Penaja :

Wednesday, 21 April 2010

UPIN & IPIN duta kartun Malaysia?


He he...bangga pakai baju Upin!. Original merchandise. Design by Nazz (pelukis grafik Las Copaque)


Kartun klasik 'Snow White & 7 Dwarf' masih hebat!

Lakaran kartun Nas Ahmad oleh peminat. He he.


Memori tersepit di tengah Upin & Ipin. Yeah!


Dua tahun yang lepas masa I bertugas buat liputan artis kat Bandung (Indonesia), I ternampak kat sana banyak jual baju T dan DVD Upin & Ipin. Bad news....semua tu cetak rompak, tapi...good news...bangga sebab animasi kartun kita dah mula menapak & popular kat sana (lepas bertahun-tahun sepi) .

Semua tau program 'Terjah!' ada wakil koresponden (wartawan) kat Indonesia kan?. Sebab tu I selalu kena turun naik gi sana utk meeting dgn diaorang & urusan liputan berita kat sana. Terbaru (2 minggu lepas)masa I kat sana, bila aja diaorang tau I orang Malaysia, terus-terus diaorang tanya "Malaysia?.....Upin Ipin!!".

I jadi gamam. Napa?. Sebab dah jadi sinonim pulak antara Malaysia dengan Upin & Ipin!. Betapa besarnya pengaruh kartun animasi tu pada orang luar. Ni baru kat Indonesia, camna nanti bila Upin & Ipin dah berjaya kat negara Asean lain (dengarnya dah masuk India dan beberapa negara Asean lain!). Harap-harap 'menjadi' gak macam kat Indonesia ni.
Tetiba I teringat cerita seorang jurukamera TV3 - Norkamal Azedy (abang penyanyi Hazami)yg pernah gi buat liputan ekspedisi ke kutub utara dulu tu. Dia kata hampir semua orang Russia dan orang bangsa asing yang lain tanya dia orang mana, bila Kamal jawab orang Malaysia, terus-terus diaorang kata "Malaysia?...Mahathir!". Betapa popularnya Dr.Mahathir (skrg Tun Dr Mahathir) kat negara diaorang sana sampaikan jadi sinonim dengan nama negara!.
Eh korang pernah tengok Upin & Ipin versi bahasa Hindustan?. Hebat!. Apa yang hebat?....hebat sebab orang sana bukan sekadar buat kerja alih bahasa dari bahasa Melayu ke Hindi je, tapi siap cari orang yang nada suaranya saling tak tumpah macam nada suara asal!. Nak tengok?. Boleh!. Gi kat You Tube, taip 'Upin Ipin Hindi'. Nanti akan tersiar treller siri ni versi Hindustan. Bangga beb!.
Berbeza dengan Upin & Ipin versi bahasa Inggeris yang tayang kat saluran Disney kat ASTRO tu. Versi yg tu cuma bahasanya je ditukar dari Melayu ke Inggeris tapi nada suaranya jauh berbeza!.

Come on Upin & Ipin!....memang bukan mudah untuk teruskan visi sambil kembangkan perniagaan Las Copaque (sykt penerbit Upin & Ipin), tapi perjuangan perlu diteruskan!. Jalan dah terbuka, cuma perlu teruskan kayuh sampai le ke mana-mana nanti. Pastikan Malaysia akan terus berbangga dengan Upin & Ipin sampai bila-bila.

Begitu besarnya pengaruh kartun / animasi kan?.....walhal dulu kartun cuma dianggap kegemaran budak-budak je.

NAS : Sampai skrg masih pendam hasrat ingin ke Disneyland...rumah karekter kartun yang menambat hati I sejak kecik dulu sampai skrg....Snow White & 7 Dwarf, Goofy, Pluto, Dumbo, Sleeping Beauty, dan baaaanyak lagi!. Harap-harap suatu hari impian I ni akan tercapai juga walau ntah bila. Tapi at the same time...I teramat bangga dengan lakaran kartun Lat, para kartunis tempatan, dan terbaru....UPIN & IPIN!. Jom bangun!.....teruskan warnai Malaysia!. Betul...betul...betul!.

9 comments:

HIASAN REKA INDAH said...

betul2...heheh mmg duta kartun kt malaysia ni...filem terbaru upin&ipin keluar nanti mesti box office punya..walaupun tak guna suara artis terkenal..tapi meletop gak

aL-MaRBaWi said...

salam abang nas,

hehe silap2 upin ipin sok masuk disneyland gak... masa tu konfem kalau bangga kembang idung sampai buleh masuk ekzos keta lagi...

en somak said...

btol!! btolll!! btolll!!! saye sokong kartun buatan malaysia..

NAS AHMAD said...

Hmmm...filem terbaru tajuk 'Angkasawan'. Bila agaknya siap kan?

NAS AHMAD said...

He he...lu lawak la al marbawi.
orait tu somak...tak kita sokong siapa lagi kan?

nita said...

betulbetulbetul.....
saya pun pernah dengar jugak sebelum ni pasal UpinIpin meletop kat Indonesia... ada jugak yang cakap kat kenalan saya, orang Indonesia yang melawat KLCC, ramai yang tanya cd UpinIpin movie, nak buat koleksi sebab diorang dah ada yang siri...
Anak2 saya, jgn ckpla febret diorang...

tengku nizam said...

tp tgk pon indonesia dgn thailand pun da buat movie nak lwn upin ipin kite.. indon mcm cerita meraih mimpi n thailand cerita yg pasal gajah tuh.. lupe tajuk laa.. hehe

Sukatikaulah said...

Dapatkan juga majalah upin&ipin di pasaran...sekarang juge!

CL said...

@tengku nizam
filem gajah tu namanya khan kluay, ada 2 filem + 1 siri TV. kalau kat pasaran antarabangsa namanya tukar jadi jumbo. filem sekuelnya (jumbo gajah biru) pernah tayang kat mesia dgn suara bebudak af, tp sambutannya kesian. sepatutnya siri TV dan filem pertama dibawa masuk sekali barulah penonton kita lebih mengenali gajah tu. bayangkanlah apa nasib filem geng jika rakyat mesia x kenal siri tv upin & ipin! jenama animasi asia tenggara masih tak segah barat dan jepun, jd promosi kena berpada2.