SIAPA 'AIBKAN' SIAPA?. (Petikan dari wall Facebook Nas Ahmad)
Harlina Binti Ahya Ulumuddin
Terfikir dengan HUKUM KARMA ALLAH..Semua manusia mlakukan ksilapan. Mungkin Nas Ahmad x pernah lakukan kesilapan sbb tu dia x takut buka aib org...sbb dia xda aib yg Allah akan buka nanti kot..Tapi terfikirkah aib mak bapak, adik bradik dia.. anak branak dia org terjah plak..Makan x habis dikala itu.mana nak tutup muka..pastikah shingga mati org x buka aib Nas Ahmad langsung..? takut dbuka smasa tua/pencen...jam tu bmbang dludah org bila k surau/masjid...eee..takuuutt dgn karma Allah...Hentikanlah kerja mbuka aib org...Bimbang x berdaya trima takdir Allah nanti...
Wednesday at 9:09pm ·Like Unlike · 4 people Loading...
Norhidayu Hassan
2 kan da keje dia..dia buat keje 2 sebab dia da dibayar gaji..klu kite xnak taw cite 2 xyah tgk galaksi 2..
Yesterday at 7:36am ·Like Unlike
Harlina Binti Ahya Ulumuddin
Norhidayu Hassan: Kerja itu pilihan. Samalah dgn kerja pelacur...Dah keje cam gitu apa nak buat? so Halal x?Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.(Surah al-Hujurat, ayat 12)
Yesterday at 10:55am ·Like Unlike · 3 people Loading...
Nas Ahmad
Salam Harlina dan Qayyum. Terima kasih atas komen anda. Tugas wartawan ialah MELAPURKAN BERITA. Saya melapurkan apa saja berita mengenai artis dan persada seni kita, merangkumi berita gembira mereka, berita sedih,kejayaan,kemungkaran,malah segalanya dlm hitam putih kehidupan. Respon dari tugas saya ialah bila saya terjah dan melapurkan / mendedahkan mengenai artis dirundung malang, atau artis sakit dan perlu pembelaan, artis dianiaya atau ditipu, atau betapa seseorang artis itu berjaya dalam karier mereka, Harlina dan Qayyum langsung tak pernah dan tak minat utk beri komen membina diiringi ucapan tahniah atau seumpamanya utk saya, tapi bila saya laporkan yang sebaliknya mengenai artis terlibat dalam sesuatu yang tak elok, saya dipersalahkan. Saya dituduh mengaibkan orang, dituduh menjatuhkan air muka, dituduh kurang ajar dan sebagainya. Adakah ini wajar?.
Saya tak mintak dipuji atau disanjung kerana saya membantu secara ikhlas, tapi wajarkah anda berdua mencemuh saya begitu bila melaporkan sesuatu isu yang benar berlaku?. Adakah anda berdua mahu saya HANYA melaporkan berita yang baik sahaja mengenai artis sedangkan berita yang tak elok saya perlu sembunyikan?. Kalau begitu, dah tentu saya akan dituduh menipu masyarakat pulak (sebab melaporkan yang tak tepat & bersikap bias dlm karier saya!).
Bila saya melaporkan mengenai seseorang artis itu melakukan sesuatu yg tak elok, anda menganggap saya membuka aib artis itu bukan?. Fikirkan hakikatnya adakah saya yang mengaibkan mereka atau mereka yang mengaibkan diri mereka sendiri dengan melakukan perbuatan itu?. Saya dan semua wartawan lain cuma MELAPURkan!. Kalau lah artis tu melakukan perkara baik, dah tentu berita baik yang tersiar, kalau mereka mencapai kejayaan dlm karier, dah tentu berita kejayaan yang tersiar, begitu juga kalau mereka melakukan yang tak baik, dah tentu berita tak baik juga yang tersiar.Saya tegaskan lagi di sini tugas saya cuma melapurkan!.
Satu perkara lagi yang saya dapat amati dari komen anda di sini, anda berdua baru saja membaca sinopsis Galaksi yang saya siarkan di sini terus anda berdua mencemuh saya mengatakan saya mengaibkan orang, sedangkan anda berdua belum pun menonton bagaimana paparan itu nanti!!. Anda belum pun kaji bagaimana paparan saya mengenai isu itu, adakah benar saya paparkan dlm bentuk yang mengaibkan dia, ataukah saya paparkan dalam bentuk memberi peluang kpd dia utk membela diri dan menceritakan apa sebenarnya di sebelah pihak dia, ataukah saya paparkan dlm keadaan yang seadilnya, semua itu anda tolak ketepi. Anda berdua baca sinopsis Galaksi tu di sini dan terus bertindak komen menghentam, mencemuh saya dan seolah menjatuhkan hukuman kpd saya tanpa usul periksa dan sebelum mengetahui kedudukan perkara sebenar. Adakah tindakan anda berdua ini wajar?.
Dari komen anda berdua juga jelas menunjukkan anda beranggapan jika wartawan melaporkan mengenai sesuatu perkara tak elok yang seseorang itu lakukan, maka wartawan dipersalahkan kerana 'membuka aib' orang itu. Saya yakin ini bermakna anda berpendapat jika polis menangkap pencuri, anda berdua salahkan polis. Kenapa?...sebab dengan polis menangkap pencuri itu polis seolah dah 'mengaibkan' pencuri itu serta kaum keluarganya sekali. Macam tu juga bila hakim jatuhkan hukuman pada perogol, anda salahkan hakim itu sebab 'mengaibkan' perogol itu dan kaum keluarganya sekali. Sama jugalah bia wartawan seperti saya melapurkan mengenai seseorang melakukan kemungkaran atau perkara tak elok, wartawanlah yang dipersalahkan. Adilkah pendapat begitu?. Kenapa anda berfikiran begitu?.
Saya boleh bersabar jika saya dikutuk, dimarah, dicemuh, dan sebagainya, tetapi maaf ye saya tersentuh hati bila Harlina mengaitkan dengan mak dan bapak saya juga sedangkan mereka berdua sudah lama bersemadi di pusara!. Mengapa kaitkan mereka kalau pun marah pada saya?. Pernahkah saya menguris hati anda dalam seumur hidup anda sedangkan kita tak pernah kenal / bersua pun!.
Takpalah.....siapalah saya utk menghalang anda. Terserah pada anda. Teruskanlah kalau itu yang membuat anda rasa bahgia. Bagi saya...terjah terus terjah...utk suatu kepastian...kerana cuma saya yg tahu apa nawaitu saya sebenar. Wassalam.
13 hours ago ·Like Unlike
No comments:
Post a Comment