Penaja :

Friday, 18 June 2010

MEMORI HOLLYWOOD


Biasa le, semua orang pun tentu ada tempat yang teringin nak pergi kan?. Cam tu jugak dengan Nas. Tempat yang paling Nas teringin nak pergi ialah...Disneyland!. Fuyoo..teringin sesangat nak bergambar dengan Mickey Mouse kat depan Magic Castle, dengan Donald Duck, dengan semua 7 orang kerdil comel dalam cerita Snow White tu. He he. Tapi.....ntah bila tahun agaknya keinginan tu akan tercapai.

Eh kenapa Disneyland aa?......napa tak tempat lain?.

Pembaca setia majalah URTV era 80an dulu tentu masih ingat Nas pernah bergiat sebagai wartawan kat majalah tu kan?......dan selain ada kolum sendiri kat situ, Nas selalu jugak lukis kartun kat majalah tu. Pernah jugak Nas lukis kartun kat majalah Ujang, tapi cuma sebagai penulis tamu je. Minat & kebolehan dalam melukis kartun le yang pengaruh Nas teringin melawat Disneyland suatu hari nanti, sekali dalam seumur hidup pun jaaaadi le kan?.

Disneyland tu kat Amerika kan?. Tiga tahun yang lepas Nas dapat peluang ikut rombongan pemenang Anugerah Skrin gi melawat Hollywood. Memang ini le hadiah TV3 pada pemenang Anugerah Skrin tiap tahun....dan tiap tahun gak le antara tempat menarik yang akan dilawati kat Hollywood tu ialah Disneyland. Tahun tu tiba le giliran Nas pulak ikut sama....bukan sebagai pemenang Anugerah Skrin, tapi untuk bertugas buat liputan rombongan tu ke sana untuk siar kat Melodi.

Happy?........
Ishh...siapaaa le yang tak happy dapat peluang gi sana kan?, tapi.......alamak, timing ada sikit kureng ngam le pulak. He he. Tau napa?. Kebetulannya trip yang Nas join tahun tu tak singgah gi Disneyland pun sebab diganti dengan melawat Las Vegas!.

Arrgghhh!!!....frust!...memang le frust!....bayangkan dah dapat pijakkan kaki kat bumi Hollywood...dah dekat sangat le tu dgn Disneyland, tapi tak dapat singgah pun kat tempat yang paaaling Nas idamkan tu!. Fuhh!. 

Apa pun.....happy gak le sebab dapat le jugak peluang gi Hollywood tu. Bukan senang kan?. Kalau tak kerana tugas, kalau kena gi guna kos sendiri, memang langsung takkan merasa le gi sana tu kan?. Simpan dulu le hasrat nak jejak Disneyland tu. Yeah!

 Rombongan ke Hollywood. Cuba cari mana Fouziah Gaos, Vaneeda Imran, Kabir Bathia, Bade Hj Azmi & Zubir (Berita Harian)
 
 Depan pintu masuk Universal Studio. Sampai-sampai & turun dari bas je terus posing kat sini. He he.
 Bas 2 tingkat ni sentiasa berlegar kat Hollywood Boulevard untuk angkut pelancong ronda sekitar Hollywood.
 Wow!....motorsikal berkuasa tinggi ni direka khas untuk penggambaran filem Ghost Rider. Habis je shooting filem tu terus motor ni dipamirkan kat ruang legar Sony Picture. Nak tunggang ke?.....alamak....tak boleh!...pengawal kat situ tak kasi. Cuma boleh posing je kat sebelah tu ha. Jaadi le kan?. 
 Ada baaanyak taman tema kat sekitar Universal Studio, semuanya berkaitan filem-filem blockbuster Hollywood. Ada taman tema Jurrasic Park, taman tema Jaws, macam-macamlah. Cuma antara sempat dengan tak sempat je nak singgah kat semua tempat tu. Antara yang Nas sempat singgah....tu ha...taman tema Terminator!. Kat dalam tu siap ada pawagam. Bukan pawagam biasa aa, yg ni penonton duduk menonton salah satu adegan tegang dari filem tu kat depan mata!, adegan peperangan antara robot dengan manusia siap dengan pelakon, dengan kesan bunyi & props nya sekali. Fuhh...hebat tak terkata!.
 
 Nas Ahmad was here!

Ooopss...Nas bukan peminat setia kartun Scooby Doo. Tapi....dia ada depan mata, apa lagi?...posing aja le kita. Heh heh.
Dilarang pijak pokok bunga!!. Sila sengetkan kaki anda. He he.
Walau sitkom 'Friends' dah habis tayang kat TV, tapi props dan set nya tetap tak dibuang, malah dipamirkan kat salah satu bengkel kat Universal Studio. Jadi sejarah sampai bertahun-tahun!...anak cucu nak tengok.


Wahh!...besarnya kau Bugs Bunny oii!

Poster filem klasik masih terpampang kat Sony Picture. Terfikir gak...poster filem Melayu klasik ada ke terpampang cam ni?.
Kat tiap taman tema ada kedai cenderahati sendiri. Yang ni kat kedai cenderahati taman tema Jurrasic Park. Ada jual segala barangan cenderahati Jurassic Park dari baju T, mug, key chain, poster, macam-macam lagi.

Disneyland... Moga hasrat Nas ke sana bukan mimpi sekadar mimpi. Tapi.......bila tu?.

No comments: