Penaja :

Friday, 21 May 2010

Mentor 4 bukan drama!

Usik-usik sensasi di acara penutup Mentor 4.

Mentor 4 sukses!. 

Kajian statistik mencatatkan Mentor 4 berada kat tangga PERTAMA dalam senarai 700 rancangan TV paling ramai penonton kat Malaysia!. Itu maklumat yang dikeluarkan bertarikh 18hb Mei 2010, masa tu Mentor 4 baru je masuk episod ke 3. Kami yakin sambutan hebat ni akan berterusan dengan jumlah tontonan yang makin meningkat minggu ke minggu sampai le finalnya bulan Julai nanti. Yeah!.

Sebagai antara yang terlibat dalam produksi Mentor ni (dalam segmen khas terjah kat belakang pentas) Nas ambik kesempatan ni ucapkan jutaan terima kasih pada semua penonton sebab beri  sambutan hebat. Sokongan setia penonton teramat le penting dalam kejayaan ni selain usaha unit produksi dan semua yang terlibat untuk hasilkan yang terbaaaaik punya.

Bukan mudah oii!. Kerja ni amat mencabar keupayaan penerbitnya (Sufian Isa) dalam menangani apa aja problem yang timbul di sebalik kemeriahan program ni. Kalau tak cekal & tak cukup pengalaman....memang le dah angkat kaki dah. Tahniah Sufian & gang!. Keep it up aa.


 

Backstage dgn Ziana, Mus & Ayim

Hei hei...ada sesuatu yang Nas tertarik hati nak sentuh pasal Mentor ni, pasal isu 'drama' yang dianggap segelintir pihak. Diaorang kata banyak 'drama' dalam Mentor 4 ni. Apa yang diaorang maksudkan drama tu?.


Ada 2 maksud drama. Satu, sesuatu kejadian yang dilakonkan (dengan tujuan nak tarik perhatian ramai - sedangkan kejadian tu sebenarnya tak berlaku!), dan kedua pulak....kejadian yang memang berlaku yang secara tak langsung tambahkan tarikan penonton kat program mingguan ni (jadi tak le program ni cuma hidangkan nyanyian peserta je sorang demi sorang kan?.....macam pertandingan nyanyian kat TV cara dulu-dulu).


Mana satu yang dimaksudkan tu....terserah le pada tanggapan diaorang. Pada Nas walau mana-mana satu pun itu bukan terlalu penting, yang paling penting ialah program tu berjaya & diminati ramai.


Ziana Zain & protege barunya Mohd kena jawab!

Ada 2 kejadian utama dalam Mentor 4 setakat ni yang dikatakan 'drama'. Mula-mula tu kejadian Mas Idayu terpaksa berhentikan persembahan protegenya Shaq masa tengah menyanyi. Kenapa aa?......yes, sebab dikatakan tak dapat nyanyi dengan baik. Belum pun habis isu tu reda, timbul pulak satu lagi 'drama' bila dalam episod ke 3 protege Ziana Zain yang asal iaitu Thalia tiba-tiba digugurkan dan diganti dengan protege baru iaitu Mohd. Ziana Zain terpaksa buat pertukaran tu secara tiba-tiba.


Soalnya...betul ke dua kejadian tu drama yang sengaja dibuat untuk nak mensensasikan program ni?.

"Mana sorakan penyokong Mus & Ayim?!!...."

Tiap hari Ahad Nas akan ke Auditorium MBSA seawal jam 3 petang. Eh kenapa awal sangat?. Hmmm, sebab sesi latihan untuk siaran langsung akan mula sekitar jam 4 petang. Sebelum sesi latihan konsert episod 2 tu bermula Nas sempat jumpa dan bincang dengan penerbit program tu Sufian Isa. Sufian bagitau Nas untuk stand by sebab apa kemungkinan pun boleh berlaku pada protege Mas Idayu iaitu Shaq. Shaq dikatakan sakit tekak yang semakin membimbangkan. Samaada dia boleh teruskan persembahan atau tidak itu terserah pada nasib dia sendiri atas pentas nanti. Samaada pada sesi latihan ataupun siaran langsung malam tu nanti bila-bila masa pun Mas Idayu akan bertindak berhentikan persembahan Shaq kalau dia dapati mutu vokal Shaq makin teruk.


Lepas dengar penjelasan Sufian, Nas sempat jumpa dan sembang kejap dengan Mas Idayu & pasangannya Yuzai (yang ikut sama latih Shaq). Mas risau amat dengan keadaan Shaq. Katanya Shaq mengalami masalah vocal chord (peti suara) sebab overused. Maklum le biasanya Shaq tu menyanyi suka-suka je, tapi bila masuk bertanding ni dia kena berlatih menyanyi tiap hari berkali-kali secara intensif, itu yang mudarat pada vokal dia tu. Kalau ikutkan nasihat doktor, Shaq patutnya kena rehat - tak boleh nyanyi selama 6 bulan!. Tapi nak buat macam mana, pertandingan dah bermula. Mau tak mau Shaq mesti kena teruskan gak!. Tak gitu.....takda jalan lain kecuali tarik diri.


Sesi latihan bermula jam 4 ptg tu. Tiba giliran Shaq menyanyi, Mas Idayu tumpu penuh perhatian dan akan bertindak bila-bila masa pun. Nyanyi punya nyanyi...dari verse masuk ke korus....sampai le ke penghabis lagu. Lega!...Shaq dapat habiskan nyanyi satu lagu tu dengan baik tanpa terganggu.


Cam na pun...malam nanti belum tentu.....dapat ke Shaq nyanyi habis macam petang tu?. Ni yang suspend ni.

Gaduh dengan Mas Idayu?!.  Shaq terdiam.

Tiba malam tu.....bila sampai giliran Shaq nyanyi....Mas Idayu risau lagi. Muzik intro bermula. Gimik pembukaannya Shaq keluar dari kelopak putih nampak gah. Shaq muncul dari kelopak tu dan mula menyanyi. Bila masuk je suara Shaq......alamak...pitching tak sampai!. Dia tak dapat kontrol vokalnya (yang dalam keadaan sakit) macam dia kontrol petang tu. Mas Idayu nampak makin hampa tapi membiarkan dulu, maana le tau masuk key tu out tapi yang lain nanti tetiba okay ke kan?. Malangnya masuk baris ke 2...3...4...dan seterusnya vokal Shaq tetap menghampakan. Takda pilihan lain, Mas Idayu terpaksa bangun dan hentikan persembahan tu live on air!. Memang pun lebih baik dia hentikan saja sebab kalau diteruskan nanti bukan je memalukan Shaq tapi Mas Idayu juga selaku mentor dia. Itu le apa yang terjadi, macam yang korang semua tengok kat TV.


Selang beberapa hari lepas tu terdengar desas desus dan laporan segelintir media yang kata kejadian tu cuma 'drama' atau gimik yang sengaja dibuat untuk tambah sensasikan program ni. Dalam hati Nas terfikir...."Eh?..........'drama'? ".

Jawab Ziana...jawab!

Minggu depannya Ahad 16hb Mei berlaku lagi satu isu / kejadian.


Macam biasa jam 3 ptg Nas driving dari rumah gi MBSA. Dalam kepala dah terbayang malam ni Ayim protege Mus, Thalia protege Ziana Zain dan Adi protege Dayang Nurfaezah (semua tu dari grup B) pulak akan beraksi.


Tiba kat auditorium Nas terus mintak running order (senarai aturcara pentas) dari krew bertugas. Bila Nas rujuk running order tu tetiba.....eh?....terpandang ada nama Mohd sebagai protege Ziana Zain.

Mohd?...... Siapa Mamat ni?.........mana pergi Thalia?.......kan Thalia tu protege Ziana?, mana pulak datangnya Mohd?. Apa hal ni?.

Nas pandang keliling cari Sufian nak tanyakan hal ni. Sufian takda kat situ. Mungkin dia ada kat Control Room kat tingkat 4 agaknya kot?. Nas terus bergegas nak ke tingkat 4 cari Sufian, tetiba kat depan pintu auditorium terserempak dengan Ally Iskandar yang baru je tiba. Nas tanya kat dia hal ni.

Ally jelaskan memang ada masalah berlaku antara Thalia dengan Ziana, sebab tu Ziana ambik ganti protege lain mulai malam ni. Protege baru tu pulak (Mohd) diambik cara segera dan cuma sempat berlatih 2 hari aja!.

Nak tau lanjut, lepas dapat sikit info dari Ally tu Nas terus naik ke tingkat 4. Sampai kat sana ternampak satu perbincangan serious tengah berlangsung antara Sufian, beberapa krew penerbitan Mentor, dan Thalia kat bilik mesyuarat. Thalia pulak bawak sama ahli keluarga termasuk bapanya sendiri dan beberapa orang lain yang Nas rasa mungkin saudara mara, kawan, atau penyokong Thalia. Suasana kat situ nampaknya sedikit tegang........tapi terkawal. 

