Tom Raja Farah juara Mystarz LG musim 3 "(seseorang).........pernah ugut utk menjatuhkan saya" |
Laporan akhbar dipetik dari satu laman portal hiburan di internet. |
(Fuhh...kejam bunyinya tu dan langsung tak berperikemanusiaan kan?. Tapi betul ke berlaku kejadian yang didakwa ni?. Hmmmm.....betul atau tidak, segalanya akan terungkai bila pihak berkuasa melakukan siasatan nanti. Kita jangan pandai-pandai nak menjatuhkan hukum atau sekali baca terus percaya dan maki hamun sesiapa).
Walau laporan itu tak menyebut nama sesiapa, namun dari pembayang (clue) laporan itu serta maklumbalas komen umum di internet, nama Tom Raja Farah telah dikaitkan umum.
Laporan itu hanya siar komen satu pihak sahaja (dari sumber yang ntah dari mana mereka dapat), tidak berusaha mendapatkan dan menyiarkan sama komen dari pihak yang didakwa pula. (Kena hati-hati ye beb sebab dalam etika kewartawanan dah termaktub dari rujukan International Media Law (Undang-undang Media Antarabangsa) jika seseorang itu merasakan sesuatu laporan itu punyai unsur, pembayang (clue), sifat, kata, atau apa sahaja yang tepat menggambarkan berkaitan dirinya lalu dia dimalukan / difitnah, walau tanpa menyebut nama, orang itu tetap berhak kemukakan saman malu).
"Tom dan pasangan suami isteri itu perlu tampil beri kenyataan". |
Merujuk pada laporan itu, dan bila mendapati Tom tidak diberi peluang langsung untuk komen, Nas telah merakamkan kenyataan balas dari Tom pula. Tom menyatakan rasa kesal dengan tuduhan yang dianggap bertujuan memalukan dan menjatuhnya itu. Katanya memang pun dulu ada seseorang yang dia kenal pernah ugut kata nak jatuhkan Tom suatu hari nanti. Menurutnya kesemua dakwaan itu tidak ujud, malah katanya hubungan antara dia dengan kedua pasangan ini kian akrab. Mereka tinggal bersama, malah Tom bantu menyara serta menguruskan kos dan keperluan isteri bekas kekasihnya itu ketika melahirkan kandungan.
Tiba di lokasi pertemuan. Maaf...Ini tugasan, bukan lakonan! |
Tom beri penjelasan. |
Menuju ke rumah sementara pasangan Ayien dan Angah dlm kenderaan berasingan. |
Tiba di rumah berkenaan. Ini realiti okay?. Cuma orang yang memang sedang berlakon akan kata ini 'berlakon', |
Rakaman kenyataan Ayien dan Angah. Betul atau 'fake'...sendiri tanggung! |
Ahad 11hb Julai.....rakaman kenyataan dari Tom, Ayien dan Angah / Ferdzaus tu disiarkan kat Melodi siaran TV3. Nas tak sempat ikuti siaran live tu sebab sedang mengikuti suatu kursus yang berlangsung kat Hotel Peninsula KL. Sedang kursus tu berlangsung Nas dapat SMS dari seorang bernama Bulat. Katanya pihak keluarga perempuan nak buat sidang akhbar untuk kenyataan balas dari apa yang tersiar kat Melodi tadi dan mereka jemput Nas datang buat liputan. Nas bagitau tak dapat datang sebab sedang kursus. Bulat kata dia kawan Michelle (wartawan Melodi) dan mintak nombor telefon bimbit Michelle pulak.
