Penaja :

Thursday 18 August 2011

GALAKSIRAYA '11 kaw-kaw punya raya!!

Siap dah!!...Galaksiraya 2011 dah siap dan dah hantar ke LPF utk kelulusan. Lepas tu nanti... dah ready utk kasi anda tengok dan....enjoy masa raya ke 4 nanti!. Yeah!

Galaksiraya terbitan bersama Zaimie Anizah (Aimie) dan Nas Ahmad.Team Galaksi yg juga terdiri dari Siti Rohkhaida 'Rock Kiah propa', Noradillah 'Adeed', Norhazrah Hilme 'Cipot', Zulkifli Nordin semua terlibat sama utk pastikan yg the best!. Tak terkecuali semua krew yg terlibat gak.

Alang-alang buat program khas raya tu kami buat kasi yg kaw-kaw punya!. Padat beb!. Ada suka, ada duka, dan sensasi tetap sensasi (tak sensasi tak Galaksi la namanya kan?).

Rakaman Galaksiraya kami buat kat Menara KL hari Selasa 26hb Julai lepas. Lokasinya suasana rumah-rumah tradisional pelbagai negeri.

Kemunculan artis-artis popular seperti kumpulan lawak Sepah, Enot, Ifa Raziah, Fida, Kumpulan indie Awan Band, gitaris lagenda popular Rosli Mohalim bersama anaknya seorang pelapis generasi hero gitar tempatan iaitu Afiq, Didie Alias, Ida Moin, dan Kilafairy dah bikin gamatkan suasana dengan keletah spontan dan lucu mereka. Pengacara Galaksi Ikhwan Hot FM tak ketinggalan tampil kendalikan program ini.

Ooppps!.....tarikan Galaksiraya bukan cuma itu aja tau!....dipadatkan lagi dengan paparan berita dan cerita sensasi.

Eksklusif di program ini ialah rakaman detik-detik terakhir keadaan penyanyi era 60an Hasnah Harun sehari sebelum beliau dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi I.C.U dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Rakaman eksklusif ini dilakukan ketika majlis tahlil di rumah keluarga allahyarhamah di Johor Bahru.

Turut dipaparkan ialah interbiu eksklusif pelakon popular Ziela Jalil yang mengimbau semula penampilan beliau suatu ketika dulu ketika popular di persada. Beliau menjelaskan apa yang membuatkan tergerak hati untuk mengubah penampilannya sebagai seorang artis seksi suatu ketika dulu.

Wartawan Galaksi juga berkesempatan mengunjungi keluarga penyanyi Ameng Spring. Penyanyi itu kini sedang menjalani hukuman penjara kerana kes berkaitan dadah. Paparan syahdu ini menyentuh mengenai perasaan dan harapan keluarga Ameng Spring dalam menyambut Hari Raya pertama tanpa Ameng yang sedang menjalani hukuman.

Aidilfitri tentunya lebih bermakna jika disambut bersama suami tersayang, tapi bagaimana rasanya bila kegembiraan itu tiada lagi?. Dalam kunjungan ke Jakarta, Indonesia wartawan Galaksi turut berkesempatan menemui penyanyi popular Rossa. Artis popular ini telah menceritakan perasaannya menyambut Hari Raya kali ini sebagai seorang janda. Benarkah kemeriahan menyambut Hari Raya dalam keluarganya terjejas...ataukah sudah ada penggantinya?.

Turut dimuatkan dalam episod khas Galaksiraya ini ialah paparan gosip Scha Alyahya bersama kekasihnya Awal Ashaari dalam menyambut Hari Raya. Tidak ketinggalan bekas pengacara Galaksi iaitu Irma Hasmie tabah hadapi Hari Raya tahun ini berasingan dengan bekas kekasihnya Nabil.

Gabungan paparan artis popular, artis masakini dan artis generasi pelapis ini dah tentu bikin Galaksiraya jadi satu program sensasi yang padat dan dinanti ramai.

Ingat tarikh siarannya.....Raya ke 4, Jumaat 2hb Sept jam 9 mlm di TV9!
































2 comments:

ct N honey said...

dasatnya rambut enot dan didi..saya suka tgk galaksi tak sabar nak tgk galasi raya,mesti lagi gempak

^pARi-pARi^ said...

wahh...ada sepah sekalikk...bes!!