Sebab tak diminta terlibat dalam perbincangan tu, so Nas just lepak kat luar bilik tu sembang sambil minum petang dengan Mus, Ayim, Abu (gitaris May) dan beberapa krew teknikal yang kebetulan ada kat situ gak. Tak lama lepas tu perbincangan kat bilik mesyuarat tu selesai. Nas sempat bertembung dengan diaorang semua. Thalia dan semua yang temankan dia termasuk bapa dia sempat berbual kejap dengan Nas. Hasil perbualan yang cuma kejap je tu dapat Nas rumuskan yang hakikatnya bukan jodoh Thalia untuk bermentorkan Ziana.

Thalia bukan jodoh Ziana.

Personally, dari mutu persembahan Thalia yang sempat Nas tengok 2 kali sebelum ni, Nas nampak dia memang ada bakat dan potensi. Nas sendiri pernah beritahu dia pendapat Nas ni masa kami sempat sembang kejap kat depan pintu auditorium minggu lepas. Sebab tu Nas pun harap Thalia akan gunakan populariti yang baru berputik ni untuk dia teruskan karier seni dia ni dari laluan yang lain. Cuma perlu diingat, menjadi seorang penyanyi / artis bukan cuma kena pandai menyanyi aja, banyak faktor lain termasuk dari soal penampilan, disiplin, karisma dan banyak lagi yang nak kena pastikan okay jugak. So...teruskan Thalia!. I harap u akan tambah bagus suatu hari nanti. I wish u luck, yeah!.

Selang beberapa hari lepas tu Nas terdengar juga desas desus kat luar dan terbaca satu laporan akhbar yang antara lain kata kejadian tu cuma 'drama' (yang dibuat untuk program ni jugak). Sekali lagi Nas terfikir "Eh?.......yang ni pun dikatakan 'drama' jugak?. Ish ish ish".

Nas terfikir agaknya orang yang kata macam tu mungkin jenis orang yang terlalu kerap menonton & menghayati drama kot?, sebab tu sampaikan kejadian sebenar cam ni pun dianggapnya drama. He he.

Tapi........ahh, no hal lah!. Takyah le pening kepala nak fikir lebih-lebih kan?. Nak kata drama ke bukan drama ke, terserah lah.......yang paling penting......Mentor 4 tetap menemui anda penonton setia tiap Ahad jam 9 malam di TV3.....Yeah!!!.

"Yeah!!...."

Wednesday, 19 May 2010

memori bersama LAN PET PET

Bukan semua pelawak tu 'pelawak sebenar'!...... yeah!.

Tau napa Nas cakap cam tu?.

Sebab pelawak sebenar tu pelawak yang sentiasa kelakar walau dalam kehidupan seharian dia. Dia tak perlu tunggu ada skrip ke, kat atas pentas aja ke atau kat depan kamera aja ke baru dia kelakar. Orang jenis macam ni memang born to be a comedian (lahir sebagai pelawak). Kalau kita dengan dia walau kat mana-mana pun ada-ada aja gelagat atau ayat dia yang buat kita gelak. Kalau le dia kat atas pentas atau depan kamera......laaaagi le gamatnya!. Inilah yang Nas maksudkan dengan 'pelawak sebenar'.

Bukan semua pelawak jenis macam ni. Ada ramai jugak yang cuma kelakar kalau ikut skrip atau kalau buat persembahan pentas atau TV atau radio je, sedangkan dalam kehidupan seharian dia serious!. Ada pulak tu yang bukan sekadar serious, tapi siap pegang mana-mana jawatan dalam politik lagi (yang dah tentunya kena serious)!. Pelawak cam ni Nas anggap bukan pelawak sebenar tapi cuma 'melawak'. Ada beza kan antara pelawak dengan melawak?.

Antara 'pelawak sebenar' yang Nas tau ialah Samad Ayob (pelawak dari Singapura), Din Beramboi (arwah), dan paling ketara sekali ialah....LAN PET PET!.

Dulu masa Lan Pet-Pet dan semua anggota Senario satu ofis dengan Nas (kat Jabatan Hiburan TV3 - masa tu dinamakan Ambang Klasik) tiap kali ada Lan berhampiran meja Nas, selalu Nas mengelak atau larikan diri dari dia. Tau kenapa?. Iye le kat ofis tu kita selalunya busy nak kejar buat itu ini, tapi bila bertembung Lan nanti ada-ada aja yang dia usik, sampaikan terjejas jugak konsentrasi kita pada kerja. Kadang tu rasa macam nak hempukkan aja. He he.

