Penaja :

Sunday 25 March 2012

KES BOGEL DIDAKWA MELIA DAN FITNAH WAN SHADES : AWAS BLOGGERS!

 KES VIDEO BOGEL DIDAKWA MELIA DAN SAMAN WAN SHADES.

Tiba-tiba nama pelakon MELIA AIMIELIA meningkat popular di persada. Sejak bila?....bukan!, bukan sejak filem lakonannya Karipap-Karipap Cinta masuk panggung, filem tu tak berjaya kat panggung, tapi sejak tersiar di satu blog yg mempersoalkan dia adalah gadis yang beraksi separuh bogel. Menurut blog tu klip video tu dah tersebar!. 

Eh betul ke Melia gadis pelaku dalam video tu? 

Petang itu Nas terus terjah Melia yang sedang minum dengan mak dan seorang adiknya kat The Mall, KL. Melia menangis hiba dan mengadu dia difitnah oleh blog berkenaan. Ibunya juga tak dapat tahan sebak sebab malu dengan berita yang didakwa mereka sebagai fitnah itu. Aduan mereka dah Nas siarkan dalam segmen Terjah di program Galaksi hari Jumaat 17hb Februari di TV9.  

 Sila tonton di sini :




Kurang lebih satu jam lepas paparan itu disiarkan,  Nas diberitahu blog tersebut siarkan pulak sekeping gambar sepasang cincin (hitam dan silver) yang tersarung di jari Melia sama dengan cincin yang dipakai oleh gadis dalam klip video lucah itu. Fuyoo! Nas kurang terkejut dengan berita pasal cincin tu tapi lebih terkejut sebab penulis blog itu dengan beraninya mencatat bahawa gambar itu adalah 'BUKTI SAHIH'!!.  Terkejut amat ni!......begitu berani blogger tu guna ayat 'bukti sahih' dalam tulisan mereka kat blog tu!.

Mengikut etika penyiaran /kewartawanan, kesahihan sesuatu perkara itu adalah ditentukan oleh pihak berkuasa (antaranya polis, peguam atau mahkamah) sahaja, itu pun setelah siasatan rapi dilakukan bersama pihak forensik ke atau jabatan lain yang berkenaan. Kenapa bloggers tu begitu berani mensahihkan?, mereka sendiri yang rakam video tu ke?. Tentu tak kan?, agaknya mereka cuma dapat info dari mulut ke mulut aja kot?. Tapi info mulut ke mulut tak boleh pakai beb sebab masih ada pertikaian kesahihannya.

Agaknya diaorang kenal ke siapa yang konon merakam video tu dan kasi kat diaorang?. Kalau betul, bersedialah, sebab perbuatan merakam video lucah adalah satu kesalahan, apatah lagi menyimpan, tunjukkan kat kekawan atau sebarkannya.

Kalau pun bloggers tu pasti gambar tu sahih, mereka tetap tiada hak untuk men'sahih'kannya lepas mereka dapat gambar tu (yg ntah dari sumber mana). Cukup sekadar mereka mendakwa ia sebagai antara bukti yang mereka dapat utk menyokong dakwaan dalam tulisan kat blog mereka sahaja. Kalaulah semua orang ada kuasa mensahihkan sesuatu, jadi seolahnya semua orang sama tinggi kedudukan dengan pihak berkuasa, kan?. Hebatnya!.

Okay, apa pun, ekoran tu sekali lagi Nas menerjah Melia, kali ni di Ampang Point pulak. Dalam pertemuan kali ni Melia tak menangis lagi. Dia dah mula tabah hadapi isu ni dengan tenang dan wajar, bukan lagi dengan airmata. Melia jelaskan pada Nas memang kebetulan dia pakai cincin yang sama tapi gadis bogel dalam video tu bukan Melia, malah katanya pemakaian cincin macam tu dah jadi trend remaja sekarang dan ramai lagi remaja lain pun pakai yang sama.

