Penaja :

Friday, 14 May 2010

Jangan malu dengar rentak budaya

Orait!!...

..eh siapa artis barat yang paaaling korang minat?.

Siapa?.....

....wow, ada yang minat kat Katy Perry, ada yang kata minat kat Linkin Park!. Siapa lagi?.....ohhh minat kat Britney Spears ke?. U pulak minat kat siapa?....  Wah, minat Justin Timberlake tu!.

Tak kisah le siapa-siapa pun yang korang minat, biasa le kan lain orang lain citarasanya. Orait tu...teruskan. Yeah!.
Yeah! 



Cuma Nas nak cerita satu pengalaman yang pernah Nas tempuhi lebih kurang 10 tahun dulu. Mungkin ada yang masih ingat masa tu TV3 ada satu anak syarikat - Ambang Klasik Sdn Bhd. Sykt ni banyak bikin album artis-artis kita, ada ramai jugak artis bawah sykt ni, dan selalu gak buat acara itu ini kat situ sini kan?.

Mungkin ada gak yang tau Ambang Klasik ni dulu ada satu kedai muzik jual CD & DVD kat dalam bangunan terminal kat lapangan terbang KLIA. (Kedai tu skrg masih ada tapi difahamkan pengurusannya dah diambil alih oleh sykt Eraman yg kendalikan rangkaian kedai-kedai sekitar KLIA tu).  

Kedai muzik ni buka 24 jam tiap hari. Pernah suatu ketika dulu tu Nas habiskan masa dua hari berada kat kedai tu, hari pertama tu dari pagi ke petang, hari ke dua pulak tu dari petang ke pagi esoknya. Untuk apa?. Saja je timba pengalaman jadi jurujual kat kedai muzik tu. He he.


Dah namanya pun kedai muzik, tentu le akan sentiasa bunyikan apa-apa lagu yang albumnya ada jual kat situ. Selalunya lagu-lagu popular masakini yang selalu berkumandang kat kedai tu untuk tarik perhatian orang datang beli.

Mulanya Nas putar album kumpulan Backstreet Boys, habis tu tukar album kompilasi Madonna pulak. Lepas Madonna Nas putar album Westlife baru le pulak. Cam tu le silih berganti. Di sebabkan kedai tu terletak kat bangunan satelit, dah tentu le sebahagian besar orang yang lalu lalang kat situ ialah orang-orang asing yang samaada baru sampai ke Malaysia, atau dari Malaysia nak balik ke negara masing-masing, atau yang sekadar transit / tunggu waktu penerbangan selanjutnya ke mana-mana destiansi yang diaorang tu nak pergi. Kebanyakan yang nampak kat situ orang Jepun, Mat Salleh, Korea, dan ntah mana-mana pelancong lagi.

Suatu yang Nas perhatikan, begitu banyak album-album artis international yang Nas putarkan silih berganti, walau pun masa tu album tu tengah hits kat mana-mana, tapi kebanyakan pelancong yang lalu lalang kat situ nampaknya macam tak ambik peduli pun....selamba je berjalan. Memang ada yang masuk kedai tu samaada nak beli album lagu yang tengah berkumandang tu ataupun cari & beli album lain, tapi kunjungan pelanggan tu kira biasa-biasa je la, tak begitu 'laju' jualannya. Beberapa kali Nas ternampak ada antara mereka yang berbisik & ketawa perli bila dengar lagu tu berkumandang. Kenapa ye?. Hmmm....maklum je le lagu tu lagu bangsa & bahasa diaorang, dah tentu diaorang bangga & terasa diri tu hebat bila kita seolah 'tunduk' pada populariti & kekuatan lagu diaorang!.


Dari pagi ke petang tu asyik lagu Inggeris je berkumandang sebijik demi sebijik, terasa bosan le pulak kan?. So bila agak keadaan lega sikit tu, Nas capai satu album Melayu, masa tu album Hati Kama nyanyian duet Siti Nurhaliza & Noraniza Idris tengah top, Nas putarkan album tu. Saja je nak layan lagu Melayu pulak kan?.


Tau apa jadi?. Tak disangka, tetiba sorang demi sorang pelancong masuk kedai tu. Ada yang sekadar bertanya pasal lagu dan penyanyi yg lagunya tengah berkumandang tu, dan yang best nya....ramai yang beli album tu!. Eh?.

Habis semua lagu album Hati Kama tu berkumandang, Nas putarkan pulak album Raihan 'Puji-pujian'. Tau apa jadi pulak?......

.......tetiba ada sekumpulan pelancung remaja Mat Salleh menari-nari depan kedai tu ikut rentak lagu tu!. No no no...diaorang tu menari bukan mengejek ke apa, malah diaorang tak faham apa pun lirik dalam lagu tu. Diaorang tak tau kisah pun yang lagu-lagu Raihan tu lagu berlirikkan ketuhanan, diaorang cuma syok dengar rentak lagu tu , tu yang buat diaorang menari!. 


Bukan setakat menari!....seorang demi seorang masuk kedai beli album tu....sampaikan stok habis!.


Peristiwa depan mata ni buat Nas tersedar betapa irama budaya kita sebenarnya lebih menarik perhatian orang luar!. Setakat lagu-lagu barat tu diaorang boleh dapat dengar kat mana-mana negara pun kat seluruh dunia, tapi lagu-lagu rentak budaya kita (zapin, inang, nasyid, dll) ni diaorang langsung tak dapat dengar kat mana-mana, cuma kat Malaysia & negara-negara gugusan Melayu je!. Ini sebenarnya selling point kita!.

Bukan salah kalau artis-artis kita nak nyanyi lagu-lagu rentak pop ke, atau orang kita lebih minat dengar lagu rock ke, jazz ke, apa-apa aja le, tapi yang penting kena sentiasa ingat pada rentak budaya warisan kita. Sebaik mana artis kita rakam/nyanyi pop ke, rock ke, hip hop ke, apa-apa aja le tapi Mat Salleh tau itu budaya diaorang sendiri & diaorang boleh buat yang jauh lebih best, lebih hebat dari yang kita buat. Hhmmm....


Bukan tu aja......ada antara orang kita, terutamanya di kalangan remaja kononnya tak minat malah 'geli' dengar lagu dangdut atau asli. Lagu-lagu tradisional kita tu seolahnya dianggap low class. Diaorang anggap lagu-lagu rentak macam tu untuk orang tua je. Ishhh...silap tu!. Sebenarnya rentak budaya kita tu le yg dikagumi ramai orang luar!.


Moral of the story.......teruskan minat lagu asing, teruskan enjoy dengar lagu asing, tak salah nak minat pada artis asing, tapi pd masa sama rentak budaya kita, lagu-lagu tradisi kita jangan dipinggirkan atau kononnya malu nak dengar. Bayangkan kalau suatu hari nanti orang asing ambik rentak budaya kita lalu mempopularkannya kat seluruh dunia dan mengaku itu rentak budaya diaorang....apa lagi yang tinggal pada kita?. Gigit jari!.......masa tu menyesal pun dah tak guna dah.

1 comment:

Anonymous said...

yeahhhhhhhh...malaysia boleh...sampai bile2 malaysia boleh.....saya berbangga jadi rakyat malaysia....anak melayu islam...HIDUP MALAYSIA walau pn piala thomas thn nie kite kalah tapi x per saya akan tetap sokong MALAYSIA!!!!!!MALAYSIA BOLEHHHHHHHHHHHHHHH...