Penaja :

Friday, 3 September 2010

Huraian lirik 'Musafir Di Aidilfitri' (Nyanyian Dato' Shake, lirik Nas Ahmad)

"I nak U yg tulis lirik lagu ni...." itu kata Dato' Shake masa Nas datang jumpa dia kat lounge Hotel Istana suatu ketika dulu. Dia hulurkan sekeping CD lagu Arab bertajuk 'Raiya' pada Nas dan sambung ".....U dengar lagu ni dan tukar liriknya buat lirik Melayu, cerita pasal Hari Raya".


Sepanjang jalan memandu balik ke rumah Nas pasang CD lagu ni dalam kereta berulang-ulang kali untuk dapatkan feel nya dan fahami melodinya dulu sebelum cipta liriknya nanti. Sambil tu cari ilham gak apa inti cerita yang ngam untuk Nas jadikan lirik lagu ni nanti.


Sampai rumah Nas mula berkarya. 


Semua tau kita dah ada beratus-ratus lagu raya dan macam-macam rentak kan?. Personally Nas  rimas dengan lagu raya yang liriknya balik-balik pasal "kuih raya beranika jenis, marilah makan beramai-ramai, baju baru bermacam warna, oh suasana sungguh indah", dan lain-lain yang 'sewaktu dengannya'  semua tu. Napa, cuma itu aja ke pengertian hari raya?. Kenapa dijadikan sempit sangat skop pengertian hari raya tu sedangkan hari raya tu sebenarnya lebih indah dan lebih bermakna lagi!. 

Sebenarnya ada baaanyak memori, pengertian dan emosi lain yang lebih menarik di hari raya yang boleh diceritakan dalam lagu. Yes, ada banyak!. Kalau le makin banyak lirik lagu raya yang skop liriknya sempit, dah tentu suatu hari nanti larik lagu-lagu raya kita akan membosankan orang. Mana tak bosan, melodinya je lain tapi liriknya pusing balik itu itu je!.


Dato Shake yang Nas kenali sejak zaman dia bujang, zaman dia baru je popular kat negara Perancis dengan lagu hit pertamanya Tu Sais Je T'aime dulu seorang perantau. Apa rasa seorang perantau macam dia tu bila tiba hari raya?. Bayangkan hari tu cuma dia sekeluarga je tau itu hari raya sedangkan jiran-jiran dan masyarakat sekeliling dia bukan sekadar tak tau langsung pasal hari raya malah tak merayakannya pun. Sikit sebanyak mesti rasa macam 'syok sendiri' je kan?. Masa tu tak ada ketupat rendang, tak ada kunjung mengunjungi, tak ada suasana hari raya langsung pun!.......
......dan situasi macam ni le yang buat kerinduan tu teramat tebal pada kampung halaman, pada saudara mara dan kekawan kat kampung, tersedar le betapa hari raya tu penuh bermakna dan memang sepatutnya bukan saja dihargai tapi diraikan bersama!. Timbul le rindu teramat rindu sampaikan boleh menangis!.

Bait ni le yang Nas bentangkan dalam rangkap korus lagu ni :

Rayakan Aidilfitri, nikmat disyukuri,
Rindu membara bila merantau membawa diri.

.......bersambung pulak kat rangkap verse pertamanya :

Di sudut timur ke barat kujelajahi,
Kota mewah yang ternama sudah kuhuni.
Serinya kampung halaman aku rindui,
Air mata ku mengalir di Aidilfitri.  

Pagi hari raya......berhimpun, bertakbir dan menyempurnakan solat sunat Aidilfitri beramai  adalah suatu yang lebih harmoni, lebih bermakna, malah mampu menyentuh emosi. Amat tidak sesuai bila pagi Aidilfitri diraikan dengan pesta atau dansa di mana-mana jua.

Berpesta berdansa di mana-mana,
Berjemaah lebih menyentuh di hati ini.

Kesibukan dengan tugas seharian membuatkan ramai antara kita tidak punya masa untuk merapatkan silaturahim sesama saudara, kawan, jiran, malah anggota famili sendiri. Seeloknya di hari raya semua antara kita melupakan tugas seharian dan gunakan kesempatan ini untuk kunjung-mengunjungi serta bermaaf-maafan agak tali persaudaraan sesama kita kian erat selamanya.
 
Urusan dunia meragut masa,
Bermaaf-maafan di hari raya.

Saban hari lagu-lagu popular berbagai rentak dan bahasa sentiasa berkumandang sana sini samaada dari nyanyian artis popular tempatan atau se dunia. Bila tiba pagi raya, seruan takbir yang berkumandang hanya di hari raya mampu meluruhkan hati terutama bagi mereka yang tahu menghayatinya. 
 
Silih berganti bergema lagu di dunia,
Seruan takbir meluruh hati dan jiwa.

Setahun berlalu, sudah pun tiba,
Cahaya Syawal di pagi hari yang mulia.  

Di era 60an dulu penyanyi popular S.Jibeng (Allahyarham) pernah rakamkan sebuah lagu raya yang sama judulnya 'Musafir Di Aidilfitri'. Melodi dan liriknya lain dari versi nyanyian Dato Shake ini. Bagi Nas secara tak langsung ia bagaikan refleksi kepada peredaran masa selepas lebih 30 tahun berlalu.

Jom enjoy lagu ni bersama, yeah! 



3 comments:

Nur -al- Ain said...

waaa.. terror gak abg terjah.. best gak lirik ni, menyentuh kalbu jugak ni ;)

Anonymous said...

Abg Nas cukup berbakat & kaya bekarya, CUKUP HEBAT!! sbg anak perantau, dgn membaca lyrics
"Di sudut timur ke barat kujelajahi,
Kota mewah yang ternama sudah kuhuni.
Serinya kampung halaman aku rindui,
Air mata ku mengalir di Aidilfitri".... sahaja mengalirkan permata salji yg hangat membasahi pipi diri ini. Walau betapa org meagungkan kehidupan @ tinggal di oversea, mana mungkin Negara Malaysia yg mempunyai pelbagai bangsa, agama & perayaan dapat ditandingi @ dirasai!

NAS AHMAD said...

Layannn Nur Ain!