Penaja :

Wednesday, 29 June 2011

Terjah online!!

video

Eksklusif hanya di GAOL MEDIA.COM. Tunggu kemunculannya....Julai 2011!!

Wednesday, 15 June 2011

Let's get ROCK!!

Rainbow : Long Live Rock n Roll

Mcauley and Schenker Group (MSG)

Tetiba jadi gian nak dengar semula album rock lama.....
Eh.....mana album Rainbow yg paling Nas minat dulu tu?......mana album MSG yg dulu hari-hari Nas pekena tu?...
...mana?....mana?....

Laaa, mana nak jumpa lagi, masa 2 album ni tengah panas dulu tu Nas ada kasetnya aja. Kaset maaana la boleh bertahan lama?.....lebih setahun je bunyi dah sumbang mambang, kalau terperuk lama kat laci pulak  dah tentu bertelur lipas dah. Ish ish ish. Sayang!!.

Tapi......(haaa 'tapi'nya yang mahal ni)....tapi Selasa lepas member Nas Sezali sudah bikin magic!. Eh bukan magic masuk tisu kat topi tetiba keluar jadi arnab ke apa ke, tapi dia dah e-mail kat Nas 2 album kesayangan Nas ni ha. Fuyoo!! thanks bro!!.

Apa tunggu lagi?.....sepanjang jalan gi ofis pagi besoknya berdengung la layan album ni kat kereta. Syok punya pasal sampaikan dah sampai ofis, dah siap parking kereta pun tak nak keluar ni, masih dok layan lagu-lagu album ni kat dalam.

MSG gabungan bekas gitaris Scorpions iaitu Michael Schenker dengan vokalis Mcauley Robin yang bersuara lantang tu masih kekal dapat tawan citarasa Nas dengan lagu demi lagu yang terangkat!. Paling Nas minat lagu Eve, Paradise, We Believe In Love, dan When I'm Gone. Keunikan grup ni ialah beberapa lagu diaorang tu gabungan dua lagu dalam satu. Diulangi....dua lagu dalam satu beb...2 in one!. Contohnya, satu lagu rentak slow dan satu lagi fast dalam satu lagu. Unik kan?.

Tapi sayang grup dari Jerman ni dah lama tak aktif lagi dah. Ntah la napa. Maybe dah pencen,dah  balik kampung dia tolong Pak Uda dia kerja noreh pulak kot?. Heh heh.

Rainbow?.......wow wow wow album ni pun Nas cukup sayang lorrr. Dengan dentuman drum dari drummer terkemuka Cozy Powell, jeritan suara kasar dari Ronnie James Dio, dan 'jeritan' gitar dari gitaris terkemuka (bekas gitaris Deep Purple) siapa lagi kalau bukan Ritchie Blackmore dah cukup powerful utk hasilkan album rock sebaik ni. Sejak dulu sampai sekarang Nas tak pernah jemu dengan lagu L.A.Connection, Kill The King, Subtle, Rainbow Eyes..eh banyak lagi woii, semua lagu-lagu dlm album ni best. Vokalis grup ni iaitu Dio dah lama mati kena barah dalam perut, tapi suara dia sampai skrg belum ada pengganti. Respek la!.

Eh malas cakap banyak la...Nas nak terus rockin' layan album ni. Yeah!

Monday, 13 June 2011

Gaol.com mulai Julai 2011


Wednesday, 1 June 2011

minum apa?

 Haaaa ha ha haaa!. Nas kat ofis tengah tunggu kereta utk gi terjah. Tak perasan masa tengah tunggu tu rupanya ada krew dah curi-curi ambik gambar Nas, lepas tu diaorang gelak beramai tengok gambar tu. 
Nas jadi pelik napa diaorang gelak. Tanya kat diaorang. Tau apa jawapan diaorang?.
..... "Nas Ahmad muka ganas, dressing ganas, terjah artis sana sini pun ganas tapi....minum air DUTCH LADY!!!!". 
Haaaa hah hah hah!!!....bukan diaorang je gelak, Nas sendiri pun ikut sama gelak besar!. 
He he...korang tengok je la sendiri gambar ni ha.