Penaja :

Thursday 29 April 2010

Ntah apa-apa gambar!












I dengan Michelle Wee (Melodi) dah lama tinggal berjiran.


...haa?!!....berjiran?!. Biar betul!


No no no...bukan berjiran sebelah rumah, tapi berjiran sebelah meja je kat ofis tu ha. He he.


Michelle ni meeeemang le kaki posing. Tiap hari dia bukak webcam kat laptop dia & posing sakan bagai nak rak. I pun apa lagi?....tumpang sekaki le menyibuk & mengganggu ketenteraman hidup dia. Yeah!.


Ishh...jangankan korang, kami sendiri pun pening bila tengok gambar ni. Laayyaann!


Friday 23 April 2010

LAWAK!


MANA SELUAR?.

Yang ni cerita benar....

Kejadian ni berlaku dah laaaama dulu masa I baru habis zaman sekolah & belum kerja wartawan......baru kerja sementara kat kampung (JB).

Hari tu dapat gaji pertama, so balik kerja I terus gi shopping centre KOMTAR yang popular kat tengah bandar JB tu. Ada sale!!!.....ngam le tu!. Planning dari awal memang nak beli seluar jeans, dapat dua tiga pasang mana yang berkenan tu orait le kan.

Sampai KOMTAR I terus tuju kat tingkat 2 kat bahagian jeans. Yes, memang banyak pilihan. Nak yg warna coklat, hitam, semua ada, yang biru laaaagi le berlambak-lambak kan?. Pilih punya pilih, usha punya usha, belek punya belek.....penghabisnya daaapat le satu yang I berkenan. Lagi dua nanti cari kat kedai lain pulak le sebab tengokkan fesyen kat situ lebih kurang samaaaa je.

I capai jeans yang I berkenan tu, menjinjitnya berjalan tuju ke bilik persalinan (fitting room) untuk nak cuba pakai ngam tak ngam. Masuk bilik persalinan tu, I terus kunci dari dalam. Apa lagi?...terus bukak seluar asal yang I sedang pakai tu & gantung kat penyidai yang memang ada melekat kat dinding.

Terfikir jugak....eh, ada orang nampak tak ni?. Maaana le tau kalau-kalau kat bilik persalinan tu ada dinding yg bocor ke, atau ada kamera tersembunyi ke, kecuh le nantinya kan?. Kat luar tu dah tentu ramai anak dara cun-cun yang kerja jadi jurujual kat KOMTAR tu.

Dah check rata dah....line clear!.....takda dinding bocor & takda kamera. So I pun 'teruskan perjuangan'......pakai seluar baru tu.....pasang zip, pasang butang, dan......wow....hebat!...cantik jeans tu!. Poketnya stylo, jahitannya kemas. Confirm!!...I berkenan. Dah tentu I nak sambar. Harganya pun bila dah sale tu jadi le lebih murah walaupun branded.

Okay....CONFIRM!. So I pun bukak semula butang, tarik semula zipnya ke bawah dan lucutkan terus seluar tu. Rasa happy gak le dapat sambar satu jeans yang I berkenan petang tu.

I keluar dari bilik persalinan tu sambil menjinjit seluar baru berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Boleh tahan jauh jugak le lebih kurang 30 langkah berjalan. Sepanjang berjalan ke kaunter tu terperasan jugak le macam beberapa orang memerhatikan I, tapi....ahhh malas nak pedulikan sesiapa. I pun bukan ada masa lama sangat shopping tu.

Setiba kat kaunter pembayaran, tetiba awek yang kerja mengira kat dalam kaunter tu terkejut besar!. Dia berpaling kat kawan dia....kawan dia pun pandang I lalu ketawa besar.

Haaa? kenapa ni?.....I tertanya dalam hati & panik yang amat sesangat tengokkan gelagat awek berdua tu.

Salah sorang dari awek tu menegur "tak pakai seluar ke?"

Haaa?!!!!!!....I terkejut besar. I pandang ke bawah. Memang sah!...I tak pakai seluar pun. Yang ada cuma seluar dalam biru jenama Crocodile je tersarung kat tubuh.