Eh no!....perangai lawak Mazlan Ahmad (Lan Pet Pet) ni bukan sekadar bila dia dengan orang luar je, kat rumah dia antara dia dengan famili termasuk le dengan mak bapak dia pun memang macam tu jugak. Ni bukan perangai buat-buat!. Bayangkan macam mana dia bergurau dengan orang luar, macam tu jugak le dia bergurau dengan mak bapak dia. Tak sangup rasanya Nas nak tulis kat sini cam na dia gurau atau usik-usik mak & bapa dia sebab.....he he...malu nak cerita. Dia bukan kurang ajar ke apa, tapi mak bapak dia pun sporting & dah masak sesangat dengan perangai dia, sebab tu tak ambik hati pun. Secara tak langsung ini jugak le yang memeriahkan rumah. Hmmmmm.

Cuma satu je perangai Lan yang Nas rasa dia patut kasi adjust sikit ialah......punctuality!. Tanya la kat sesiapa yang pernah jaga dia masa shooting, Lan memang liat bangun awal pagi. Kejut le dia jam berapa pun untuk shooting, dia tetap akan bangun ntah pukul berapa pun yang dia sendiri dah tergerak nak bangun. Kakitangan unit produksi siri TV Senario, krew produksi atau filem ramai gak yang dah tau sangat tabiat Lan ni. Sabar aja la. He he.

Tapi..........haaa 'tapi' nya yang mahal ni!. Nas ada satu pengalaman dengan Lan yang Nas nak cerita kat sini.

Masa nak sambut Hari Raya 3 tahun yang lepas, Nas kena terbit dan arahkan satu program khas Hari Raya bertajuk 'Setahun Sekali Lagi' untuk siaran TV3 (bahagian ke dua dari program 'Setahun Sekali' yang Nas terbit & arahkan utk siaran Hari Raya tahun sebelum tu). Rasanya ramai yang tau dan pernah nonton program ni kan?. Yes, program khas ni berupa candid camera yang dirancang. Contohnya, segmen Norkhiriah jadi orang terencat akal & merayau kat tengah bandar, Raja Azura jadi perempuan gila & kacau orang kat Central Market, macam-macam lagi, dan termasuk le Lan Pet-Pet jadi NAS AHMAD yang dah tua bangka dalam usia 70 tahun, jalan dah bongkok, rambut maintain panjang tapi dah beruban penuh, gigi dah jarang dah, tapi masih tetap...tetap dan tetap usung mikrofon ke hulu hilir terjah orang sana-sini. He he.

Masa mula nak buat projek tu kan, Nas jadi termenung fikirkan siapa yang ngam bawak watak tu. Mulanya Nas terfikir nak ambik Din Beramboi (arwah). Din okay, tapi fikir-fikir Nas rasa lawak dia lebih berjaya kat radio berbanding kat TV. Nas sendiri kagum & peminat setia lawak Din Beramboi kat radio tapi belum pernah minat pada lawak dia kat TV (dalam program 'Apa-Apa Aja' atau 'Insomnia' TV3, 'Apa Ke Hal' TV9 dan banyak lagi).


Next choice siapa?. Fikir punya fikir...why not Lan Pet Pet?....dah tentu akan gamat jadinya nanti kan?. Yes!...Lan is the right choice!. 

Cuma problemnya si Lan tu....punctuality dia nanti confirm out. Tak takut ke nanti shooting tergendala cuma sebab dia je?. Alamak!. Cam na tu?.

Takpa lah, Nas take the risk. Apa nak jadi tu jaaadi le sebab masa pun dah suntuk dah, kena shooting besok lusa gak. Nas pun jumpa Lan dan offer dia watak tu. Dia kata okay.

Walau okay, tapi Nas tetap standby dengan risiko Lan akan datang lambat ntah jam berapa pun yang dia suka. Nas dah booking krew untuk shooting mulai jam 10.00 pagi. Awal-awal lagi Nas dah bagitau kat krew yang call time jam 10.00 pagi tapi just stand by je sebab Lan akan datang pada bila-bila masa pun, mungkin 12 tghari, mungkin 2 ptg, paling lewat pun sebelum 5 ptg.

Tiba harinya untuk shooting...tau apa jadi?.....

......jam 9:50 pagi masa Nas baru je nak gi check krew, tetiba......Lan Pet-Pet muncul depan mata Nas!!.

Fuuuhh!!...rasa macam tak percaya hamba ALLAH yang tengah berdiri tersengih depan mata Nas tu Lan Pet Pet!. Dalam hati terus terfikir "awal le pulak Mamat ni sampai ye?. Bagus bagus bagus!". Selamba je dia cakap "Dah ready ke?...jom!". He he he.

Dalam coaster on the way gi lokasi shooting kat Central Market tu Nas sempat terus terang kat Lan "Kau tau tak bro...aku dah espect paling-paling awal kau akan datang pun jam 2 ptg tau....tetiba sebelum 10 pagi dah tercatuk depan mata. Sebelum ni aku pernah dengar ramai orang ngadu kata kau selalu lambat datang shooting". Lan selamba jawab "Haa tengok la...tengokla....siapa betul sekarang?".

Satu lagi yang Nas jadi respect...Lan bukan je sekadar datang untuk berlakon je, tapi siap bawak props gigi palsu sendiri!. Gigi palsu yang dia pakai untuk watak tu dia beli sendiri kat Los Angeles masa dia gi melancong kat sana dulu. Real tu...bila dia pakai nampak tua betul!.

Shooting mula jam 12 tghari. Nas lepaskan Lan Pet Pet merayau sorang dan kacau orang-orang yang ada kat sekitar area tu. Ada 3 kamera tersembunyi yang sentiasa rakamkan aksi orangramai bila Lan datang 'terjah'.

Rakaman tu langsung takda skrip. Nas cuma kasi guideline kat Lan, lepas tu.......balun!

Kami break makan jam 2 ptg dan sambung semula jam 3 ptg, kali ni lokasinya kat restoran Linda Onn pulak. Linda Onn sendiri pun berlakon cameo gak dalam adegan ni, adegan dia kelam kabut lari kena kejar dengan Lan yang datang terjah dia.

Paling tak tahan gelak masa penghabis adegan ni masa Lan Pet Pet nak bangun tinggalkan Linda tetiba sempat dia kentutkan muka si Linda Onn!. Bunyi punya le kuat & Linda punya le bengang!. Semua krew yang ada kat situ siap tutup hidung masing-masing punya le kuat tak nak tercium bau. Lan ketawa & kata "Takyah tutup hidung lah, takda bau punya. Bukan kentut betul tu, aku buat bunyi dari mulut je!". Fuhh...geram!

Babak terakhir adegan tu Lan Pet Pet (yang berlakon jadi Nas versi tua) bertembung dengan Nas sebenar. Gempak gak...dia heran tengok Nas & Nas pun heran tengok dia. He he.

Okay....kepada Lan. Sori masa u kahwin dulu tu Nas tak dapat datang sebab ada kat overseas. Teruskan karier u Lan. I tau u boleh pergi jauh lagi. Bakat u semulajadi, sebab tu ia akan terus berkembang tanpa kenal usia u. Hidup Lan Pet Pet!





















Friday, 14 May 2010

Jangan malu dengar rentak budaya

Orait!!...

..eh siapa artis barat yang paaaling korang minat?.

Siapa?.....

....wow, ada yang minat kat Katy Perry, ada yang kata minat kat Linkin Park!. Siapa lagi?.....ohhh minat kat Britney Spears ke?. U pulak minat kat siapa?....  Wah, minat Justin Timberlake tu!.

Tak kisah le siapa-siapa pun yang korang minat, biasa le kan lain orang lain citarasanya. Orait tu...teruskan. Yeah!.
Yeah! 



Cuma Nas nak cerita satu pengalaman yang pernah Nas tempuhi lebih kurang 10 tahun dulu. Mungkin ada yang masih ingat masa tu TV3 ada satu anak syarikat - Ambang Klasik Sdn Bhd. Sykt ni banyak bikin album artis-artis kita, ada ramai jugak artis bawah sykt ni, dan selalu gak buat acara itu ini kat situ sini kan?.

Mungkin ada gak yang tau Ambang Klasik ni dulu ada satu kedai muzik jual CD & DVD kat dalam bangunan terminal kat lapangan terbang KLIA. (Kedai tu skrg masih ada tapi difahamkan pengurusannya dah diambil alih oleh sykt Eraman yg kendalikan rangkaian kedai-kedai sekitar KLIA tu).  

Kedai muzik ni buka 24 jam tiap hari. Pernah suatu ketika dulu tu Nas habiskan masa dua hari berada kat kedai tu, hari pertama tu dari pagi ke petang, hari ke dua pulak tu dari petang ke pagi esoknya. Untuk apa?. Saja je timba pengalaman jadi jurujual kat kedai muzik tu. He he.


Dah namanya pun kedai muzik, tentu le akan sentiasa bunyikan apa-apa lagu yang albumnya ada jual kat situ. Selalunya lagu-lagu popular masakini yang selalu berkumandang kat kedai tu untuk tarik perhatian orang datang beli.

Mulanya Nas putar album kumpulan Backstreet Boys, habis tu tukar album kompilasi Madonna pulak. Lepas Madonna Nas putar album Westlife baru le pulak. Cam tu le silih berganti. Di sebabkan kedai tu terletak kat bangunan satelit, dah tentu le sebahagian besar orang yang lalu lalang kat situ ialah orang-orang asing yang samaada baru sampai ke Malaysia, atau dari Malaysia nak balik ke negara masing-masing, atau yang sekadar transit / tunggu waktu penerbangan selanjutnya ke mana-mana destiansi yang diaorang tu nak pergi. Kebanyakan yang nampak kat situ orang Jepun, Mat Salleh, Korea, dan ntah mana-mana pelancong lagi.

