Penaja :

Wednesday, 17 November 2010

Nas Ahmad dulu & sekarang!

Sesekali bila free dan bongkar semula laci kat bilik, terjumpa macam-macam benda pelik, termasuk le lipas, telur cicak, dan ntah apa-apa lagi.
Yes, memang banyak 'barang antik dan separuh antik' kat situ.
Bongkar punya bongkar....tetiba terjumpa ni ha!.......
Haaaaah kah kah kah!!! ........sekeping gambar lama Nas.....gambar masa zaman baru-baru habis sekolah menengah dulu. Masa tu Nas main bass untuk kumpulan rock Electric Fingers kat JB.
Bila Nas bandingkan gambar antik tu dengan wajah nas sekarang..........alamak!......tergelak sendiri beb!.
Masa tu rambut belah tengah, badan kurus, pipi cengkung, ada misai sikit.....ha ha ha!....lain macam.
Korang tengok le sendiri. Nak gelak pun geeelak le. Yeah!


Saturday, 13 November 2010

NAS AHMAD KENA PAKSA MASAK!

video

Friday, 12 November 2010

HAJAT (ARWAH) SHAMRIN (FOTOGRAF) TAK KESAMPAIAN

Al-fatihah.
Shamrin - vokalis kumpulan fotograf atau nama penuhnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45 telah meninggal dunia petang tadi (Khamis 11/11/10). Terdahulu beliau diberitakan bermain futsal / bolasepak di padang kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira jam 6 petang. Turut bersama beliau ialah Joey (vokalis kumpulan BPR) dan beberapa rakan artis yang lain.

Shamrin diberitakan telah rebah tiba-tiba ketika permainan sedang berlangsung. Dalam keadaan itu beliau sempat mengadu mengalami kekejangan, lalu dia dibawa ke hospital berhampiran iaitu Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru. Sumber melaporkan keadaan tubuh beliau ketika itu kelihatan kebiruan lalu meninggal dunia di hospital tersebut.

Kumpulan Fotograf pernah berada di puncak populariti dengan lagu Di Alam Fana Cinta yang menyandang Juara Lagu Pop Terbaik di pertandingan Juara Lagu siaran TV3 pada tahun 1992. Kejayaan lagu yang menyerlahkan keunggulan dan kehebatan vokal Shamrin itu dirintis pula dengan kehadiran beberapa lagu popular dari Fotograf selanjutnya, antaranya Luka Seribu Rindu, Ke Pintu kasih Mu, dan banyak lagi.

Persembahan Shamrin dan Fotograf di Konsert Hot FM Big Jam, Penang

Nas juga terkejut menerima berita itu petang tadi ketika baru saja balik ke pejabat dari membuat liputan sidang akhbar teater 'Siti di Alam fantasi' di Istana budaya. Sejurus mendapat berita itu lantas Nas hubungi Zul (wartawan Galaksi) minta dia segera ke hospital berkenaan untuk liputan. Turut bersama Zul ialah Izza (wartawan Melodi).


Pemergian Shamrin begitu mengejutkan kerana baru saja beberapa minggu lepas dia datang ke ofis kami (jabatan hiburan Primeworks Studios) untuk perbincangan mengenai program Mentor. Menurut penerbit Mentor - Sufian Isa nama Shamrin memang pernah tercatit di peringkat awalnya dalam senarai bakal mentor untuk musim ke 5 yang akan berlangsung tak lama lagi. 

Nas teringat bulan Mac lalu ketika Nas masih bertugas sebagai Penerbit dan Wartawan program 'Terjah!', Nas pernah terjah kumpulan Fotograf yang turut beraksi di Konsert Hot FM Big Jam di Pulau Pinang, Dalam terjahan tu Nas sempat interbiu kumpulan ni di belakang pentas.


Dalam interbiu itu Shamrin telah melahirkan hasratnya untuk menggabungkan semula kumpulan Fotograf dan rakam album terbaru. Dia dan anggota kumpulan itu kini cuma menanti pemain drum mereka Ringgo dibebaskan dari penjara di Venezuela atas tuduhan cuba membawa masuk dadah ke negara itu.

Dalam nada suara gembira bagaikan tidak sabar menanti saat-saat pembebasan itu Shamrin menjelaskan bukan sahaja beberapa lagu sudah disediakan, malah ada antara lirik yang dia minta Ringgo tulis sendiri di penjara sementara menanti hari pembebasannya.


Memang Nas tak sangka itulah kali terakhir dalam hidup Nas interbiu Shamrin, bertemu dia di depan mata (selepas beberapa tahun dia tak muncul sebab Fotograf tidak aktif lagi) dan....... ternyata hajatnya untuk rakam album baru Fotograf tidak kesampaian.

Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah Shamrin. moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ALLAH dalam golongan orang-orang beriman.

Amin!


Saturday, 6 November 2010

LAYAN PENGUNJUNG 'KARNIVAL MELAKA MAJU'

18 sampai 20hb Okt lepas 3 hari layan pengunjung Karnival Melaka Maju kat Stadium Hang Jebat, Melaka. Irma Hasmie, Munir, Linda Hashim, Emyza Adnan, D'Putra, maskot Upin dan Ipin, Fauzi Nawawi, Altimet, Aris, ramai lagi join sama.
















Tuesday, 2 November 2010

Nas Penerbit Galaksi TV9

Nas mula bertugas menerbitkan 'Galaksi' mulai Okt 2010. Program sensasi popularni berubah siaran dari tiap Sabtu ke tiap Ahad jam 9 malam di TV9 mulai ahad ini (7hb Nov '10) hingga hujung Disember '10. Tengok, jangan tak tengok...yeah!.   

Termenung dapat sajak dari Dato

23hb Mac 2006 - Nas sedang lunch kat satu restoren kat KLCC dengan Pak Suminto (bos sykt rakaman Tropic Jaya) yang datang dari Jakarta. Sedang makan tetiba seorang lelaki datang ke meja kami dan hulurkan sekeping kertas pada Nas. "Dato mintak tolong sampaikan ni pada Encik Nas" kata lelaki itu. 

Nas jadi panik kejap, "Dato mana ni?.....kat mana dia?".

Lelaki tu tunjuk ke satu arah "kat hujung sana tu" katanya.

Walau lelaki tu tunjukkan ke satu arah tapi Nas tak dapat nak kenalpasti yang mana satu yang dia maksudkan, sebab kebetulan restoren tu penuh dengan pengunjung sedang makan.  Apa pun sebab taknak tercari-cari dan kebetulan memang tengah bersama Pak Suminto, so Nas just ambik kertas tu dan ucapkan terima kasih. Lelaki tu berpatah balik semula ke tempatnya yang ntah kat mana satu.

Sambil makan, Nas sempat jengah kertas yang diberi tu.
Alamak....ada sajak daa.
Nas baca sekali imbas dari mula sampai habis dan lepas tu......jadi termenung kejap. Sajak tu ditulis spontan kat restoren tu jugak dan ditujukan pada Nas !.

Lepas makan dan nak beransur balik ofis Nas jengah-jengah juga ke serata kawasan tu, kalau-kalau sempat datang jumpa Dato tu atau lelaki (mungkin sekretari Dato) tadi kejap, tapi dah takda dah, mungkin dah balik masa Nas tengah bincang dan makan dgn Pak Suminto tadi.

Sampai sekarang Nas masih simpan sajak ni kat almari.

Terima kasih Dato. Saya cuma orang biasa yang sekadar menjalankan tugas. Apa pun, sokongan semua adalah semangat saya.
Moga kita terus sukses dalam bidang masing-masing, InsyaALLAH.