Sabtu lepas (3hb Sept) masa kat kampung (JB) Nas sempat dengar radio Ria 89.7 FM Singapura. Tetiba....wow!...rupanya stesen radio tu pun dah ada program TERJAH!. Program tu di namakan TERJAH YG MENYERLAH. Dalam program tu DJ nya menerjah dan interbiu artis baru Singapura yang bakatnya ada potensi utk menyerlah.
Nas ambik kesempatan ni ucapkan ribuan terima kasih pada penerbit dan unit produksi program tu sebab secara tak langsung dah promote dan perkuatkan lagi brand TERJAH yang Nas cipta tu. Walau Nas tak terlibat dlm produksi program radio tu tapi Nas rasa ini satu promosi yang baik utk kukuhkan branding TERJAH.
Semua tau asalnya TERJAH tu Nas cipta cuma salah satu segmen dalam program Melodi, lepas tu Nas tulis buku novel + biografi TERJAH NAS AHMAD. Memandangkan sambutannya hebat, Nas buat pulak album TERJAH (CD kompilasi 20 lagu rock). Lepas tu TERJAH ditarik keluar dari salah satu segmen Melodi jadi satu program TV berasingan. Sekarang ni TERJAH Nas teruskan dalam program Galaksi tiap Jumaat di TV9 under judul N.A.S (Natijah Artis & Selebriti).
Terbaru, TERJAH online la pulak!. TERJAH online akan siar kat web GAOL MEDIA.COM under nama TERJAH KIOK. He he...dinamakan TERJAH KIOK sebab ianya terjah versi kelakar!. Tunggu siarannya bila siap nanti!.
TERJAH tetap TERJAH...utk suatu kepastian.
No comments:
Post a Comment