Merasakan dirinya difitnah dan teraniaya Melia telah membuat laporan polis. Semua penjelasan Melia itu dah Nas siarkan dalam Galaksi bertarikh 24hb Februari lepas di segmen Terjah juga.  

Sila tonton di sini :


 Sedang berita ini panas menggemparkan persada, timbul pula berita bekas anggota kumpulan Shades iaitu Wan mengadakan sidang akhbar mendakwa difitnah oleh blog yang sama!. Blog itu telah menyiarkan berita yang didakwanya fitnah dengan menuduh dia adalah artis yang merogol anak tirinya sendiri!. Wan Shades kesal dan tekad untuk mengemukakan saman kepada blog terbabit kerana ini menyentuh maruahnya. Dia dah pun membuat aduan polis.

Wan hubungi Nas mengadu tempoh yang dia beri selama seminggu untuk penulis blog tersebut tampil menghubungi dia dan memohon maaf secara terbuka langsung tidak dipedulikan. Kerana itu dia bertekad untuk membuat aduan lanjutan pula. Oleh kerana berita yang didakwa fitnah ini disiarkan menerusi blog di internet, lalu kali ini Wan membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC).

Bagi Melia pula, Nas berpesan kalau andainya dia bersalah (kalaulah misalnya gambar itu memang gambar dia ke atas keterlanjuran dia suatu ketika dulu ke atau macammana sekali pun) dia perlu tampil mohon kemaafan secara terbuka, bertaubat dan takkan ulangi lagi. Nobody's perfect kan?. Tapi andainya dia memang tak bersalah, kalau gambar itu sama sekali bukan gambar dia dan dia difitnah oleh blog tersebut, dia perlu bangkit melawan dan tegakkan kebenaran secara berlandaskan undang-undang. Dia memang berhak saman. Melia berhak bukan aja menyaman blog berkenaan tu, tapi beberapa blog lain yang 'tumpang sekaki memfitnah' dengan cara copy and paste siarkan artikel tu masuk blog masing-masing pulak. Tapau sekali saman semua!.

Ingat, dalam akta penyiaran berkaitan fitnah macam ni, saman bukan aja cuma boleh dibuat pada pihak yang jadi punca penyiaran tu aja malah SETIAP PIHAK YANG MENYIARKANNYA!. Semua pihak kena bertanggungjawab!. Jangan ingat nak seronok tumpang sekaki siarkan sama supaya blog anda jadi tumpuan ramai dan anda dapat pendapatan / income dari situ. Malaysia bukan negara koboi beb yg boleh suka-suka ‘tembak’ siapa saja, Malaysia negara berdaulat dan ada undang-undang jugak macam semua negara maju lain!.

Nas cabar Melia kalau betul dia tak bersalah, ikut Wan Shades buat aduan ke SKMM pula. Melia lantas bersetuju, lalu dia dan Wan pergi ke Cyberjaya bersama dan membuat aduan di SKMM/MCMC. Detik mereka berdua membuat laporan di SKMM/MCMC juga Nas siarkan di Galaksi siaran tarikh 9hb Mac lepas.

Selepas aduan dibuat, Melia terus dihempit tekanan yg berat. Tapi masalahnya maklumlah sebagai artis baru dia tidak punya wang untuk mendapatkan khidmat peguam (yang dah tentunya memerlukan kos ribuan ringgit!). Kerana itu dia menghubungi pihak SENIMAN, dengan harapan pihak SENIMAN dapat membantu menguruskan khidmat guaman untuk dia.

Zed Zaidi (bagi pihak SENIMAN) sebaliknya mencadangkan satu pertemuan diadakan antara Melia dengan bloggers terbabit untuk menjernihkan keadaan dan bermaaf-maafan. Jumaat 23hb Mac lepas satu sidang akhbar telah berlangsung di Restoren Saloma KL berkaitan kes ini.


Sebaik selesai sidang akhbar itu Nas jemput Melia ke Sri Pentas sebagai tamu khas siaran langsung Galaksi TV9 malam itu juga. Nas sendiri interbiu Melia secara live dalam Galaksi malam itu.

