Penaja :

Wednesday, 7 July 2010

Karaoke sensasi!!....he he.

Kerja...kerja...kerja....!!

Eh, hari-hari kerjaaa je gerenti kepala jadi buntu le pulak kan?, asyik fikir itu fikir ini silap-silap nanti kepala pun tumbuh pokok!. Oh my goat!. So, it's a good idea sesekali tu kita relaks, gi karaoke beramai & melalak tak hingat, kasi release tension jap. Orait le tu kan?. Yeah!.

4 dara pingitan!. Aimie (Galaksi), Michelle (Melodi), Phen & Fiza (Fuhh!).

Ainul (budak praktikal), Kak Rock Propa & Adda (Terjah!)

So bulan lepas unit produksi Melodi,Fuhh!, Terjah!, dan Galaksi (TV9) pakat beramai gi melalak kat karaoke.Dalam ramai-ramai tu sooorang pun takda yang nyanyi sedap, nyanyi menghancurkan lagu tu ada le kan?. Maka keluar le suara beruk, suara rimau sakit gigi le, suara kerbau balau nak kahwin, seeemua cukup!. Laayyaannn aja le. Mana-mana yang menari tu.....goyang aja le kasi dunia bahagia.

Nas & Nik Syafiq

Baju putih tu le Azman Ghaffar (Produser Melodi skrg). Bila nak dikir barat Man oii?.


Laaa....masih ada lagi org bergambar buat tanda 'peace' kan?


Wahhh korang gelak sakan aa?. Bayar! bayar!

Dari jam 9 malam tu (balik kerja terus gi sini) tiap team kena buat satu persembahan, nak nyanyi ke, nak menari ke, laayyaannn aja le. Team Melodi buat persembahan tarian ntah apa-apa, team Terjah nyanyi lagu paaaaling sedih dan syahdu dalam dunia iaitu lagu...."papa ku pulang dari kerja....". Team Galaksi pulak buat apa?.......Owww, buat tarian gaya kumpulan 4U2C dulu tu (siap gantung CD kat dada masing-masing). Team Fuhh!?.......ohhh team Fuhh buat senamrobik silambam kot? (siap ada gimik iklan Coke...BRRRRRRRR!).

Team Terjah! nyanyi lagu sedih gila!. Sedih tak?

Ular sawa kekenyangan!


Kalau sorang kentut ni semua lari kan? kan?

Lepas nyanyi makan, lepas makan nyanyi, itu je le dah cukup gamat dah.

Eh...baby siapa ni?. Macam kenal.

Persembahan dari team Galaksi. 


Team Melodi buat persembahan ke apa ni?

Haaaa kah kah kah!!...Phen (Fuhh!) jual penyapu. Buy 1 free 1 ke?

3 comments:

Ustaz Love said...

bro.. Brrr tu iklan pepsi ke coke?

roxy said...

apa fb kat kak rock ye... minat giler kat dia......

reen said...

salam abg.. boleh tak terjah cerita intan azura bercinta dengan pengkid (assistant director)?