Suatu yang Nas perhatikan, begitu banyak album-album artis international yang Nas putarkan silih berganti, walau pun masa tu album tu tengah hits kat mana-mana, tapi kebanyakan pelancong yang lalu lalang kat situ nampaknya macam tak ambik peduli pun....selamba je berjalan. Memang ada yang masuk kedai tu samaada nak beli album lagu yang tengah berkumandang tu ataupun cari & beli album lain, tapi kunjungan pelanggan tu kira biasa-biasa je la, tak begitu 'laju' jualannya. Beberapa kali Nas ternampak ada antara mereka yang berbisik & ketawa perli bila dengar lagu tu berkumandang. Kenapa ye?. Hmmm....maklum je le lagu tu lagu bangsa & bahasa diaorang, dah tentu diaorang bangga & terasa diri tu hebat bila kita seolah 'tunduk' pada populariti & kekuatan lagu diaorang!.


Dari pagi ke petang tu asyik lagu Inggeris je berkumandang sebijik demi sebijik, terasa bosan le pulak kan?. So bila agak keadaan lega sikit tu, Nas capai satu album Melayu, masa tu album Hati Kama nyanyian duet Siti Nurhaliza & Noraniza Idris tengah top, Nas putarkan album tu. Saja je nak layan lagu Melayu pulak kan?.


Tau apa jadi?. Tak disangka, tetiba sorang demi sorang pelancong masuk kedai tu. Ada yang sekadar bertanya pasal lagu dan penyanyi yg lagunya tengah berkumandang tu, dan yang best nya....ramai yang beli album tu!. Eh?.

Habis semua lagu album Hati Kama tu berkumandang, Nas putarkan pulak album Raihan 'Puji-pujian'. Tau apa jadi pulak?......

.......tetiba ada sekumpulan pelancung remaja Mat Salleh menari-nari depan kedai tu ikut rentak lagu tu!. No no no...diaorang tu menari bukan mengejek ke apa, malah diaorang tak faham apa pun lirik dalam lagu tu. Diaorang tak tau kisah pun yang lagu-lagu Raihan tu lagu berlirikkan ketuhanan, diaorang cuma syok dengar rentak lagu tu , tu yang buat diaorang menari!. 


Bukan setakat menari!....seorang demi seorang masuk kedai beli album tu....sampaikan stok habis!.


Peristiwa depan mata ni buat Nas tersedar betapa irama budaya kita sebenarnya lebih menarik perhatian orang luar!. Setakat lagu-lagu barat tu diaorang boleh dapat dengar kat mana-mana negara pun kat seluruh dunia, tapi lagu-lagu rentak budaya kita (zapin, inang, nasyid, dll) ni diaorang langsung tak dapat dengar kat mana-mana, cuma kat Malaysia & negara-negara gugusan Melayu je!. Ini sebenarnya selling point kita!.

Bukan salah kalau artis-artis kita nak nyanyi lagu-lagu rentak pop ke, atau orang kita lebih minat dengar lagu rock ke, jazz ke, apa-apa aja le, tapi yang penting kena sentiasa ingat pada rentak budaya warisan kita. Sebaik mana artis kita rakam/nyanyi pop ke, rock ke, hip hop ke, apa-apa aja le tapi Mat Salleh tau itu budaya diaorang sendiri & diaorang boleh buat yang jauh lebih best, lebih hebat dari yang kita buat. Hhmmm....


Bukan tu aja......ada antara orang kita, terutamanya di kalangan remaja kononnya tak minat malah 'geli' dengar lagu dangdut atau asli. Lagu-lagu tradisional kita tu seolahnya dianggap low class. Diaorang anggap lagu-lagu rentak macam tu untuk orang tua je. Ishhh...silap tu!. Sebenarnya rentak budaya kita tu le yg dikagumi ramai orang luar!.


Moral of the story.......teruskan minat lagu asing, teruskan enjoy dengar lagu asing, tak salah nak minat pada artis asing, tapi pd masa sama rentak budaya kita, lagu-lagu tradisi kita jangan dipinggirkan atau kononnya malu nak dengar. Bayangkan kalau suatu hari nanti orang asing ambik rentak budaya kita lalu mempopularkannya kat seluruh dunia dan mengaku itu rentak budaya diaorang....apa lagi yang tinggal pada kita?. Gigit jari!.......masa tu menyesal pun dah tak guna dah.

Thursday, 13 May 2010

M.Rajoli masih terlantar sakit.