Bagi Wan pula, urusan bersama peguam yang dilantik termasuk pengumpulan semua maklumat dan data berkenaan kes ini sedang dijalankan bagi mengemukakan saman. Beliau menyangkal dakwaan bahawa pihak bloggers terbabit ada menemuinya dan berbincang serta membatalkan hajat untuk menyaman sepertimana yang dikhabarkan oleh bloggers berkenaan kepada rakan-rakan media yang lain. Menurutnya bloggers terbabit langsung tidak menemuinya sejak awal isu ini tercetus hingga sekarang. 


PENJELASAN MENJERAT DIRI SENDIRI?

Nas merujuk pada kenyataan dua orang bloggers berkenaan yang videonya tersiar di portal Mymetro serta kenyataan mereka yang tersiar di muka depan akhbar Harian Metro bertarikh 12hb Mac.  

Sila tonton di sini :


Aduss!!!....Maaf ye, Nas kena berterus terang kat sini yang pada hemat Nas SEMUA kenyataan mereka berdua itu mengundang jerat kepada mereka sendiri!. Menurut mereka (bermaksud) ".....(lepas kami siarkan berita tu) kami cuma nak dia (Melia) jelaskan pada wartawan lain yes atau no (yg perempuan bogel tu adalah Melia), itu aja!".

Jawapan itu dah tentu buat orang terfikir semudah tu bloggers  berdua ni tulis berita!. Sekadar dapat berita entah dari sumber mana, lepas tu tanpa usul periksa malah tanpa hubungi Melia, terus-terus siarkan. Lepas siar tu nak mintak orang berkenaan (Melia) tampil kat diaorang untuk kata yes or no. Peraturan mana yang diaorang gunapakai ni?. Nampak gayanya macam peraturan ciptaan sendiri, kan?.

Kalaulah sesiapa pun boleh cipta peraturan sendiri, sia- sialah Malaysia ada fakulti berkaitan komunikasi media massa kat UiTM ke atau universiti yg lain tu. Buang masa lah para graduan fakulti tu belajar sampai lebih 3 tahun untuk timba ilmu undang-undang dan peraturan serta ilmu penyiaran / kewartawanan kan?!.

Dalam etika kewartawanan, untuk isu macam ni wartawan kena siarkan fair comment (komen adil dari pihak-pihak terlibat), bukan boleh terus siar macam tu aja!. Selagi tak dapat cari Melia untuk dapatkan komen balas dari dia selagi tu berita ni tak boleh disiarkan!. Kena cari sampai dapat beb!. Alasan seperti dah call tak jawab ke dah cari tak jumpa ke semua takleh pakai kat mahkamah!. Tetap kena cari, selagi tak jumpa tak boleh siar!. Kalau berani nak siar juga.....mungkin boleh, tapi siar jalan ceritanya aja, tak boleh siar nama atau gambar atau apa-apa pun imej, gambaran atau  bayangan mengenai sipolan berkenaan!. Itu pun risikonya tanggung sendiri lah kan?.

Bila dah cari tu pulak dan dah interbiu, kalau pihak berkenaan nak beri komen jujur ke nak bohong ke itu atas dia sebab yang menghakimi komen dia bukan wartawan atau bloggers!. Wartawan atau bloggers cuma melaporkan seadilnya dari mana-mana pihak berkenaan, soal betul ke tak betul ke itu bidang kuasa pihak berkuasa.  Wartawan atau bloggers (termasuk penonton atau pembaca) tak boleh nak pandai-pandai menjatuhkan hukum pada sesiapa berkenaan dalam apa saja laporan atau komen.

Selanjutnya mereka kata (bermaksud) mereka ada simpan video bogel tu. Katanya "Kami tak nak dikata menyebar video lucah, sebab tu kami cuma siarkan screen shot aja (sambil tersenyum puas)". Tapi......selanjutnya mereka tunjukkan klip video bogel yang mereka simpan tu kepada wartawan Harian Metro berkenaan dan perbuatan tu jelas boleh ditonton di video MyMetro tu!.