Aarrrggghhh!!!....patut pun rasa sejuk semacam je.

Kecuh..kelam kabut I lari semula tuju ke fitting room tadi. Sah!....lepas bukak seluar baru yang I cuba pakai tu tadi I dah terlupa nak sarung balik seluar asal. Seluar asal tu masih ada punya le bagus tergantung kat penyidai kat dalam bilik persalinan tu!.

Tanpa lengah lagi I terus kelam kabut masuk bilik tu semula, tutup pintu sehabis rapat, capai semula seluar asal yang dok tergantung hensem dari tadi kat penyidai tu dan sarungkan semula.

Siap!.

Tapi......masalah lain pulak timbul!. Nak keluar dari bilik persalinan tu pulak dah suatu yang menyiksakan!. Apa taknya, dari dalam bilik tu I dengar bunyi ramai orang ketawa. Ada antaranya yang ketawa besar tak hingat!. Kalau le I keluar jam tu, dah tentu ramai mata yang akan memandang.

Adusss!!.....I serba salah nak keluar. Dekat 10 minit jugak le I 'bertapa' kat bilik persalinan tu. Tapi lama kelamaan tak tahan panas...berpeluh-peluh berkurung kat dalam tu. I terus nekad...keluar dan terus balik!...tak jadi nak beli pun.

Bayangkan apa perasaan anda kalau berlaku macam ni?. Orang ramai pulak tu kat situ dan kebanyakannya awek pulak tu!. Fuhh!!!!....tak tau apa nak cakap lagi dah. Sejak hari tu...I rasa lebih 2 tahun I tak jejakkan kaki kat KOMTAR tu lagi. Sanggup kalau nak shopping gi kat tempat lain walau jauh. Malu beb...malu!.

Sekarang ni terbayang pulak...nasib baik jugak le masa kejadian tu berlaku dulu I belum dikenali ramai. Nas Ahmad belum aktif & popular lagi masa tu. Bayangkan le kalau perkara tu berlaku sekarang!!...tak ke lagi le haru tu!. Silap-silap besok keluar kat suratkhabar!. Uhhhh!

The moral of the story : Apa-apa hal pun...calm down. keep it cool. Jangan kelam kabut. Walau masa tak panjang pun tapi bertenang le, sebab kalau kelam kabut nanti memang akan lebih kelam kabut jadinya. Yeah!

RENCANA

Begitulah cara Terjah!

(Petikan Berita Harian 2 April 2010)


“SEGELINTIR orang cuma nampak Terjah sebagai sebuah rancangan TV yang menyiarkan gosip atau keburukan artis saja. Mereka silap sebenarnya. Menerusi Terjah juga kami membantu golongan artis yang ditimpa kesusahan atau terlantar sakit.”


Begitulah reaksi penerbit rancangan terbitan TV3 itu, Nas Ahmad ketika mengulas mengenai pendapat sesetengah pihak yang kurang setuju dengan pendekatan program berbentuk infotainmen 13 episod yang sudah melabuhkan tirainya pada 29 Mac lalu.Ekoran itu sudah ada suara yang meminta supaya program itu dihentikan saja siarannya rancangan yang didakwa mengaibkan golongan artis, menjatuhkan industri hiburan tempatan, terlalu provokatif sehingga melanggar etika kewartawanan dan berbentuk fitnah.
"Pada luarannya memang rancangan ini agresif, namun jika dikaji terperinci apa yang tersirat di sebalik yang tersiar, ia penting dalam menjana persada hiburan tempatan". - Nas Ahmad


“Pada luarannya memang rancangan ini agresif, namun jika dikaji terperinci apa yang tersirat di sebalik yang tersiar, ia penting dalam menjana persada hiburan tempatan. Ia sengaja dipaparkan dalam bentuk agresif kerana berhadapan dengan situasi di era masa kini yang sememangnya agresif, terutama sejak wujudnya sumber maklumat baru iaitu internet.