Amanah orang, lagi pun maaana le boleh kasi nombor orang lain tanpa izin tuannya kan?. So, Nas sendiri call Michelle. Michelle kata dia tak kenal Bulat. Apa pun, Nas mintak Michelle datang cover sidang akhbar petang tu nanti. Michelle kata dia tak boleh sebab letih (malam tadi dia bertugas interbiu Apek Saiful dan lepas tu terus balik ofis dan edit sebab nak disiarkan kat Melodi esoknya juga. Maknanya...dia belum tidur seharian!). Kebetulannya semua wartawan Melodi yang lain pun dah ada assignment masing-masing petang dan malam tu. Nas cuba pulak call penerbit 'Galaksi' (TV9) mintak dia assign wartawan Galaksi datang cover sidang media tu.
Pada masa yang sama juga Nas terus terfikir-fikir siapa orang bernama Bulat ni. Dah tanya Michelle tapi Michelle kata tak kenal, so, terpaksa le hantar SMS pada Tom tanya siapa Bulat. Tom jelaskan Bulat tu abang angkat Ayin. Nas tanya lagi sidang akhbar ptg ni kat mana dan jam berapa?. Rupanya Tom tak tau apa pun pasal adanya sidang akhbar tu dan dia pun terkejut.
Di sebabkan kursus masih berlangsung, Nas tak dapat nak bertindak selanjutnya dan terpaksa tumpukan perhatian kembali pada kursus.
Lewat petang itu Nas dapat satu perkhabaran gempar!....berlaku satu pergaduhan besar kat Damansara dan Tom kena belasah teruk!.
Ya ALLAH!....terbayang sekumpulan lelaki belasah seorang perempuan yang bertubuh kecil yang dah tentu tak akan berdaya melawan!!. Lebih pilu, ketika Tom jatuh terlentang, Ayien (yang sebelum ni tersebar cerita dulu dia kena tendang dengan Tom ketika hamil) datang peluk dan lindung Tom dari terus kena buli serakah jantan!.
Peristiwa dasyat ini lantas tersiar di laman-laman internet lengkap dengan gambar.
Ayien memeluk Tom dari terus dibelasah. |
Selanjutnya.....beratus-ratus komen / respon dari umum tersebar kat internet / blog dan sebahagian besarnya lebih emosional dari profesional, lebih amarah dari rasional, lebih menghukum dari menilai, lebih mengutuk dari berfikir, sedangkan belum terbukti siapa sebenarnya bersalah!.
Ayien |
Angah / Ferdzaus |
Hari-hari berikutnya kejadian ini terus terpapar kat semua media massa termasuk kat internet (blog, portal, dll). Nas terkejut bila baca kat internet ada SMS dari Ayien kepada seorang anggota keluarga angkatnya (ntah le tak pasti betul Ayien yang tulis atau sebenarnya orang lain ke) yang bertulis pengakuan Ayien kat Melodi tu sebenarnya fake (palsu)!.
Palsu atau tidak, tugas Nas sebagai wartawan ialah dapatkan kenyataan tuan punya badan. Kalau pengakuan yang dia buat (dari mulut dia sendiri) tu fake, maka dia bukan tipu pada Nas, tapi pada masyarakat yang menonton Melodi kat seluruh Malaysia, Singapura, Brunei, malah sedunia (yang menonton dari website TV3)!.
Tiada konspirasi bela Tom!. |
Ada juga anggapan Ayien terpaksa bohong sebab 'dipaksa' atau takut pada Angah atau Tom.
Jawapannya juga akan terungkai bila pihak berkuasa lakukan siasatan nanti.
Dalam banyak respon / komen kat internet / portal / blog tu, Nas terbaca juga ada pulak yang kata Melodi / Nas sebenarnya 'melakonkan' interbiu itu.
Wow!...berlakon aa?. Sorry ye.....Nas bertugas ye, bukan berlakon!.
Memang le semua wartawan yang nak buat interbiu sesiapa pun mesti ada perancangan kerja. Bila nak interbiu, kat mana, pukul berapa, apa topik soalannya, skopnya apa, semua tu mesti diatur / rancang. Macam yang ni, Nas rancang nak jumpa Tom kat depan satu kopitiam kat area Damansara (sebab Nas tak tau rumah dia kat mana). Itu namanya berlakon atau pun merancang kerja?. Pada yang kata 'berlakon' tu.... berlakon filem apa ye?. Ohh..filem 'The Return Of Nasib Si Labu Labi' yang dia sedang arahkan kot?.