Perbuatan ni secara tak langsung membuktikan mereka berdua menyimpan video lucah dalam telefon bimbit mereka!. Tahukah mereka perbuatan menyimpan rakaman video lucah adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang negara?. Mereka cuma bloggers, bukan polis atau sebarang pihak berkuasa yang dikecualikan dari peraturan ni (atas sebab penyiasatan). Mereka juga bukan wartawan!, mereka cuma bloggers!...Perlu diingat bloggers tak dikecualikan dari peraturan ni!. Secara tak langsung mereka dah buka ruang bukti pada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mendakwa mereka!. Jadinya, tak settle cadangan mereka nak persoalkan Melia bersalah atau tidak tetiba mereka pulak yang buat salah!. Camna tu?.

Dalam temubual dengan wartawan Galaksi pula (siaran Galaksi Jumaat 23hb Mac 2012) bila ditanya kenapa tak hubungi Melia dan Wan sebelum berita tu disiarkan, jawapan mereka ialah kalau diberitahu dulu dah tentu 2 artis tu akan minta jangan siarkan. Sebab tu mereka siarkan dulu dan lepas tu artis tu boleh tampil jumpa mereka untuk buat penafian.

Ishhh....terfikirkah mereka bagaimana pulak kalau lepas mereka siarkan berita tu artis tu pulak taknak jumpa mereka?. Terlanjur mereka tiba-tiba siarkan berita tanpa hubungi artis tu, artis tu jugak ada hak untuk tak hubungi mereka, terus-terus proceed saman jumpa kat mahkamah aja!.

Selain tu bila ditanya kenapa siarkan gambar Wan Shades walau mereka sendiri belum pasti, jawapan mereka pun mudah...sebab Wan Shades tu selebriti!. 
Wow!....hanya sebab dia selebriti so bolehlah bloggers siar gambar dia sewenangnya ye?. Mereka terlupa kot yang selebriti pun manusia biasa!. Aduss!.

Sila tonton di sini :




  



Mengenai tulisan mereka terhadap Wan Shades pulak, mereka dengan mudah kata mereka guna tanda soal (?) pada tajuk berita tu. Disebabkan adanya tanda soal pada tajuk tu bermakna mereka bukan memfitnah Wan, sebaliknya tajuk tu cuma suatu persoalan.

Hmmmm...Nas perhatikan.....benar bloggers ni guna tanda soal (?) pada tajuk berita kat blog tu. Bloggers ni mungkin fikir penggunaan tanda soal tu satu lesen besar utk terlepas dari dakwaan saman fitnah, kan?. Tapi perhatikan, bloggers ni guna tanda soal (?) tapi pada masa sama letak gambar Wan Shades!....tak cukup tu, lengkap siar nama Wan Shades jugak. Maka jadilah tanda soal tu dah tak berfungsi!. Berita tu dah terbukti lengkap yang blog ni memfitnah dan menujukan pada Wan Shades, bukan berbentuk persoalan atau tanda soal lagi dah!.

Bukan tu aja, sebelum siar berita tu pun Wan Shades mengadu pada Nas bloggers tu langsung tak hubungi dia!. Dia sendiri terkejut tetiba berita tu tersiar dan nama dia dikaitkan tanpa usul periksa!.

Tajuk berita tu 'Wan Shades suspek utama penyanyi kumpulan R&B rogol anak tiri selama 7 tahun?' sebenarnya akan selamat, beretika dan terlepas dari saman malu kalau dicatit sebagai 'Penyanyi kumpulan R&B suspek utama rogol anak tiri selama 7 tahun?' (tanpa gambar dan tanpa nama sesiapa). 


Oooppss!!......sejak bila pulak kumpulan Shades tu kumpulan R&B ye?. Lagu mereka yang popular kebanyakannya berunsur acapella kan?, bukan R&B.  Salah buat homework kot?.....atau memang tak tau genre muzik?.