“Semua tahu menerusi internet terdapat begitu banyak laman web atau blog yang menyiarkan berita mengenai artis. Bukan semua, tapi ada beberapa yang secara terang-terangan menyiarkan berita yang sama ada tidak atau belum sahih. Mereka tidak berusaha mendapatkan komen artis terbabit mengenai sesuatu isu itu. Apa yang mereka pentingkan ialah perasaan bangga menjadi laman web atau blog pertama yang menyiarkannya di internet.


“Di laman web atau blog berkenaan juga terdapat banyak berita fitnah, malah yang sengaja memburukkan artis yang tidak mereka minati. Lebih buruk lagi, mereka menggunakan bahasa kesat, termasuk maki hamun dan celupar. Semua ini menjadi tatapan umum. Inilah yang sebenarnya melanggar etika kewartawanan serta nilai kesopanan.
“Walau agresif dan provokatif, namun Terjah tetap mengamalkan penggunaan bahasa yang elok dan berkias. Tidak pernah ada bahasa kesat dan maki hamun dalam Terjah, kecuali ayat tegas. Setiap isu yang timbul, wartawan Terjah akan berusaha mencari artis terbabit untuk memberi peluang mereka membela diri atau memberikan komen sebelum isu itu kami paparkan. Kami tidak menyiarkan berita fitnah. Mengapa pula paparan sebaik Terjah itu mahu minta dihalang penyiarannya sedangkan paparan di internet yang lebih dahsyat tidak dipertikaikan?


Menurut Nas lagi, sehingga setakat ini Terjah mencatat rating lebih 1.2 juta penonton dan ini adalah suatu pencapaian membanggakan kerana bukan mudah untuk rancangan TV yang disiarkan pada jam 11 malam di hari biasa untuk mencapai rating setinggi itu.


Nas berpendapat sekiranya Terjah dihentikan, artis yang diaibkan atau teraniaya di internet tiada ruang dan peluang lagi untuk membela diri atau menjelaskan keadaan sebenar di pihak mereka di TV.


“Selama hari ini pun ramai artis yang mengadu kepada wartawan Terjah dan minta kerjasama untuk menyiarkan perkara sebenar di pihak mereka. Kami sentiasa sedia membantu walaupun risikonya apabila kami memaparkan isu itu, ada pula sebilangan pihak lain yang anggap kami mengaibkan artis itu pula kerana menyentuh atau bertanyakan isu itu. Kenapa sekadar bertanya artis itu saja sudah dianggap mengaibkan?” katanya dalam satu kenyataan.


Menjawab lanjut mengenai tanggapan segelintir pihak bahawa Terjah mengaibkan artis, Nas menjelaskan “Tugas semua wartawan termasuk wartawan Terjah cuma melaporkan berita. Artis bercinta, artis berkahwin, kekal bahagia atau bercerai, semuanya adalah berita bagi kami dan kami siarkan kerana mereka adalah public figure. Selalu kami dikatakan ‘mengaibkan’ artis apabila siarkan berita mereka bercerai sedangkan bukan kami yang suruh mereka bercerai!


“Pernah juga berlaku pasangan artis bertengkar, kami siarkan, lalu kami dianggap mengaibkan artis itu. Kenapa mereka bertengkar di tempat awam? Kenapa tak bertengkar di rumah atau di tempat tertutup? Sebagai wartawan, bila perkara itu berlaku di depan mata kami, takkan kami cuma tengok saja. Kalau begitu lebih baik tak payah jadi wartawan. Kami kena siarkan. Sebenarnya artis itu sendiri yang melakukan perkara yang boleh mengaibkan diri mereka sendiri, bukan salah wartawan yang melaporkannya,” katanya.


Mengenai dakwaan Terjah menjatuhkan atau langsung tidak membina persada seni tempatan kerana menyiarkan berita sensasi dan kontroversi artis, penerbit yang mula terkenal melalui program Melodi itu berkata, “Zaman sudah berubah. Dulu kalau artis nak promosi produk mereka sama ada album atau filem memadai secara mengumumkan saja di mana-mana rancangan hiburan TV yang bersesuaian. Tetapi penonton masa kini sudah bosan dengan cara itu sebab itu Terjah mencari sudut sensasi atau kontroversi yang secara tidak langsung mempromosikan produk itu.”


Menurut Nas lagi, artis juga sudah mula faham bahawa berita sensasi dan kontroversi mengenai mereka adalah penting bagi menjana karier mereka sendiri.


Kalau hendak mengharapkan berita mengenai produk atau karier mereka saja yang tersiar, lazimnya dalam setahun artis itu cuma menghasilkan satu album, maknanya dalam setahun cuma sekali saja berita mereka tersiar di mana-mana media masa.


“Artis yang popular ialah yang bukan saja hebat dari bakat semula jadinya, tapi yang berita mereka termasuk berita sensasi selalu tersiar di media massa. Ini membuatkan nama mereka sentiasa menjadi sebutan umum. Inilah apa yang Terjah usahakan untuk mereka. Tidakkah ini membantu menjana karier mereka dan persada hiburan tempatan? Kami melakukannya cara kami,” katanya.

Wednesday 21 April 2010

UPIN & IPIN duta kartun Malaysia?


He he...bangga pakai baju Upin!. Original merchandise. Design by Nazz (pelukis grafik Las Copaque)


Kartun klasik 'Snow White & 7 Dwarf' masih hebat!

Lakaran kartun Nas Ahmad oleh peminat. He he.


Memori tersepit di tengah Upin & Ipin. Yeah!


Dua tahun yang lepas masa I bertugas buat liputan artis kat Bandung (Indonesia), I ternampak kat sana banyak jual baju T dan DVD Upin & Ipin. Bad news....semua tu cetak rompak, tapi...good news...bangga sebab animasi kartun kita dah mula menapak & popular kat sana (lepas bertahun-tahun sepi) .

Semua tau program 'Terjah!' ada wakil koresponden (wartawan) kat Indonesia kan?. Sebab tu I selalu kena turun naik gi sana utk meeting dgn diaorang & urusan liputan berita kat sana. Terbaru (2 minggu lepas)masa I kat sana, bila aja diaorang tau I orang Malaysia, terus-terus diaorang tanya "Malaysia?.....Upin Ipin!!".

I jadi gamam. Napa?. Sebab dah jadi sinonim pulak antara Malaysia dengan Upin & Ipin!. Betapa besarnya pengaruh kartun animasi tu pada orang luar. Ni baru kat Indonesia, camna nanti bila Upin & Ipin dah berjaya kat negara Asean lain (dengarnya dah masuk India dan beberapa negara Asean lain!). Harap-harap 'menjadi' gak macam kat Indonesia ni.
Tetiba I teringat cerita seorang jurukamera TV3 - Norkamal Azedy (abang penyanyi Hazami)yg pernah gi buat liputan ekspedisi ke kutub utara dulu tu. Dia kata hampir semua orang Russia dan orang bangsa asing yang lain tanya dia orang mana, bila Kamal jawab orang Malaysia, terus-terus diaorang kata "Malaysia?...Mahathir!". Betapa popularnya Dr.Mahathir (skrg Tun Dr Mahathir) kat negara diaorang sana sampaikan jadi sinonim dengan nama negara!.
Eh korang pernah tengok Upin & Ipin versi bahasa Hindustan?. Hebat!. Apa yang hebat?....hebat sebab orang sana bukan sekadar buat kerja alih bahasa dari bahasa Melayu ke Hindi je, tapi siap cari orang yang nada suaranya saling tak tumpah macam nada suara asal!. Nak tengok?. Boleh!. Gi kat You Tube, taip 'Upin Ipin Hindi'. Nanti akan tersiar treller siri ni versi Hindustan. Bangga beb!.
Berbeza dengan Upin & Ipin versi bahasa Inggeris yang tayang kat saluran Disney kat ASTRO tu. Versi yg tu cuma bahasanya je ditukar dari Melayu ke Inggeris tapi nada suaranya jauh berbeza!.

Come on Upin & Ipin!....memang bukan mudah untuk teruskan visi sambil kembangkan perniagaan Las Copaque (sykt penerbit Upin & Ipin), tapi perjuangan perlu diteruskan!. Jalan dah terbuka, cuma perlu teruskan kayuh sampai le ke mana-mana nanti. Pastikan Malaysia akan terus berbangga dengan Upin & Ipin sampai bila-bila.

