Penaja :

Friday 11 March 2011

Kasi panas MENTOR 5!!. Jangan salah tafsir!

Korang sempat tengok Mentor 5 Ahad lepas?.


Best kan?

Atas sokongan anda semua Mentor 5 Ahad lepas mencatat jumlah penonton lebih 2.8 juta orang!. Wow, baru konsert pertama je jumlah penonton dah seramai tu, dah tentu jumlah ni akan terussss meningkat tiap minggu bila masuk konsert kedua, ketiga, sampai la ke kemuncaknya (final) nanti. Nas mewakili unit penerbitan dan krew produksi Mentor 5 mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan hebat dari anda semua tu. Yeah!


Yes! memang baaannyak kehebatan dalam Mentor 5 ni, dari barisan para mentornya yang kesemuanya bukan calang-calang orang, gandingan mentor dari kalangan artis baru dan artis yang dah sah hebat, tambahan pulak dengan barisan protege nya yang kesemuanya punyai bakat hebat yang selama ni terpendam, tambah lagi dengan kualiti produksi program yang makin matang, banyak lagi faktor sampingan yang digabungkan kasi Mentor 5 makin mantap bila terpancar di TV anda!.


Macam dua tahun lepas berturut-turut, tahun ni pun Nas ditugaskan mensensasikan suasana di belakang pentas. Terjah tetap terjah!....dan Nas terus menerjah mentor, protege, malah siaaapa je yang ada kat area tu akan Nas kacau kasi panas. Itu tugas yang diamanahkan kepada Nas.


Di celah kehebatan Mentor 5 ni, tetiba meletus satu isu yang melibatkan Nas. Tersebar kat internet ada yang marah-marah kat Nas. Tau kenapa?. Sebab dikatakan kononnya Nas bertanya soalan yang biadap pada Salma menerusi mentornya Erra Fazira. Isu yang meletus tu menyebut kononnya Nas kata protege Erra tu TAK CANTIK!!.


Fuyoo...itu macam aaa?. Maka mulalah ada yang kutuk Nas, yang marah Nas kata Nas tak sopan lah, tak profesional lah, begitu begini, semuanya tersebar kat beberapa web atau blog tertentu.


Eh?....betul ke Nas begitu celupar tanya soalan cam tu?. Betul ke Nas dah 'menghina' dengan kata orang itu tak cantik?.


Pada yang kata cam tu, atau pada golongan yang sebenarnya tak tengok (tak tau hujung pangkal) tapi dengar cerita dari kawan dan tetiba terus melenting marah kat Nas tu, meh sini Nas ceritakan pasal ni.


Nas cukup faham memang kurang sopan kalau begitu celupar mulut kita nak kata seseorang tu tak cantik. Sebab tu untuk ajukan soalan tu Nas susun ayat yang sesuai. Nas sendiri masih terngiang-ngiang dlm telinga ayat / soalan Nas pada Erra Fazira tu berbunyi "Erra cari protege yang cukup pakej. Cukup pakej tu merangkumi bakat menyanyi dan cantik. Protege Erra ni BUKAN TAK CANTIK, tapi kalau bandingkan dengan 2 protege lain yang tu, protege Erra agak kurang sikit".


See....bila tahun le pulak Nas ada kata dia 'tak cantik'?. 'Tak cantik' dengan 'bukan tak cantik' tu dua ayat yang bawa maksud berbeza!.


Yang nyatanya ada orang yang sudah samaada terkeliru ataupun sengaja putarbelitkan ayat dalam soalan Nas. Nak bukti kukuh, silalah tonton semula rakaman Mentor tu kat website tonton.com.my dan kaji semula tiap bait ayat yang Nas cakap tu. Dah jelas yang sebenarnya Nas kata BUKAN TAK CANTIK tapi dah disalahertikan jadi TAK CANTIK.


Apa pun, don't worry la....walau tetiba Nas kena hentam dan maki hamun dengan golongan org yang kurang periksa, tapi Nas tak terus melenting marah, sebab Nas faham perkara ni berlaku sebab salah tafsiran.


Lagi pun....memang tugas utama Nas kat Mentor tu untuk mensensasikan suasana. Bila isu ni meletus, siap tersebar kat internet, maknanya Nas dah berjaya jalankan tugas dengan baik dan berkesan, kan?. Yeah!.


Berikut petikan komen dari seorang bernama Hafiz Fiz yang Nas terima kat akaun facebook Nas yang satu lagi iaitu 'Nas Ahmad fan page' :


Hafiz Fiz :

Kenapa NAS AHMAD begitu KURANG AJAR dan BIADAP apabila mengatakan salmah peserta mentor kurang cantik berbanding yang lain.. ini menonjolkan sifat beliau yang tak sayang mulut dan cetek adat kesopanan.... muka NAS AHMAD tu hensem kerrrr...