Bukan senang kerja wartawan bro. Nampak tak kenapa selama ni dalam Melodi atau Galaksi kami selalu padam (beep atau teeeettt!!!) ayat dan nama tertentu, siap kaburkan lagi wajah orang tertentu. Kenapa?. Sebab macam wartawan lain kami pun patuh pada etika kewartawanan.  Segelintir orang pernah lempar tohmahan kata segmen Terjah tu kononnya tak beretika, tapi hakikatnya Nas masih patuh pada etika!. Memang Nas dan wartawan lain pun sentiasa memburu berita panas dan sensasi, tapi kami pastikan sensasi yang berhemah, bukan sensasi yang serakah dan makan diri sendiri!.

Memanglah penonton kami ada yang komplen kenapa nak kena beeppp atau teeettt atau kaburkan muka orang tertentu, mereka nak yang terang-terangan! Tapi bijakkah kami ikut semua kehendak penonton lalu melanggar etika yang dah ditetapkan?. Apa-apa hal nanti yang bakal kena tindakan nanti wartawan/ penulis blog tu bro, bukan penonton kami atau bukan pembaca blog anda!. Nak jadi berani pun biar berani yang bijak, bukan berani yang penghabisnya menjerat diri sendiri. Perlu diingat juga 'seseorang yang dituduh bersalah itu tidak bersalah selagi mahkamah tidak memutuskan dia bersalah!'.


BLOGGERS BUKAN WARTAWAN?

Kebelakangan ni sering timbul kekeliruan di kalangan masyarakat yang mana satu wartawan dan yang mana satu bloggers. Wartawan dilantik oleh badan, jabatan atau syarikat-syarikat penerbitan media massa (akhbar, TV, dll media). Wartawan yang dilantik itu sebahagian besarnya graduan dari fakulti berkaitan bidang media massa atau komunikasi massa dari pelbagai pusat pengajian tinggi di dalam atau luar negara. Ada juga segelintir yang mungkin tidak kesampaian untuk menuntut di menara gading tapi telah berkhidmat dan berpengalaman bekerja dalam bidang kewartawanan selama beberapa tahun dan telah mengikuti begitu banyak kursus berkaitan kewartawanan dan perundangan (belajar sambil bekerja) di bidang kewartawanan.

Bloggers pula adalah orang kebanyakan yang sebahagian besarnya meminati bidang penulisan / kewartawanan. Di kalangan mereka ada yang bekerja kerani, pemandu teksi, mekanik, malah apa bidang pekerjaan pun dan menjadikan bidang penulisan blog sebagai hobi atau aktiviti sampingan mereka. Ada juga yang menjadi penulis blog sepenuh masa. Siapa pun boleh membuka blog sendiri dan menulis / mencurahkan komen mereka dalam blog.

Menulis blog bukan suatu kesalahan. Tiada undang-undang yang menghalang sesiapa pun menulis blog malah dalam era masakini kemunculan bloggers memang menggalakkan. Ada juga kalangan wartawan yang punyai blog sendiri dan aktif menulis blognya.

Tapi perlu diingat.....tiap kali anda menulis blog lalu 'menyiarkan'nya di blog anda secara tak langsung dah berada di bidang penerbitan / penyiaran. Ini kerana tulisan atau 'laporan' anda itu boleh dibaca oleh semua orang dan dengan ini anda juga tak terkecuali dari akta dan peruntukan undang-undang media.

Ingat........seperti yang pernah Nas kiaskan dalam Galaksi, "...akta berkaitan fitnah bukan untuk kalangan wartawan sahaja, tapi juga bloggers malah semua orang. Kerana itu semua orang perlu berhati-hati dalam menyiarkan sebarang maklumat". Fakta ini Nas dapat setelah merujuk pada peguam yang mengendalikan kursus ketika Nas menghadiri kursus Media Law bulan lepas anjuran Media Prima. Fitnah boleh terkait bukan sahaja menerusi penulisan blog atau rencana, tapi juga menerusi ayat kiriman SMS dan ayat yang diucapkan dalam perbualan jugak!.