Jumpa Tom, Nas terus interbiu kat depan kopitiam tu. Lepas tu, Tom bawak Nas dan krew gi jumpa Ayien dan Angah pulak. Semua ni berlakon jugak ke?. Pada yang kata berlakon jugak, maknanya....semua yang terlibat (Nas, Tom, Angah, malah Ayin jugak) semua pelakon lah ye?. Kalau le betul cam tu Anugerah Skrin tahun depan gerenti kami sapu bersih beb!. Pulun habis!.
Kebenaran akan terungkai nanti. |
Bila terbaca ada yang kata Melodi / Nas 'berlakon' tu, Nas rasa dah sah le sebenarnya orang yang kata tu dia le yang sedang berlakon agaknya kot? (sebab tu dia anggap orang lain semua sedang berlakon - macam dia jugak).
Satu lagi, ntah Pak Pandir mana le pulak yang tetiba sebar cerita kata ada konspirasi nak bela Tom!. Fuyoo!....bela Tom le pulak ye?.
Untuk pengetahuan semua, memang le Tom tu juara MyStarz LG, tapi sampai ke hari ni Nas langsung tak ada dapat sebarang arahan atau memo atau email atau faks atau sms atau call atau apa-apa pun dari bos / majikan Nas suruh bela Tom!. So, dah sah le orang yang kata konon ada konspirasi nak bela Tom, orang tu le yang sedang berkonspirasi untuk kepentingan dia sendiri kot?. Siapa orang tu ye?.....sendiri mau ingat le kan?.
Persoalannya sekarang....Siapa sebenarnya 'mangsa'?...Ayien atau Tom?.
Portal hiburan berkenaan mencatatkan Ayien sebagai 'mangsa'. Ini berdasarkan dari laporan yang disiarkannya yang didapati ntah dari sumber mana dan di mana kesasihannya. Tapi merujuk pada kronologi kejadian ni pulak, tergambar Tom lah mangsa. Ada percanggahan yang mengelirukan di sini. Mana satu betul?. Ini pun terpulang pada laporan siasatan pihak berkuasa nanti.
Nas tanya Tom dari mana timbul cerita dia terajang perut Ayien tu. Tom jawab "Dulu sebelum kami bertiga jadi kawan baik, Ayien mungkin cemburu hubungan Tom dengan Angah. Dia sangka Angah masih ada hati dengan Tom. Tom tak sangka dia sanggup hantar SMS pada keluarga kat Taiping kata Tom belasah dia dan melakukan hubungan seks dengan Angah depan dia. Mungkin dia sendiri pun tak sangka kesan dari SMS dia tu akan jadi satu cerita besar macam ni sampai Tom kena pukul!".
Lanjutan itu tiba-tiba terpapar pula perbalahan mesej antara Tom dengan seorang (mungkin juga dua orang) anggota keluarga angkat Ayien di internet yang pernah berlaku suatu ketika dulu. Perbalahan mesej ni membayangkan betapa buruknya Tom (Tom seorang sahaja) dari tutur bahasa dan katanya (kerana hanya menyiarkan mesej dari Tom seorang sahaja, bukan setiap isi butir perbalahan kedua pihak). Kenapa?.
Nas tanya perkara ni pada Tom. Tom jelaskan "Memang ujud perbalahan mesej tu suatu ketika dulu. Masa tu Tom diprovok dengan soalan demi soalan. Siapa pun yang diperlakukan macam ni dah tentu dari tenang jadi marah. Bila dah marah tu memang keluarlah jawapan yang merepek dan bukan-bukan dari Tom, jawapan yang ntah apa-apa dan keluar dari rasa marah, bukan dari hati dan hakikat sebenar.
Bila dah jadi macam ni, SMS tu dipaparkan kat internet untuk memerangkap dan menunjukkan buruknya Tom.
Perbalahan mesej dari SMS dulu tu memang ujud, tapi perbalahan yang dikatakan di Myspace tu pulak memang fitnah. Sebab....Tom tak pernah ada akaun Myspace!.".
Laporan kat internet tercatit ketika kejadian di Damansara itu, Tom didakwa datang bersama sekumpulan kuncu-kuncu yang didakwa kelihatan seperti samseng. Betul ke?.....atau sebenarnya cuma 'maklumat tambahan' dari mana-mana pihak yang bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan?.
Logiknya....realiti pada kejadian itu ialah Tom dibelasah......bukan membelasah. Ketika dibelasah, cuma Ayien, Angah, dan seorang wartawan Utusan Raja Intan Diana yang bergegas tampil melindung Tom dan meleraikan pergaduhan. Tak nampak satu pun kelibat 'sekumpulan samseng yang dibawa oleh Tom' seperti yang diwar-warkan tu. Malah malang bila Angah dan wartawan Utusan itu turut terkena pukulan.
Sejak kejadian itu Ayien menjadi buruan media untuk mendapatkan kenyataan balas beliau. Menurut Tom (petikan dari akhbar Utusan Malaysia Jumaat 16hb Julai 2010) "Kenapa perlu sorok Ayien lagi sedangkan media semua mahu keterangannya. Alasannya Ayien tengah berpantang, tidak dibenarkan keluar. Habis masa mereka berkeras mahu jumpa Ayien di luar dan menyebabkan perbalahan yang teruk tidak pula mereka berfikir begitu?. Kalau betul saya mencederakan Ayien, buat laporan polis. Buktikan saya bersalah".
Kedua pihak dah pun buat laporan polis. Dengar khabar ada pihak yang dah pun mulakan urusan dengan peguam. Itu langkah terbaik. Teruskan. Negara kita ada undang-undang. Biarlah pihak berkuasa jalankan tugas mereka untuk menyiasat. Kita tunggu tersiarnya laporan siasatannya tu nanti. Portal hiburan berkenaan mencatatkan Ayien sebagai 'mangsa'. Ini berdasarkan dari laporan yang disiarkannya yang didapati ntah dari sumber mana dan di mana kesasihannya. Tapi merujuk pada kronologi kejadian ni pulak, tergambar Tom lah mangsa. Ada percanggahan yang mengelirukan di sini. Mana satu betul?. Ini pun terpulang pada laporan siasatan pihak berkuasa nanti.
Nas tanya Tom dari mana timbul cerita dia terajang perut Ayien tu. Tom jawab "Dulu sebelum kami bertiga jadi kawan baik, Ayien mungkin cemburu hubungan Tom dengan Angah. Dia sangka Angah masih ada hati dengan Tom. Tom tak sangka dia sanggup hantar SMS pada keluarga kat Taiping kata Tom belasah dia dan melakukan hubungan seks dengan Angah depan dia. Mungkin dia sendiri pun tak sangka kesan dari SMS dia tu akan jadi satu cerita besar macam ni sampai Tom kena pukul!".
Lanjutan itu tiba-tiba terpapar pula perbalahan mesej antara Tom dengan seorang (mungkin juga dua orang) anggota keluarga angkat Ayien di internet yang pernah berlaku suatu ketika dulu. Perbalahan mesej ni membayangkan betapa buruknya Tom (Tom seorang sahaja) dari tutur bahasa dan katanya (kerana hanya menyiarkan mesej dari Tom seorang sahaja, bukan setiap isi butir perbalahan kedua pihak). Kenapa?.
