Usik-usik sensasi di acara penutup Mentor 4.
Mentor 4 sukses!.
Kajian statistik mencatatkan Mentor 4 berada kat tangga PERTAMA dalam senarai 700 rancangan TV paling ramai penonton kat Malaysia!. Itu maklumat yang dikeluarkan bertarikh 18hb Mei 2010, masa tu Mentor 4 baru je masuk episod ke 3. Kami yakin sambutan hebat ni akan berterusan dengan jumlah tontonan yang makin meningkat minggu ke minggu sampai le finalnya bulan Julai nanti. Yeah!.
Sebagai antara yang terlibat dalam produksi Mentor ni (dalam segmen khas terjah kat belakang pentas) Nas ambik kesempatan ni ucapkan jutaan terima kasih pada semua penonton sebab beri sambutan hebat. Sokongan setia penonton teramat le penting dalam kejayaan ni selain usaha unit produksi dan semua yang terlibat untuk hasilkan yang terbaaaaik punya.
Bukan mudah oii!. Kerja ni amat mencabar keupayaan penerbitnya (Sufian Isa) dalam menangani apa aja problem yang timbul di sebalik kemeriahan program ni. Kalau tak cekal & tak cukup pengalaman....memang le dah angkat kaki dah. Tahniah Sufian & gang!. Keep it up aa.
Backstage dgn Ziana, Mus & Ayim
Ada 2 maksud drama. Satu, sesuatu kejadian yang dilakonkan (dengan tujuan nak tarik perhatian ramai - sedangkan kejadian tu sebenarnya tak berlaku!), dan kedua pulak....kejadian yang memang berlaku yang secara tak langsung tambahkan tarikan penonton kat program mingguan ni (jadi tak le program ni cuma hidangkan nyanyian peserta je sorang demi sorang kan?.....macam pertandingan nyanyian kat TV cara dulu-dulu).
Mana satu yang dimaksudkan tu....terserah le pada tanggapan diaorang. Pada Nas walau mana-mana satu pun itu bukan terlalu penting, yang paling penting ialah program tu berjaya & diminati ramai.
Ziana Zain & protege barunya Mohd kena jawab!
Soalnya...betul ke dua kejadian tu drama yang sengaja dibuat untuk nak mensensasikan program ni?.
"Mana sorakan penyokong Mus & Ayim?!!...."
Tiap hari Ahad Nas akan ke Auditorium MBSA seawal jam 3 petang. Eh kenapa awal sangat?. Hmmm, sebab sesi latihan untuk siaran langsung akan mula sekitar jam 4 petang. Sebelum sesi latihan konsert episod 2 tu bermula Nas sempat jumpa dan bincang dengan penerbit program tu Sufian Isa. Sufian bagitau Nas untuk stand by sebab apa kemungkinan pun boleh berlaku pada protege Mas Idayu iaitu Shaq. Shaq dikatakan sakit tekak yang semakin membimbangkan. Samaada dia boleh teruskan persembahan atau tidak itu terserah pada nasib dia sendiri atas pentas nanti. Samaada pada sesi latihan ataupun siaran langsung malam tu nanti bila-bila masa pun Mas Idayu akan bertindak berhentikan persembahan Shaq kalau dia dapati mutu vokal Shaq makin teruk.
Lepas dengar penjelasan Sufian, Nas sempat jumpa dan sembang kejap dengan Mas Idayu & pasangannya Yuzai (yang ikut sama latih Shaq). Mas risau amat dengan keadaan Shaq. Katanya Shaq mengalami masalah vocal chord (peti suara) sebab overused. Maklum le biasanya Shaq tu menyanyi suka-suka je, tapi bila masuk bertanding ni dia kena berlatih menyanyi tiap hari berkali-kali secara intensif, itu yang mudarat pada vokal dia tu. Kalau ikutkan nasihat doktor, Shaq patutnya kena rehat - tak boleh nyanyi selama 6 bulan!. Tapi nak buat macam mana, pertandingan dah bermula. Mau tak mau Shaq mesti kena teruskan gak!. Tak gitu.....takda jalan lain kecuali tarik diri.
