Perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza bagi Nas bukan sekadar sebuah perkahwinan biasa. Ia lebih dari itu. Ada pengorbanan di sebalik perkahwinan ini....terutamanya pengorbanan emosi.
....pengorbanan emosi Abby Abadi sebagai seorang isteri yang kemudiannya putus ikatan isteri...pengorbanan emosi Norman Hakim yang tidak pernah menduga akhirnya akan melalui gerbang perkahwinan kali kedua....pengorbanan Memey yg tidak pernah termimpi suatu hari nanti jodohnya ialah bersama seorang suami orang....pengorbanan ibu bapa ke tiga-tiga pihak ini yg secara tak langsung terheret sama dengan perkara yang berlaku.....pengorbanan anak-anak Norman dan Abby yg tak pernah mengharapkan konflik ini dalam keluarga mereka....pengorbanan peminat ketiga-tiga pihak yg perlu bersikap lebih terbuka pada apa yg berlaku pada bintang kesayangan mereka ini....PENGORBANAN SEMUA!
Kurang wajar bagi yang begitu fanatik pada salah seorang dari mereka bertiga ini, lalu bersikap begitu emosional melemparkan amarah diiringi maki hamun dan cerca nista sepuashati mereka, sedangkan apa yang berlaku adalah kehendak tuhan. Siapa kita mahu mengutuk ketentuan yg maha Esa?. Apa rasanya jika ditakdirkan perkara yg sama berlaku pada anda, lalu anda dicemuh, dimaki, diumpat cerca segala bagai?
Komen, atau mengutarakan pendapat disertai dgn menghulurkan nasihat atas sesuatu isu yg berlaku itu tak salah, tapi melahirkannya dengan cara amarah dan maki hamun itu jelas lebih menunjukkan keburukan orang tersebut berbanding org yg di'serang'.
Kerana semua pengorbanan ini, Nas secara peribadi ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kpd Norman dan Memey. Moga kekal bahagia selamanya, insyaALLAH.
Majlis pernikahan Norman Hakim dan Memey telah berlangsung dengan selamat pada Sabtu 24hb Sept '11 di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaruh Selatan 1. Norman turut membawa bersama 2 orang anaknya di majlis tersebut ketika beliau diakad nikahkan.
Difahamkan kehadiran kedua anak Norman adalah dengan keizinan dandan restu ibunya Abby Abadi.
Kedua mempelai tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan airmata sejurus pernikahan dengan hanya sekali lafas itu sempurna.
Majlis berlangsung dalam suasana meriah walau hujan seketika ketika awalnya.
Esoknya (Ahad 25hb) majlis persandingan pula berlangsung di lokasi sama.
Semoga Norman dan Memey kekal bahagia selamanya.
Saksikan liputan khas majlis gemilang ini di GALAKSI pada hari Jumaat ini 30hb Sept '11 jam 9 malam di TV9.
No comments:
Post a Comment