Hazrey (wartawan TV3 di JB) menulis di blog nya ".......blogger bukan wartawan, walaupun kekadang selalu bajet seperti wartawan. Semakin ramai blogger mahukan title itu"..  Ada jugak bloggers yang anggap diri mereka wartawan, walhal tak tau apa pun pasal etika dan perundangan berkaitan media!..Ini benar ujud. Dari kalangan segelintir yang macam ni lah selalu terhasil penulisan atau laporan maklumat yang tak berhemah dan ikut keseronokan nafsu menulis mereka aja. Bloggers macam ni begitu ghairah nak jadi yang nombor satu siarkan maklumat kat blog mereka tanpa sedari mereka dah menolak ke tepi semua soal etika dan perundangan!. 

Nasihat Nas, jadilah bloggers berhemah, bukan bloggers yang menulis dengan penuh serakah!. Kemunculan ramai bloggers memang bagus untuk membantu promosi persada seni kita, tapi jangan jadi bloggers yang menghancurkan persada!.

Ini ada kaitan dengan hakikat bahawa apa-apa berita pun, blog lebih cepat siarkan dulu berbanding TV atau akhbar.Kadang tu dah lebih seminggu tersiar kat blog / internet baaaru tersiar kat akhbar atau TV.

Dah tentulah hakikatnya macam tu!. Kenapa?...sebab bloggers dapat berita terus siar, tanpa perlu selidik, siasat atau berusaha dapatkan kesahihan atau komen seadilnya dari pihak berkenaan, berbanding wartawan yang perlu ambil masa untuk melengkapkan laporan mereka sewajarnya sebelum disiarkan!.

Bloggers perlu ingat, benar anda selalu dapat peluang siarkan apa-apa berita atau maklumat terlebih dahulu dan pantas berbanding wartawan. Ada maklumat atau berita yang baru berlaku tak sampai 10 minit pun anda bangga dah dapat siarkan dulu. Dengan penyiaran tu blog anda jadi tumpuan ramai (hit), bila dah jadi tumpuan ramai tentu banyak syarikat yang berminat mengiklankan produk mereka kat blog anda  (dengarnya ada bloggers yang berpendapatan lebih 10 ribu sebulan hanya dari aktiviti menulis blog sepenuh masa sahaja!). Tapi apa guna hari ni anda dapat income ribuan RM tapi esok anda kena bayar saman ribuan RM jugak!. Dah tentu ini akan mengikis semua hasil pendapatan anda sekian lama!, malah tak cukup dan anda terpaksa berhutang lagi hanya untuk bayar saman!. Semua ni akibat tak usul periksa dalam penulisan anda!.

Silap jugak kalau anda anggap berita macam ni cuma 'gosip' aja. NO!......ni bukan gosip, ini fitnah!. Ada beza antara 'gosip'dengan 'fitnah'. Gosip lebih bersifat gurauan atau usik-usik tapi fitnah lebih pada tuduhan. 

Haaa?....apa dia?.....internet ni 'dunia tanpa sempadan?'. Ohhh betul tu.....betul alam maya internet adalah 'dunia tanpa sempadan', tapi kena ingat....UNDANG-UNDANG TETAP ADA!. Undang-undang pun tanpa sempadan jugak!  (undang-undang bukan cuma untuk wartawan aja tapi untuk bloggers malah untuk semua orang!).   Jangan pulak sangka kalau anda dah delete (padam) sesuatu data / berita yang disiarkan tu dah kira 'selamat'!. Tanyalah pakar I.T. Mereka ada cara untuk 'muncul'kan semula semua data yang dah dipadam samaada pada komputer atau kad memori telefon bimbit!. Tak gitu napa ada bloggers yang dah kena cekup polis jugak kan?.

JADI MANGSA!