Sesi latihan bermula jam 4 ptg tu. Tiba giliran Shaq menyanyi, Mas Idayu tumpu penuh perhatian dan akan bertindak bila-bila masa pun. Nyanyi punya nyanyi...dari verse masuk ke korus....sampai le ke penghabis lagu. Lega!...Shaq dapat habiskan nyanyi satu lagu tu dengan baik tanpa terganggu.
Cam na pun...malam nanti belum tentu.....dapat ke Shaq nyanyi habis macam petang tu?. Ni yang suspend ni.
Gaduh dengan Mas Idayu?!. Shaq terdiam.
Selang beberapa hari lepas tu terdengar desas desus dan laporan segelintir media yang kata kejadian tu cuma 'drama' atau gimik yang sengaja dibuat untuk tambah sensasikan program ni. Dalam hati Nas terfikir...."Eh?..........'drama'? ".
Jawab Ziana...jawab!
Macam biasa jam 3 ptg Nas driving dari rumah gi MBSA. Dalam kepala dah terbayang malam ni Ayim protege Mus, Thalia protege Ziana Zain dan Adi protege Dayang Nurfaezah (semua tu dari grup B) pulak akan beraksi.
Tiba kat auditorium Nas terus mintak running order (senarai aturcara pentas) dari krew bertugas. Bila Nas rujuk running order tu tetiba.....eh?....terpandang ada nama Mohd sebagai protege Ziana Zain.
Mohd?...... Siapa Mamat ni?.........mana pergi Thalia?.......kan Thalia tu protege Ziana?, mana pulak datangnya Mohd?. Apa hal ni?.
Nas pandang keliling cari Sufian nak tanyakan hal ni. Sufian takda kat situ. Mungkin dia ada kat Control Room kat tingkat 4 agaknya kot?. Nas terus bergegas nak ke tingkat 4 cari Sufian, tetiba kat depan pintu auditorium terserempak dengan Ally Iskandar yang baru je tiba. Nas tanya kat dia hal ni.
Ally jelaskan memang ada masalah berlaku antara Thalia dengan Ziana, sebab tu Ziana ambik ganti protege lain mulai malam ni. Protege baru tu pulak (Mohd) diambik cara segera dan cuma sempat berlatih 2 hari aja!.
Nak tau lanjut, lepas dapat sikit info dari Ally tu Nas terus naik ke tingkat 4. Sampai kat sana ternampak satu perbincangan serious tengah berlangsung antara Sufian, beberapa krew penerbitan Mentor, dan Thalia kat bilik mesyuarat. Thalia pulak bawak sama ahli keluarga termasuk bapanya sendiri dan beberapa orang lain yang Nas rasa mungkin saudara mara, kawan, atau penyokong Thalia. Suasana kat situ nampaknya sedikit tegang........tapi terkawal.
Sebab tak diminta terlibat dalam perbincangan tu, so Nas just lepak kat luar bilik tu sembang sambil minum petang dengan Mus, Ayim, Abu (gitaris May) dan beberapa krew teknikal yang kebetulan ada kat situ gak. Tak lama lepas tu perbincangan kat bilik mesyuarat tu selesai. Nas sempat bertembung dengan diaorang semua. Thalia dan semua yang temankan dia termasuk bapa dia sempat berbual kejap dengan Nas. Hasil perbualan yang cuma kejap je tu dapat Nas rumuskan yang hakikatnya bukan jodoh Thalia untuk bermentorkan Ziana.
Thalia bukan jodoh Ziana.
Selang beberapa hari lepas tu Nas terdengar juga desas desus kat luar dan terbaca satu laporan akhbar yang antara lain kata kejadian tu cuma 'drama' (yang dibuat untuk program ni jugak). Sekali lagi Nas terfikir "Eh?.......yang ni pun dikatakan 'drama' jugak?. Ish ish ish".
Nas terfikir agaknya orang yang kata macam tu mungkin jenis orang yang terlalu kerap menonton & menghayati drama kot?, sebab tu sampaikan kejadian sebenar cam ni pun dianggapnya drama. He he.
Tapi........ahh, no hal lah!. Takyah le pening kepala nak fikir lebih-lebih kan?. Nak kata drama ke bukan drama ke, terserah lah.......yang paling penting......Mentor 4 tetap menemui anda penonton setia tiap Ahad jam 9 malam di TV3.....Yeah!!!.
"Yeah!!...."
2 comments:
yeaa ;p
Thalia mcm ada attitude problem je bro..
Post a Comment