Penaja :

Monday 1 August 2011

Saat terakhir arwah Hasnah Harun di GALAKSI RAYA 2011




Minggu lalu Galaksi sempat membuat liputan majlis tahlil di rumah keluarga penyanyi popular 60an Hasnah Harun di Johor Bahru. Wartawan wakil Galaksi di JB iaitu Hasrey telah menemubual anak perempuan beliau iaitu Haslynda. Dalam keadaan pilu Linda telah menceritakan keadaan ibunya ketika itu.

Hasnah Harun tidak dapat ditemubual pada waktu itu kerana dalam keadaan uzur akibat menderita sakit barah yang dialaminya. Dia langsung tiada daya untuk bercakap.

Keesokannya, penyanyi veteran ini telah dimasukkan ke unit rawatan rapi I.C.U di Hospital JB.

Hari ini (1hb Ogos 2011) sekitar jam 8 pagi, Nas dapat SMS dari Haslinda bahawa Hasnah Harun telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Moga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Rakaman saat-saat terakhir di majlis tahlil di rumah keluarga penyanyi serta keadaan beliau ketika sehari sebelum dimasukkan semula ke hospital akan disiarkan eksklusif di rancangan khas GALAKSI RAYA 2011 pada Hari Raya ke 4 nanti di TV9 jam 9 malam.

Di zaman kegemilangan thn 60an dulu Hasnah Harun popular dengan lagunya Bersedih, Siti Zubaidah, Aliran Usia, dan banyak lagi.

Al-fatihah.


No comments: