Penaja :

Thursday, 13 May 2010

M.Rajoli masih terlantar sakit.

Baru-baru ni Nas sempat ke rumah pelakon veteran M.Rajoli untuk melawat & tinjau keadaan kesihatannya sekarang. Pelakon ni dah terlantar sakit sejak 3 tahun yang lalu. Usaha isteri dan keluarganya untuk memulihkan keadaannya kembali normal masih berterusan hingga sekarang.

Isterinya Kak Mah kata suaminya itu mungkin mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh sepenuhnya kesan dari pengambilan air tulang belakang ketika menerima rawatan di hospital dulu.

Tak banyak yang dapat Nas interbiu pelakon ni sebab dia masih dalam keadaan kurang upaya untuk bercakap. Nas sempat tanya siapa antara rakan seni yang dia ingin jumpa, dia jawab.......Rashid Sibir.

Sama-sama kita berdoa agar beliau cepat sembuh semula dan terus mewarnai persada seni kita. InsyaALLAH.

Berikut rakaman kunjungan Nas melawat artis veteran ini yang disiarkan di program Galaksi TV9 pada 8hb Mei lepas.

video

6 comments:

suzzsuzie said...

tq for your info abg nas...semoga m rajoli akan lekas sembuh dr penyakitnya...Amin

moonaire said...

Semoga M.Rajoli cepat sembuh...

Miss Nurul said...

salam,

sesungguhnya ujian sakit tu...sebagai penghapus dosa. semoga uncle & famili tabah dlm menghadapi dugaan mendatang...

ISMAIL HASHIM said...

tersentuh .. tgk video ni..

ISMAIL HASHIM said...

Thanks ....bro 4 this video & info

Ustaz Love said...

saya memang peminat setia m. rajoli. terutama dalam drama ustaz sufi..menyentuh hati betul. bacaan al-Quran dia pun sedap...tak macam pelakon2 watak ustaz drama baru ni..tajwid pun tunggang langgang..saya doakan semoga beliau cepat sembuh..