Nas tanya perkara ni pada Tom. Tom jelaskan "Memang ujud perbalahan mesej tu suatu ketika dulu. Masa tu Tom diprovok dengan soalan demi soalan. Siapa pun yang diperlakukan macam ni dah tentu dari tenang jadi marah. Bila dah marah tu memang keluarlah jawapan yang merepek dan bukan-bukan dari Tom, jawapan yang ntah apa-apa dan keluar dari rasa marah, bukan dari hati dan hakikat sebenar.
Bila dah jadi macam ni, SMS tu dipaparkan kat internet untuk memerangkap dan menunjukkan buruknya Tom.
Perbalahan mesej dari SMS dulu tu memang ujud, tapi perbalahan yang dikatakan di Myspace tu pulak memang fitnah. Sebab....Tom tak pernah ada akaun Myspace!.".
Laporan kat internet tercatit ketika kejadian di Damansara itu, Tom didakwa datang bersama sekumpulan kuncu-kuncu yang didakwa kelihatan seperti samseng. Betul ke?.....atau sebenarnya cuma 'maklumat tambahan' dari mana-mana pihak yang bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan?.
Logiknya....realiti pada kejadian itu ialah Tom dibelasah......bukan membelasah. Ketika dibelasah, cuma Ayien, Angah, dan seorang wartawan Utusan Raja Intan Diana yang bergegas tampil melindung Tom dan meleraikan pergaduhan. Tak nampak satu pun kelibat 'sekumpulan samseng yang dibawa oleh Tom' seperti yang diwar-warkan tu. Malah malang bila Angah dan wartawan Utusan itu turut terkena pukulan.
Sejak kejadian itu Ayien menjadi buruan media untuk mendapatkan kenyataan balas beliau. Menurut Tom (petikan dari akhbar Utusan Malaysia Jumaat 16hb Julai 2010) "Kenapa perlu sorok Ayien lagi sedangkan media semua mahu keterangannya. Alasannya Ayien tengah berpantang, tidak dibenarkan keluar. Habis masa mereka berkeras mahu jumpa Ayien di luar dan menyebabkan perbalahan yang teruk tidak pula mereka berfikir begitu?. Kalau betul saya mencederakan Ayien, buat laporan polis. Buktikan saya bersalah".
Menurut Tom (petikan Utusan Malaysia 16hb Julai) "Ketika saya, Angah, Haq dan wartawan itu sedang membuat laporan polis, ada wakil daripada mereka yang memukul memanggil kawan saya yang baru tiba dan mencadangkan semua ini diselesaikan di luar pengetahuan pihak berkuasa dengan mereka mencadangkan untuk membayar belanja perubatan. Namun saya menolak dengan sekeras-kerasnya dan mahu hal ini diselesaikan oleh pihak polis mengikut saluran yang betul".
Sejauh mana kesahihan semua ini?.....sekali lagi, terserah pada keputusan siasatan polis. Hanya mereka yang benar terlibat yang tahu segalanya.
Kita di kalangan pembaca atau penonton sebenarnya cuma boleh beri komen yang wajar je, tapi bukan tiba-tiba melenting marahkan sesiapa, menjatuhkan hukum pada sesiapa, atau memaki hamun sesiapa.
Kebenaran tetap akan terungkai nanti.
Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar, kita JANGAN IKUT JADI SALAH.
Cahayamata Ayien dan Angah |
Tom bersama Ayien dan anaknya. |
Tom urus kelahiran anak Ayien dan Angah. |
Bayi ini dan Ayien telah dibawa ke Taiping, terpisah dengan ayahnya selepas kejadian itu. |
6 comments:
tak paham....
teruskan terjag abg nas...!!! :D
my recent post:
0h!tidak.. kenapa zairie tukar header?
its complicated.. hheehehe
jgn mengadili seseorg bardasarkn sblah pihak jer lain kali...kesian org yg kena fitnah ni...
nape azil anas da tukar azil adzlee..pelik2!!
derong ni buas gile time skola tula jd cmni!mane 1 btol tah!due2 je samseng..1 tpg knal derong nie!
macam macam
Post a Comment