Nas sendiri pernah alami pengalaman terkena kutukan orang akibat dari kecuaian laporan dari satu blog lain pada tahun lepas. Ingat lagi Mentor 5 tahun lepas?. Ya, itu tahun ke 3 Nas ditugaskan menerjah mentor dan protege dengan soalan-soalan sensasi dan panas di belakang pentas secara live.



Merujuk pada satu kenyataannya kepada media, Erra Fazira pernah kata dia nak cari protege yang ada pakej, maknanya bukan cuma boleh menyanyi  dan menari tapi berwajah cantik juga. Sebab tu soalan Nas malam tu pada Erra ialah "Salma (protege Erra) bukan tak cantik, tapi kalau banding dengan dua protege yang lain, Salma kurang sikit".

Tiba-tiba besoknya tersiar di satu blog lain mengatakan Nas biadap sebab kata Salma tak cantik!.  Maka ramailah pembaca blog tu 'tumpang semangkuk' hantar komen yang turut sama marah kat Nas. Ada yang kata Nas kurang ajar, Nas menghina Salma, macam-macam lagi!.

Nas jadi hairan, bila masa pulak Nas kata Salma tak cantik?. Soalan Nas masa tu jelas dan ayatnya Nas tuturkan sebijik-sebijik, apatah lagi Nas bercakap menggunakan mikrofon, dah tentu boleh dengar sejelas-jelasnya satu Dewan MBSA, satu Malaysia menerusi siaran live TV3, malah satu dunia pada yang menonton dari web tonton.com.my!. Ayat yang Nas tuturkan dalam soalan tu ialah "Salma BUKAN tak cantik....". Bila ada ayat 'BUKAN' kat situ maknanya Salma pun cantik!. Lainlah kalau misalannya Nas terang-terang kata 'Salma hodoh' ke, Salma 'buruk' ke, Salma 'memang tak cantik' ke, yang tu memanglah tak patut dan biadap!, kan?, dan Nas sendiri pun takkan tergamak cakap macam tu!. Memang Nas mahu jadikan soalan tu berbunyi sensasi tapi sensasi yang berlapik!. Jadinya yang kata 'Salma tak cantik' tu bukan Nas tapi bloggers tu sendiri!.

Samalah macam kalau Nas kata "Proton Saga BUKAN tak cantik, tapi kalau banding dengan Proton Wira ke, Proton Iswara ke, Saga kurang sikit" ayat tu tak salah dan bukan suatu penghinaan!. Perkataan BUKAN jadi amat penting di sini!.

Perlu diingat, di mahkamah nanti jika satu baris ayat itu dibuang satu tanda koma (,) sekali pun lalu maksud ayat tu jadi lain, adalah suatu kesalahan dan boleh kemukakan saman!. Itu baru buang satu tanda koma, apatah lagi ni buang satu PERKATAAN!. Perkataan “Bukan tak cantik’ dengan ‘Tak cantik”tu dua perkataan yang pengertiannya berbeza dan bercanggah!.

Bloggers tu kurang teliti, Nas kata "BUKAN tak cantik" tapi dia dengar cuma "tak cantik" lalu menghebahkan kat blog dia dan hentam Nas,. Hasilnya.....Nas teruk kena kutuk dan amarah segelintir pembaca blog tu yang terikut sama kurang teliti!. Ishh, dah tentu Nas boleh kemukakan saman pada bloggers tu kan?

Lepas tersiar kat blog tu, bloggers berkenaan hint kat Nas minta Nas hubungi dia untuk jawab 'tuduhan' celupar tu kat blog dia. Patut ke Nas jawab kat blog tu?.

NO!...TIDAK!. Pengalaman Nas lebih 20 tahun dalam kewartawanan akan sia-sia kalau Nas jawab kat blog tu. Kenapa?. Sebab Nas tahu ‘game’ni. Kalau Nas jawab kat blog dia, dah tentu ramai orang akan bertumpu utk baca kat blog tu, blog tu akan mendadak hit / popular dan jadi tumpuan ramai. Bila dah popular dan jadi tumpuan ramai tu dah tentu banyaklah syarikat pengiklanan akan berlanggan kat blog berkenaan. Tuan punya blog akan dapat pendapatan dari situ, dapat duit!, kan?.  Nas pulak dapat apa?!......dapat habuk beb!. Dah lah nama baik tercalar dan kredebiliti Nas terjejas, tak dapat satu sen pun pulak tu!.

Nas jawab!. Ya, Nas jawab jugak, tapi jawab kat blog, facebook dan twitter Nas sendiri. Itu lebih baik dari jawab kat blog dia yang dah tentu cuma menguntungkan pihak dia aja kan?.

Tapi………it’s okay lah. Walau Nas kena kutuk sampai menggegarkan sikit reputasi  dan nama baik yang Nas dah bina dalam bidang kewartawanan hiburan, walau Nas boleh proceed saman kalau nak, tapi takpalah. Nas anggap ni isu kecik, isu terkeliru aja. Isunya pun cuma pasal ‘cantik tak cantik’ si Salma tu aja kan ? so biarlah Nas tanggung implikasinya dan anggap ini asam garam dalam pengalaman Nas di bidang kewartawanan.  Lainlah kalau misalannya tetiba Nas difitnah merogol anak ke (macam Wan Shades kena tu) yang tu memang lah isu heavy yang tak boleh nak tolak tepi, kan?.

Lepas beberapa hari (atau mungkin beberapa minggu kot?...Nas pun dah lupa) lepas berita tu tersiar, blogger berkenaan atur satu pertemuan dengan Nas. Dalam pertemuan tu kami berkenalan dan Nas dah pun jelaskan pasal kekeliruan ni kat mereka. Kami dah mula jadi rakan. Nas sendiri pun tengok isi paparan blog tu  sekarang ni dah lebih berhemah dan bagus, macam juga blog hiburan Budiey ‘Sensasi Selebriti’ tu. Ini buat Nas rasa past is past lah, takyah nak marah ke dendam ke panjang-panjangkan lagi, kan?. Ada baiknya kita saling kerjasama demi utk memajukan persada seni kita kan?.

……….yes, I know this game!

NAS : ......sedang perhati betul ke ada orang kata bloggers tak perlu ikut rules macam wartawan?.....

......betul ke ada yang kata bloggers kebal dari segala akta dan perundangan?.......

......betul ke yang Nas dengar bloggers tak gentar pada saman?, sampaikan ada yang kata setakat satu saman aja tak kisah, nak kumpul sampai LIMA saman!!?. 
Ikuti perkembangan ni..........untuk suatu kepastian!.
Baca komen Mazidul (wartawan jenayah TV3) mengenai ini. Sila klik di sini.
Baca komen Hazrey (wartawan TV3 di JB) mengenai ini. Sila klik di sini.  


  




  
 

4 comments:

Norasiah Nasir said...

abag naz, nak komen galaxy baru-baru ni..yang membuat saya ternganga..melia amelia lari blah mcm tu je????... last2 saya tgk muka hasben saya..dia pandang saya balik...

NAS AHMAD said...

Awal sebelum siaran langsung bermula Melia pesan Nas boleh tanya apa saja tapi jangan tanya soalan yang boleh buat dia sedih & menangis. Dia dah puas nangis sebab kes ni & taknak nangis lagi. Masa interbiu live tu mulanya dia boleh jawab soalan Nas dengan tenang, tapi masuk soalan ke 4 bila Nas mula pancing dengan soalan berbaur emosi, dia tak dapat tahan lalu bangkit minta diri dan tinggalkan set. Takpa, Nas faham situasi tu & tak salahkan dia tinggalkan set.

Norasiah Nasir said...

ooo..mcm tu..abg naz ke explain la..ramai kengkawan seopis..tanya kenapa last2 galaxy habis mcm tu je..

Anonymous said...

Caya lahhh abg Nas


good job.. :)


ayau