Baru-baru ni Nas sempat ke rumah pelakon veteran M.Rajoli untuk melawat & tinjau keadaan kesihatannya sekarang. Pelakon ni dah terlantar sakit sejak 3 tahun yang lalu. Usaha isteri dan keluarganya untuk memulihkan keadaannya kembali normal masih berterusan hingga sekarang.

Isterinya Kak Mah kata suaminya itu mungkin mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh sepenuhnya kesan dari pengambilan air tulang belakang ketika menerima rawatan di hospital dulu.

Tak banyak yang dapat Nas interbiu pelakon ni sebab dia masih dalam keadaan kurang upaya untuk bercakap. Nas sempat tanya siapa antara rakan seni yang dia ingin jumpa, dia jawab.......Rashid Sibir.

Sama-sama kita berdoa agar beliau cepat sembuh semula dan terus mewarnai persada seni kita. InsyaALLAH.

Berikut rakaman kunjungan Nas melawat artis veteran ini yang disiarkan di program Galaksi TV9 pada 8hb Mei lepas.

video

Tuesday, 11 May 2010

Surat tetap sampai!!

Kita kena respek kat kakitangan Pos Malaysia!.....yeah.


Kenapa?......


....sebab dah banyak terbukti diaorang jalankan tugas dengan dedikasi & tak banyak cikadaknya. Dah bagus le tu kan?.


Baru-baru ni Nas dapat kiriman satu poskad dari penonton 'Terjah!'. Actually memang pun tiap hari Nas dapat surat ke email ke dari penonton yang beri komen atau maklumbalas pada program tu. Tapi poskad yang ni.....lain macam sikit.


Pengirimnya langsung tak tulis alamat!. Korang tengok sendiri le apa yang tertulis ni.


Walau takda alamat lengkap, tapi SURAT TETAP SAMPAI. Ni membuktikan Pos Malaysia sentiasa berusaha untuk tunaikan amanah menyampaikan surat orang walau butirannya tak lengkap. Tak buang!....diaorang tetap berusaha selagi boleh & kadang terpaksa ikutkan pemahaman sendiri. Kalau ikutkan jenis orang yang kepala angin ke, dah tentu di 'bakulsampahkan' je surat macam ni agaknya kan?.


Orait!....bukan cuma ni, Nas teringat suatu ketika dulu seorang jururawat kat Hospital Besar JB yang Nas kenal pun pernah ceritakan kat Nas pengalaman dia pasal surat. Katanya emak dia kat kampung nak hantar surat kt dia. Nak tau alamat camna yang mak dia tu tulis kat muka depan sampul surat tu. He he...ditulisnya 'Kepada : Normah Bte Yusri. OSTIPAL BESAR Johor Bahru'!!!............dan.......SURAT TU TETAP SAMPAI!! (walau ejaan 'hospital' jadi 'ostipal').


Tetiba Nas terfikir sesuatu pulak. Camna ye kalau berlaku alamatnya tu cukup-cukup lengkap tapi agak luarbiasa?. Contohnya camni : Nombor 9, lorong sembilan, Jalan Sembilan, Pekan Sembilan, Negeri Sembilan. . Kebetulan je kan?. .....dan sudah tentunya SURAT TETAP SAMPAI!!'

Saturday, 8 May 2010

Liputan langsung Konsert Double Trouble

1hb Mei lepas.......ishh...tak kan le nak miss?.....Nas pun ada kat tengah 20 ribu penonton konsert Double Trouble!. Sempat pulak tu buat buat laporan langsung dari panggilan telefon masa program Galaksi (TV9) tengah tayang.


Kat konsert tu.......dah tentu le tengah bising dengan muzik & sorakan penonton, sampaikan Nas antara dengar dengan tidak je perbualan telefon dengan Irma Hasmie pengacara Galaksi tu. Control punya control, nasib baik le tak ketara sangat problem tu kat TV. Dengar macam lancar je kan?. He he.


Galaksi bersiaran langsung mulai jam 9 malam selama 1 jam kan?. Nak tau?.....sepanjang tempoh tu le penerbit Galaksi Zaini Saidi berusaha call Nas utk buat laporan langsung ni tapi berkali-kali tak dapat line. Handset sentiasa dalam genggaman Nas tapi line tak dapat masuk sebab gangguan gelombang telefon kat situ. Dia cuba berkali-kali dan akhirnya......dapat jugak!. Lega!. Tu yg Nas hold the line 10 minit sebelum live tu, takut tak dapat line lagi.

