Rating terkini : Seramai lebih 1.4 juta menonton Melodiraya Part 1 (siaran 12hb Sept '10), seramai lebih 1.545 juta menonton Melodiraya Part 2 (siaran 19hb Sept '10) dan seramai lebih 2.9 juta menonton Mentor 4 Raya (siaran 19hb Sept '10). Sukses!. Terima kasih semua. Sokongan anda semangat kami utk hasilkan yang sentiasa terbaik. Yeah!
2 comments:
Abg. Nasssssss!!! tolonggggg kami!!! mngapa lah rancangan tv kat media prima(TV3/9/8..) BEGITU MENGECEWAKAN KAMI yg berada diperantauan (UK), semenjak di percanggihkan selepas HariRaya sampai hari ini TAK BOLEH tengok online langsung! Berjuta2 komen telah dihantar tetapi kami hampa & website masih belum diperbaiki! Mengapa harus dipergunakan tonton.com yang telah membawa mala petaka buruk! Abg. Nas... Tolonggg kami sampaikan masalah ini kpd media prima!! Trima Kasih!
rubiah,
UK
Salam Rubiah.
Terima kasih atas komen sdri / puan.
Saya dah tanyakan perkara / problem ni kat pengurus Alt Media yang mengendalikan tonton.com.
Menurut penjelasannya, drama dan program TV terbitan production house atau syarikat penerbit filem luar memang tidak akan dapat ditonton kat website tonton.com lagi sebab hak milik siarannya bukan kepunyaan mana-mana rangkaian TV Media Prima (walaupun program/drama tu pernah tersiar kat mana-mana rangkaian TV Media Prima). Media Prima cuma dpt hak tayangan kat TV je (pd waktu tertentu), bukan kat internet dan kat mana-mana medium lain.
Semua program TV yang dapat ditonton kat tonton.com cuma program in house terbitan rangkaian TV Media Prima sahaja.
Apa pun, tonton.com tu baru je mula bersiaran kan?, so memang masih banyak yang belum siap. Suatu hari nanti bila semua dah siap memang semua program TV terbitan rangkaian TV Media Prima dapat ditonton kat situ macam biasa (macam tonton kat tv3.com.my /web tv/ catch up TV) dulu tu.
Jutaan terima kasih atas perhatian & komen anda. Sokongan anda kami hargai. Teruskan bersama kami.
Post a Comment