Penaja :

Thursday 1 July 2010

Pada yg kata 'Terjah!' mengaibkan artis & menjatuhkan industri hiburan, sila baca artikel Harian Metro ni :

LINK :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pisanggorengsaraanak/Article/index_html

PISANG GORENG SARA ANAK
Oleh Ramlah Zainal

roses@hmetro.com.my




2010/06/29
SEJAK Nasir P Ramlee meninggal dunia pada 17 Disember 2008 ketika berusia 55 tahun akibat komplikasi jantung dan kencing manis, isteri ketiganya, Surijaningsih Bakar, 55, terpaksa menjual pisang goreng bagi menyara dua anaknya (bersama Nasir), Zakaria Nasir, 19, dan Zaidee Nasir, 18.


"Selama ini tiada siapa bersimpati dengan nasib kami sekeluarga. Tambahan selepas pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim, saya tidak boleh buat kerja berat dan terpaksa berehat di rumah. Saya juga baru menjalani pemeriksaan selepas pembedahan dan kini mendapati ada masalah pada buah "Justeru, saya bersyukur kerana ada pihak di luar sana iaitu Tan Sri Prof Emeritus Lik Kok Wing, pemaju perumahan Datuk Harun Hassan dan orang perseorangan seperti Sabariah Yassin yang sudi membantu kami sekeluarga dari segi kewangan dan membantu anak saya melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik," katanya. Surijaningsih menambah, dia berharap anaknya akan menjadi insan berguna apabila dewasa nanti.


"Zakaria dan Zaidee memang meminati bidang muzik dan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang itu akan dimanfaatkan sepenuhnya. Apapun, ia terpulang pada mereka sama ada untuk menjadi pemuzik atau sebaliknya nanti. Sebagai ibu, saya hanya menyokong minat mereka dari belakang.


"Mereka berdua akan memulakan pengajian di Universiti Lim Kok Wing Julai nanti selama setahun dan penginapan mereka sepanjang belajar di sana ditaja Datuk Harun," katanya. Selain Surijaningsih, Nasir juga mempunyai tiga anak dari isteri pertamanya, Mariati Abd Rahman, 55, iaitu Gunina, 37, Gunawan, 35 dan Gurnarisasca, 31. Bersama isteri keduanya, Rashidah Jaafar (Gee), Nasir ada dua lagi anak, Natasya, 23, dan Najua (Nadia), 22. Pada masa sama, Surijaningsih berkata, dia juga terkilan kerana ramai tidak tahu dia isteri Nasir dan menantu kepada P Ramlee. "Sebelum ini saya jarang menghadiri majlis berkaitan P Ramlee. Justeru, ramai orang fikir, Gee adalah menantu P Ramlee dan bukan saya. Sedangkan Gee sudah bercerai dengan Nasir dan dia berkahwin dengan Komposer A Ali yang kini bergelar janda A Ali. "Sekarang saya mula menghadiri majlis membabitkan P Ramlee untuk memberitahu masyarakat saya adalah isteri Nasir dan menantu P Ramlee," katanya.

Surijaningsih ditemui pada Majlis Senandung Malam, Tan Sri P Ramlee di Saloma Bistro & Theatre Restaurant di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Ahad lalu. Hadir sama, Senator Tan Sri Dr Jins Shamsudin, Datuk Hamzah Mohd Kassim dari Institut Al Linggi, Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Satar. Majlis itu anjuran ahli jawatankuasa yang dikelolakan Institut Al Linggi dan kumpulan pemikir.

Sementara itu, Hamzah berkata, dia berasa terpanggil untuk membantu keluarga Surijaningsih selepas menonton kisah hidup mereka menerusi rancangan Terjah yang disiarkan di TV3. "Saya beritahu anak guam saya, Sabariah yang menetap selama 40 tahun di England dan dia juga ingin membantu saya mencari waris P Ramlee ini. Jika difikirkan secara logik, waris P Ramlee sepatutnya boleh hidup dalam keadaan baik sejajar ketokohan P Ramlee sebagai ikon filem Melayu dan Nusantara," katanya.

Tambah Hamzah, pihaknya membantu Zaidee dan Zakaria belajar bidang muzik dengan ihsan Universiti Lim Kok Wing tanpa terlalu mengambil kira kelulusan akademik mereka. "Bagi melengkapkan persediaan mereka ke universiti, mereka berdua menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris selain motivasi memajukan diri. Sabariah juga akan berusaha memastikan dua lagi anak Allahyarham Nasir yang berbakat besar iaitu Natasha dan Nadia yang baru menamatkan pengajian di Aswara untuk melanjutkan pengajian ke London pula," katanya.


Jelasnya lagi, pihaknya bercadang menubuhkan dana yayasan pelajaran supaya lebih banyak bantuan dapat dihulurkan bukan saja untuk keluarga Tan Sri P Ramlee tetapi kepada artis lain yang ingin melanjutkan pelajaran.


"Saya sudah membincangkan perkara ini dengan Open University dan secara prinsipnya mereka bersetuju untuk merealisasikannya. Justeru kami mengharapkan melalui dana RM200 juta yang diumumkan kerajaan untuk membantu industri perfileman baru-baru ini dapat diperuntukkan sedikit untuk pelajaran supaya artis yang berpotensi dapat melanjutkan pelajaran di IPT tempatan dan luar negara.


"Justeru, Yayasan P Ramlee boleh diwujudkan semula bukan saja untuk menjaga kepentingan dan pendidikan waris Allahyarham juga untuk semua artis tempatan," katanya.



3 comments:

Nur -al- Ain said...

bagus la tu ade terjah, beringat sikit artis2 ni kan.. tak suke jangan tengok la.. senang.. kan abg terjah ;)

bibie said...

huhu...bang,napa tak terjah sekali kuarga mangsa tuk kes tom mystar lg tu?abg cakap dah lama kenal ngan tom n tom org yg baik..tuk kepastian,minta lah kuarga mangsa tunjukkan bukti..abg nampaknya lebih memilih tom..ni pendapat jak..heee

Anonymous said...

bro..teruskan perjuangan terjah lu bro..yg ats sn taw menilai