Penaja :

Wednesday 2 June 2010

Tiket tiruan Konsert Double Trouble kat JB!





Mereka kata 2 kumpulan ni dah tak laku...

...mereka kata konsert kumpulan muzik luar lebih dapat sambutan hebat!....

...maaf ye, tarikh keramat 1hb Mei lepas terbukti semua anggapan tu SALAH!. Bayangkan kalau dah 20 ribu orang datang berhimpun kat arena tertutup Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Kuala Lumpur, dengan lebih 3 ribu penonton lagi kehampaan tak dapat masuk sebab tiket habis, takda alasan murahan lagi yang boleh diajukan sebab buktinya cukup kuat!. Ternyata Search dan Wings kekal gah menawan penonton dan mampu menangkis asakan populariti kumpulan muzik luar!.



Walau sambutan begitu hebat, namun dirasakan bagai "ada yang tertinggal setelah terbenam mentari" (Ada yang tertinggal selepas konsert tu tamat).

Apa yang tertinggal?.

Banyak lagi lagu-lagu berhantu dari Search & Wings yang tak sempat berkumandang malam tu. Memang betul konsert tu lebih kurang 2 jam, tapi semua tau dua kumpulan gergasi rock ni ada banyak khazanah lagu-lagu meletup & terbaik yang dah tercatat dalam lipatan sejarah mereka. Nak hayun semua dalam satu konsert memang le tak cukup!.

Apa lagi yang tertinggal?....

Haa tu dia.... lebih 3 ribu orang yang tak dapat tiket nak masuk sebab tiket habis. Kalau le diaorang tu dah siap beli tiket dari awal kan senang, gerenti malam tu terus masuk je. Tak le dah datang jauh-jauh tapi tertinggal kat luar kan?. Memang frust.

Tu antara banyak sebab kenapa Konsert Double trouble ni perlu diadakan lagi dan lagi......dan macam yang dah dijanjikan sejak konsert kat KL dulu tu...Double Trouble bakal menggegarkan suasana lagi....kali ni kat Johor bahru!.

Bila tu?...bila?.

Yes, hari Sabtu ni 5hb Jun mulai 8 malam.

Eh kat mana aa?......

Oww....kat Stadium Larkin. Datang aa...jangan tak datang. Kita rockin' JB. Stadium Larkin tu meeemang le port yang ngam untuk rockin', tak macam kat KL dulu tu tempatnya kecik. Macam sardin daa. Yeah!.

Nas mewakili peminat Search & Wings ucapkan terima kasih kat Adeptnet Sdn Bhd sebab susah payah bawakan konsert ni kat JB. Kita faham peritnya nak buat konsert ni bila takda penaja besar yang masuk, yang ada cuma penaja sampingan je. So semua kos utama penganjur kena tanggung sendiri kan?. Tapi Adeptnet Sdn Bhd tetap tempuh semua problem tu dan buktikan konsert tu sukses dan akan terus sukses nanti. Sampai ke saat rencana ni Nas tulis (Selasa 1hb Jun - tinggal 4 hari lagi hari konsert tu) tapi masih takda mana-mana penaja besar masuk untuk bantu taja konsert ni. Ntah mana pergi syarikat gergasi yang selama ni berebut-rebut nak taja konsert artis seberang (yang kadang tu tak ramai penonton pun). Tapi takpa....sejarah pasti akan berulang lagi kat JB...pasti!.

Memang silap kalau ada yang kata konsert rock cuma untuk orang muda aja. Dah terbukti depan mata, konsert Double Trouble berjaya himpunkan sekeluarga!...dari bapak orang, mak orang, anak-anak semua turun rockin' beramai. Ini salah satu lagi keistimewaan 2 kumpulan yang dah bertapak lebih 30 tahun kat persada ni....peminat diaorang bukan je dari semua generasi malah ada juga dari kaum lain selain Melayu!. 

Oops!......tetiba tercetus berita yang tiket Konsert Double Trouble ni kena cetak rompak!. Entah hantu mana dah buat tiket tiruan dan jual kat orang dengan harga murah iaitu RM50 je! (harga tiket sebenar RM70). Khabarnya tiket murah & tiruan tu ada jual kat sekitar Kota Tinggi!.

Cam na?....kalau ada orang yang datang offer tiket ni kat korang, korang nak beli jugak ke?. Nak beli?. Baik jangan beli le. Murah tu meemang le murah beb, tapi sampai kat pintu masuk nanti ada alat khas yang akan kesan tiket tu. Tiket yang didapati palsu takkan dapat masuk. Kena beli lagi yang lain....tak ke rugi tu?.

Tiket asli cuma pengedar sah aja yang jual, selain tu...jual kat kaunter tiket kat stadium je. So...jangan tertipu aa. Tiket asli tu harga cuma RM70 je, tak mahal beb kalau nak dibandingkan dengan mutu persembahan dari 2 rock band lagenda yang dah terbukti kehebatannya lebih 20 tahun!, dengan alunan lagu-lagu yang nostalgia. Ini bukan konsert murahan beb.

.....satu lagi...ini bukan konsert 'syok sendiri'. Untuk pengetahuan korang, siap ada sorang produser (penerbit) dilantik untuk konsert ni. Produser ni dah siap design aturcara & kelancaran konsert dari mula sampai habis nanti. Memang tak berbaloi le kalau konsert sebaik ni nak letak harga tiket RM10 je, jatuh martabat kita kat mata orang asing!.

Untuk Double Trouble versi JB ni ada satu segmen khas. Nak tau segmen apa?. Hmmm...Awie akan nyanyi beberapa lagu Search & Amy pulak akan nyanyi beberapa lagu Wings!. Ini sesuatu yang baru yang tak pernah dibuat sekian lama. Senang cakap...memang kena tengok la.  

Hei hei...mana satu album Search paling korang minat?. Mana satu pulak album Wings paling korang suka?. Sejak dulu Nas paling minat album Langit & Bumi dan album Fenomena (Search), untuk Wings pulak Nas paling gian kat album Bazooka Penaka. Pilihan korang mungkin sama mungkin beza dengan Nas, tapi apa pun yang penting......laayyaann!. Let's rock!!!.
    

1 comment:

yusri said...

alamak..napa baru tau ni...abg Nas saya kalau serach suka album Fenomena dan gema di timur jauh kalau Wings minat Mencari asal usul(mus)dan orang asing(mel) kalau bersama Awie suka album Hukum Karma.