Tonjolkan la sifat dan tingkah laku profesional..



(Berikut ni pulak jawapan Nas pada komen tu) :


NAS AHMAD fan page / laman sahabat NAS AHMAD


Salam Hafiz. Terima kasih atas komen sdra. Terima kasih juga kerana kata saya kurang ajar dan biadap. Moga sdra bahgia.


Dalam ujibakat Mentor, Erra kata nak cari protege yang cukup pakej kan?. Saya ditugaskan oleh penerbit utk tanya soalan ni pada Erra Ahad lepas. Saya tahu soalan tu agak sensitif, sebab tu saya susun ayat yang betul.


Sila layari website tonton.com.my dan tonton semula rakaman Mentor siaran Ahad lepas. Soalan saya berbunyi begini "Erra kata nak cari protege yang ada pakej. Pakej tu merangkumi berbakat dan cantik. Protege Erra BUKAN TAK CANTIK, tapi kalau bandingkan dengan 2 yang lain tu dia kurang sikit. Macammana tu?".

Sila kaji ayat itu. Saya langsung tak kata dia tak cantik. Dah jelas kat ayat saya tu yang dia 'BUKAN TAK CANTIK', maksudnya dia pun cantik jugak. Contoh ayat yang kasar atau biadap tu macam ayat 'awak tak cantik' atau 'awak busuk' atau 'awak hodoh' atau seumpamanya. Saya langsung tak cakap ayat macam tu!.

Saya harap sdra tak ikut terpengaruh dengan beberapa orang yang salah tafsir pada soalan saya tu atau terlalu fanatik meminati org itu lalu sdra pun ikut sama beremosi pada yang tak tepat. Ini akan menjejaskan tingkah laku profesional sdra sendiri.


Hensem?. He he, sejak dulu saya lebih bangga jadi orang yang tak hensem. Nak kontrol hensem ni sakit kepala bro, sebab tu saya lebih pilih muka rock!. Sempoi je. Saya memang tak se'hensem' sdra.


Pesanan saya utk sdra pula, seeloknya mulakanlah apa saja interaksi dengan memberi salam. Seperti yang sdra sendiri kata ' Tonjolkan la sifat dan tingkah laku profesional'. Jika sdra memberi salam, bukan sahaja menonjolkan sifat dan tingkahlaku profesional sdra malah tingkahlaku mulia juga.


Saya sedia terima apa saja komen positif atau negatif, tapi perlu bersopan. Ayat amarah, berbahasa kesat atau maki hamun memang saya langsung tak layan & akan delete tanpa baca terus.


Terjah tetap terjah. Yeah!

Wasalam


(Berikut ni pulak antara komen yang Nas terima dari seorang bernama cik bunga@irasmawar yang hantar kat twitter Nas) :


Soalan tak pro dan tak cerdik, pendek kata soalan bodoh dari wartawan yang dah banyak pengalaman. Harap dapat muhasabah diri anda. Thumbs down. At least u think before u ask la. 1 Malaysia kot tengok & dengar u kata tak cantik bla bla....sangat uncool okay?.


I dah mula minat Salma.


(Jawapan Nas) :


Tiap segmen belakang pentas yang Nas kendalikan tu masanya cuma 1 minit je tiap satu. Dalam masa cuma 1 minit tu mana le sempat nak bersoaljawab persoalan besar, bernas atau soalan berbentuk ilmiah atau heavy talk?. Yang sempat cuma tanya soalan sensasi dan ringkas je yg tak perlukan jawapan sehabis kukuh dan lengkap. Memang pun tujuan segmen terjah kat belakang pentas tu untuk mensensasikan keadaan, supaya program tu tak jadi hambar.


Soalan yang heavy sebenarnya sesuai untuk program berbentuk bualbicara / talk show yang durasinya antara 30 minit hingga lebih 1 jam, contohnya program Soal Jawab ke, MHI ke, atau seumpamanya, bukan program macam Mentor.


Bila Nas kaji balik komen dari cik bunga@irasmawar ni terserlah komen dia tu sebenarnya lebih terpengaruh pada minat dia yang mula fanatik pada Salma, komen tu bukan berpaksi pada hakikat sebenar. Tu yang sampai bila Nas jentik sikit protege kesayangan dia tu.....wah, dia siap protect semula dengan kata Nas kasi soalan bodoh la, tak pro la, suruh Nas muhasabah lah, macam-macam kan?.

Orait....apa-apa pun, sekali lagi Nas ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda menonton dan meminati Mentor. Tugas utama Nas kat Mentor ialah menerjah dan mensensasikan backstage, so bila tetiba ramai yang melenting kat Nas sebab tersalah tafsir pada ayat Nas tu secara tak langsung bermakna tugas Nas berjaya. Nas tetap berpegang pada hakikat dalam bidang ni bad publicity is a good publicity. Terjah tetap terjah, yeah!.



1 comment: