Penaja :

Tuesday 20 September 2011

RAYA STAFF MEDIA PRIMA MERIAH!!

Hujan pada petang Rabu 14hb Sept lepas tak halang warga kerja Media Prima untuk gembira meraikan Hari Raya bersama. Suasana meriah tetap dirasakan bermula jam 12 tghari sampai 6 petang kat perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama.

Semua warga kerja Media Prima merangkumi staff TV3, NTV7, 8TV,TV9, Hot FM, Fly FM, dan banyak lagi dari semua jabatan enjoy beramai dengan tema tahun ni '1001 Arabian'. Wahhh bila dah nama temanya Arabian, tetiba raaamai la Mat Arab, Minah Arab, Pak Arab, Mak Arab segala bagai kat situ sampaikan ada yang susah nak kenal wajah asalnya (walhal sebelum ni kenal!).
Bukan setakat orang je, kawasan sekitar situ pun tetiba bertukar jadi perkampungan Arab daa.
Ada makan, ada game, ada cabutan nombor bertuah, ada persembahan pentas, macam-macam ada. Artis pun ramai!!...ada Ana Rafali, ada Forteen, V.I.P, Salma Mentor 5, Dato Siti Nurhaliza...raaaamai lagi.

Bos-bos kami semua teramatlah sporting petang tu. Dato Amrin, Dato Johan Jaafar dan segala bos yang ada semua kepala best hari tu, boleh gurau-gurau lagi!.
Hampir semua yang pakai baju Arab, tapi Nas tetap pakai baju Melayu. Ada yang sapa Nas "Weyy bro, napa tak pakai baju Arab?", Nas jawab "Haa kalau nak tau ini la baju Arab Malaysian!!!". Haaa ha ha ha!!!






















No comments: