dan semua orang. Nasihat dan teguran amat perlu. Tapi apa pun hakikatnya lain orang lain sikap / perangainya. Ada yang boleh ditegur cara begini tapi ada jugak yang kena cara begitu pulak.Golongan artis, selebriti, personaliti dan sebagainya adalah public figure, dan secara tak langsung hakikatnya mereka melalui / menempuhi risiko yang agak berbeza dgn orang kebanyakan. Artis dan semua public figure bukan golongan org tak baik, mereka orang biasa. Malah dalam kehidupan seharian orang kebanyakan ada segelintir orang biasa yang melakukan perkara yang jauh lebih tak bagus dari artis. Cuma bila artis yang buat, berita tu tersebar meluas, tapi bila orang kebanyakan yang buat, tak ramai tau (sebab tak siar kat mana-mana media).

    • Semoga penjelasan saya ini menjawab segala yang anda musykilkan

    • Saya juga setuju pada petikan dari kata anda di atas ;
    •  ALLAH maha mengetahui apa yang berada di fikiran anda sekarang ini.
    • Jangan bersangka buruk terhadap saya.