30 minit sebelum live tu pulak, Zaini dah cuba call Nas. Line clear!. Nas cadang kalau dia call masa live nanti Nas nak lari kejap gi cari tempat yang agak tak berapa bising sangat supaya kami dapat berhubung dengan lebih selesa nanti. Tapi tau apa jadi?........bila konsert tu mula je...Nas langsung dah tak boleh gerak gi mana-mana lagi dah. Penonton dah penuh, padat keliling arena tu. Hilang kisah le nak bangun kejap gi tempat yg reda sikit. Terpaksa le bertahan gak jawab pangilan telefon dari Galaksi dan buat laporan langsung dalam keadaan bising. Fuhh!.


Tentu ada yang tak sempat tengok siaran langsung kat Galaksi masa tu kan?. Jom tengok kat sini.



videoAdd Video......ooppsss...terputus le pulak!. Haa ni sambungannya........

video

Nas tamu Muzik-Muzik!

n Sabtu 10hb April '10 lepas Nas dijemput jadi tamu rancangan Muzik-Muzik dengan Yanie (wartawan Harian Metro). Pengacara Cheryl Samad tanya macam-macam. He he. Jaaawab aje le.

Actually semua tau Muzik-Muzik ni bukan le talk show yang kita boleh jawab dan huraikan semua soalan dengan panjang lebar kan?...just jawab sikit-sikit mana yang sempat je (satu soalan & jawapan lebih kurang tempohnya 2 ke 3 minit je). Kira okaaay jugak le tu kan?.

Jom tengok sedutannya ni ha.


Soalan pertama : Perlu ke publisiti dalam bidang seni tempatan?. Haa jawab....jawab.

video

Soalan ke dua : Betul ke wartawan lebih mengutamakan cerita sensasi artis berbanding cerita karier?. Jawab....jawab la.


video


video

Soalan ke tiga : Bagaimana reaksi wartawan bila dihentam pula?. Apa lagi?...jawab le.


video

Soalan ke empat pulak, mampu ke publisiti matangkan industri seni kita?. Hmm....mampu ke?. Aa...jawab...jawab

video

Itu le antara soalan yang sempat ditanya & dijawab dalam tempoh yang terhad. Maklum le program tu tumpuan utamanya pada carta lagu kan?. Nak panjang lebar memang le tak sempat.

Apa pun...terima kasih Nas ucapkan kat penerbit program tu - Gbam sebab sudi jemput Nas jadi tamu. I okay je bro. Orait...saksikan Muzik-Muzik tiap Sabtu (petang, kat TV3).

Friday, 7 May 2010

KOLEKSI BAJU NAS AHMAD

Yes, memang Nas minat red indian.


Eh?. Lain macam le pulak. Napa aa?


Hmm..memang sejak kecik dulu Nas minat kat semangat diaorang. Walau diaorang tu primitif, takda pistol, senapang, atau apa pun senjata moden, yang ada cuma kapak, panah & pisau je, tapi keberanian & semangat juang diaorang tu tinggi!. Pantang menyerah kalah sebelum berjuang. Semangat tu le yang Nas serapkan dalam diri untuk bangun berjuang capai cita-cita & visi walau dalam serba kekurangan.



Masa zaman sekolah dulu Nas banyak baca dan kaji adat resam dan budaya suku kaum Indian, antaranya Apache, Cherokee, Yaqui, Sioux, Pawnee, Cocopah, dan ntah apa-apa lagi. Filem A Man Called Horse, The Return Of A Man Called Horse, dan The Triumph Of A Man Called Horse sampai sekarang masih Nas minat sebab paparkan semangat & budaya Indian.



Minat punya pasal, sebab tu le Nas banyak koleksi baju-baju Indian. Pantang jumpa jual kat mana-mana mesti Nas sambar. Setakat ni dah ada lebih 100 helai baju indian dalam koleksi Nas, antaranya beli kat Bangkok, Jakarta, Manila, Los Angeles, Bandung, dan Kuala Lumpur jugak.

























Tapi........
....korang tengok Mentor 4 tak (tiap Ahad 9 mlm TV3)?.
Tiap Ahad kan Nas muncul kat Mentor 4 utk segmen terjah mentor & protege kat belakang pentas. Untuk muncul dalam Mentor tu baju Nas ditaja oleh butik rock popular kat Pandan City JB iaitu Zig Zag. Butik Zig Zag ni sediakan baju T berjenama Shiroi Neko & Chivago dari berbagai design untuk Nas pakai tiap Ahad.

Baju T Shiroi Neko ni banyak terjual kat Jerman, Bangkok dan Manila. Semua anggota Search & Wings pun pakai jenama ni untuk konsert Double Trouble yang baru lepas tu termasuk masa sidang akhbar konsert ni.

Walau design baju ni semua bukan red indian, tapi.......tetap rock!. Yeah!!