Begitu besarnya pengaruh kartun / animasi kan?.....walhal dulu kartun cuma dianggap kegemaran budak-budak je.

NAS : Sampai skrg masih pendam hasrat ingin ke Disneyland...rumah karekter kartun yang menambat hati I sejak kecik dulu sampai skrg....Snow White & 7 Dwarf, Goofy, Pluto, Dumbo, Sleeping Beauty, dan baaaanyak lagi!. Harap-harap suatu hari impian I ni akan tercapai juga walau ntah bila. Tapi at the same time...I teramat bangga dengan lakaran kartun Lat, para kartunis tempatan, dan terbaru....UPIN & IPIN!. Jom bangun!.....teruskan warnai Malaysia!. Betul...betul...betul!.

Friday 16 April 2010

Rockumentari NAS AHMAD

Lahir di Johor Bahru. Selepas habis zaman persekolahan....aktif join beberapa bidang seni. Antaranya, join kumpulan rock 'Electric Fingers', join kumpulan nasyid Nurul Iman, join kumpulan teater (Grup Teater Nol), dan lukis kartun untuk majalah tempatan.
'

Kumpulan nasyid Nurul Iman dari Taman Seni
Budaya JB. Saya kat tengah tu ha. He he!. Lain macam.

Pemain bass utk kumpulan rock 'Electric Fingers'. Rock!!!

Cita-cita dari kecik nak jadi wartawan hiburan berjaya. Pernah jadi penulis sambilan akhbar. Karier sebagai wartawan hiburan bermula lepas dilantik jadi wakil wartawan majalah URTV. Tugas I paparkan berita hiburan sekitar Johor Bahru & Singapura. Nama NAS AHMAD mula dikenali. Punyai ruangan tetap di URTV iaitu Rockin' Bersama Nas Ahmad, dan lepas tu satu lagi ruangan iaitu 'Usik-Usik Aja'.

Sedang interbiu Ramlah Ram kat satu konsert

kat pulau Sentosa, Singapura. Masa ni I kerja

wartawan majalah URTV.


Berhijrah ke Kuala Lumpur bila dapat offer kerja wartawan majalah 'Artis 893'. Sayangnya majalah ni cuma mampu bertahan 6 keluaran je, lepas tu......tutup kedai!.

Mula bergiat jadi wartawan Eurofine TV Productions. Terlibat dalam penerbitan program dokumentari 'Perspektif' untuk siaran RTM.


Interbiu pegawai Pusat Kraftangan Johor untuk

dokumentari 'Perspektif' tajuk 'Seni Seramik' siaran

RTM 1.

Lepas 3 tahun kerja kat Eurofine, I mula rasa tension yang teramat sangat. Tau kenapa tension?...sebab nak balik ke bidang yang sejiwa dgn diri sendiri iaitu......bidang seni!. Syukur, permohonan kerja kat TV3 lulus!. Mula kerja jadi Penolong Penerbit kat Jabatan Hiburan TV3. Terlibat dalam produksi banyak rancangan hiburan, antaranya Muzik-Muzik, Pop Kuiz, Drama & Lagu, Talking Telephone Numbers, dll. Lepas tu......happy sebab dapat beberapa kali terlibat dalam rancangan TV3 yg paaaling I minat sejak awal dulu (sejak sebelum kerja TV3 dulu) iaitu....Melodi!.

Selain tu, pernah jugak beberapa kali mengarahkan program. Antaranya drama khas Hari Raya iaitu 'Balik Raya' dan mengarahkan klip video beberapa artis-artis Ambang Klasik.


Sedang mengarahkan klip video kumpulan 'Okays'.

Kenangan...interbiu (arwah) Samad Lefthanded

utk Melodi.

Selain tu, I pernah gak mengarahkan program khas Hari Raya iaitu 'Setahun Sekali'. Sambutan menggalakan, so raya tahun berikutnya I buat sambungan program ni bertajuk 'Setahun Sekali Lagi'.

'Melodi' tetap di hati!. Dari berjawatan Penolong Penerbit, akhirnya I dilantik sebagai Penerbit Melodi. Segmen yang I kendalikan kat Melodi iaitu 'Terjah' dapat sambutan hangat....ramai yang minat.


Terjah!!.....

"Kita terjah!!...utk suatu kepastian"

Terjah tetap terjah!

Tak terasa masa berlalu...dan karier I dalam bidang kewartawanan hiburan dah cecah 20 tahun! (7 tahun kat media cetak 'URTV', 3 tahun media elektronik Eurofine TV Productions, dan skrg dah 10 tahun kerja kat TV3). Tiba masanya utk turunkan sikit pengalaman pahit manis dalam bidang ni kepada umum. Selain tu I salurkan motivasi terutama dari aspek semangat binadiri . I tulis satu buku semi autobiografi berbentuk novel, tajuknya 'Terjah!! Nas Ahmad' terbitan Alaf 21 Sdn Bhd (anak sykt Karangkraf).

Muka depan buku 'Terjah! Nas Ahmad'

Setahun lepas tu...I hasilkan pulak satu album kompilasi rock dan guna judul yg sama iaitu 'Terjah!! Nas Ahmad'. Album kompilasi berkembar terbitan NSR ni himpunkan 20 buah rock popular dari nyanyian Search, Lefthanded, Wings, dan banyak lagi. Ada 2 buah lagu ciptaan baru kat album ni, lagu 'Terjah' dan 'Aku Punya Suka'. Kedua lagu ni ciptaan Edrie Hashim, nyanyian Amy Search, dan liriknya I tulis sendiri. I juga terlibat sebagai suara latar dalam album ni untuk sampaikan mutiara kata yang ngam sebelum setiap satu lagu kedengaran.

Gambar cover belakang album 'Terjah!'


Gambar cover depan album 'Terjah!'

Bidang kewartawanan hiburan makin mencabar dan jadi tumpuan ramai. Dari program Melodi, I berjaya menubuhkan satu skuad wartawan hiburan dinamakan 'Skuad Melodi'. Pasukan wartawan ni dianggotai oleh Michelle Wee, Azmi Jamsari, Zuan Azmi, dan Zamzuri (Ayau) selain I sendiri jadi ketua skuad.

Skuad Melodi & pengacara (Wahid & Fara Fauzana)

Skuad Melodi.

Terjah makin popular!. Tiba masanya ia diperkembangkan lagi. Asalnya dulu cuma salah satu segmen dalam Melodi je tapi lepas tu terjah diasingkan jadi satu program TV sendiri!. I terpaksa tinggalkan Melodi dan Skuad Melodi jugak untuk kendalikan program TV sendiri ini selain tubuhkan satu team baru iaitu team terjah.


Interbiu Lisa Surihani (petikan dari 'Terjah!)

Bersama team Terjah (petikan dari program 'Terjah!')

Bersama Adda & Rock dlm program 'Terjah!'


Logo program TV 'Terjah!'

Sambil menerbitkan program ni, I terlibat jugak dalam program 'Mentor 3' & kini 'Mentor 4' di segmen terjah gelagat belakang pentas ketika siaran langsung. Selain tu, I juga selalu dijemput berikan talk / bualbicara/ ceramah berkenaan bidang kewartawanan hiburan kat beberapa universiti dan di acara-acara berkenaan.


Sempat bermesra dengan penuntut UiTM Melaka.

Ketika talk/ceramah bual bicara di UiTM Melaka.

Talk / ceramah motivasi kerjaya utk remaja kat Menara KL


Ceramah / talk sempena kempen membaca kat Perpustakaan Negara.

Antara penghargaan yang pernah diterima :


Anugerah Kewartawanan Hiburan M.A.C.P


Anugerah Kewartawanan PAPITA


Anugerah Tinta SENIMAN


Anugerah Tinta GAFIM


Anugerah pertama......peniup semangat utk teruskan
visi kewartawanan hiburan.



Terjah terus terjah!...........untuk suatu kepastian.










(Ikuti catatan pahit manis sepenuhnya serta foto eksklusif di buku 'Terjah! Nas Ahmad' terbitan Alaf 21).Hubungi www.alaf21.com.my.