Penaja :

Monday 30 August 2010

ARTIS PULA TERJAH WARTAWAN! (Petikan dari Bi-Pop / Berita Minggu, Ahad 29 Ogos 2010. Oleh : Raja Nurfatimah Mawar Mohamed)

(Nas Ahmad dedah, selongkar reaksi spontan wakil media dalam Melodi Raya 2)


Ketika Nas Ahmad atau Abang Rambut Kertak menerajui Melodi suatu ketika dulu sering terpapar beliau menerjah artis & selebriti menerusi segmen popularnya ‘Terjah!’. Dalam segmen itu Nas bukan sekadar menerjah untuk membongkar isu sensasi dan kontroversi malah turut mendedahkan keluhan, penderitaan dan kisah sedih yang menimpa hidup artis veteran & masakini.


Kini jejak langkah Nas menemubual artis secara spontan, mencungkil isu sensasi dan berani itu dirintis oleh lima anggota Skuad Melodi yang pernah beliau tubuhkan dulu, terdiri dari Michelle Wee (kini Penolong Penerbit), Azmi Jamsari, Azwan Azmi, Nik Shafiq Hadhari & Nurul Izza.


Namun pernahkah anda terbayang reaksi wartawan apabila mereka pula diajukan soalan sensasi seperti yang kerap mereka ajukan kepada artis?. Tambah menarik apabila insan yang menyoalnya itu adalah artis yang pernah diterjah suatu ketika dulu!. Ini antara tarikan yang dapat diikuti dalam Melodiraya Bahagian kedua.


Nas selaku penerbit dan pengarah rancangan itu berkata memang dirinya selalu amalkan kaedah ‘reverse psychology’ iaitu paparkan sesuatu yang menentang arus kebiasaan atau ‘out of the box’.


“Orang dah biasa tengok wartawan Melodi tanya soalan panas pada artis, tapi untuk rancangan khas ni saya lakukan yang sebaliknya iaitu artis pulak tanya soalan panas pada wartawan Melodi. Semuanya secara spontan. Bagaimana reaksi wartawan tu, adakah mereka juga gelabah, selamba, panik atau bersedia, semuanya akan tersiar nanti.


Semua reaksi spontan ini dilakukan ketika rakaman kunjungan pengacara dan Skuad Melodi ke lima rumah terbuka artis. Di setiap lokasi ketika wartawan tersebut sedang sibuk melakukan temubual artis, saya pula berpakat dengan salah seorang artis yang lain untuk ‘menerjah’ wartawan berkenaan. Reaksinya, ada yang menggelabah, terkejut, malah ada yang sebak bila ditanya soalan menyentuh emosinya. Saya tahu ini suatu yang sememangnya dinantikan ramai sejak dulu lagi. Ada juga artis yang sentiasa menanti peluang untuk mengasak wartawan ini. Jadi, inilah peluangnya”.

“Antara soalan yang diajukan artis kepada wartawan Melodi ialah berkaitan perasaan mereka apabila menerjah artis dengan soalan sensasi, tidak kah mereka rasa bersalah?, bagaimana pula bila kisah cinta dan perihal peribadi mereka dibongkar artis?. Dalam paparan ini ada seorang dari wartawan itu tidak dapat menahan sebak apabila disentuh mengenai peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam hidupnya. Untuk mengetahuinya, jangan lupa menonton Melodiraya episod dua nanti” katanya.


Berbeza tahun sebelumnya, Melodiraya tahun ini bakal muncul dalam dua episod berbeza, iaitu Melodiraya 1 (episod satu) dan Melodiraya 2 (episod dua). Rakaman episod satu berlangsung di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 20 Ogos lalu dan diterbitkan oleh Azman Ghaffar manakala rakaman untuk episod dua pula telah siap rakaman oleh penerbit dan pengarahnya Nas Ahmad.


Nas berkata Melodiraya 1 mengekalkan suasana gemilang sambutan hari raya bersama artis, Melodiraya 2 pula memaparkan pengacara program itu, Wahid dan Fara Fauzana dan wartawan Skuad Melodi mengunjungi beberapa rumah terbuka pada hari raya. Rakaman Melodiraya 2 berlangsung sejak 24hb Julai lalu.

Katanya, pihaknya melakukan penggambaran di lima lokasi, iaitu rumah salah seorang peminat setia Melodi, sebuah restoran bersama artis-artis MIG Productions, di restoran lain bersama artis popular Warner Music, tinjauan kumpulan popular Indonesia, Kotak mengunjungi rumah terbuka kumpulan Sofaz dan rakaman rumah produser filem terkenal Profesor Abdul Razak Mohaideen bersama pelakon filem 4 Madu dan Dewi.


Melodiraya 1 menemui penonton pada Ahad 12 September ini, manakala Melodiraya 2 pada Ahad 19 September di TV3 jam 12:30 tengahari.

Baca tulisan Mama Juwie pulak. Klik kat sini :
http://auwjuwie.blogspot.com/2010/08/artis-terjah-wartawan-hiburan-dalam.html





1 comment:

suzzsuzie said...

confirm lagi sensasi daripada artis.......