Penaja :

Sunday 20 February 2011

LISA SURIHANI & LIYANA JASMEY JADI WARTAWAN GALAKSI!!

Ketika Anugerah Sri Angkasa sedang berlangsung kat PWTC, Aimie - wartawan Galaksi sempat interbiu Lisa Surihani kat luar dewan. Wartawan Adeed pulak rakamkan interbiu itu. Tetiba kawan baik Lisa - pelakon Liyana Jasmey yang kebetulan ada kat situ jugak mintak kamera kat Adeed dan dia terus rakamkan interbiu tu. Wahhh!!. Bila Aimie bagi soalan sensasi kat Lisa, Liyana tergelak sambil terus rakam.

Habis interbiu Lisa tu, Aimie pergi kat Liyana pulak. Kali ni giliran Liyana pulak kena interbiu. Tau apa jadi?. Masa interbiu tu Lisa pulak ambik kamera kat Adeed dan dia pulak rakamkan interbiu tu. He he. Bila Liyana pulak kena jawab soalan panas, Lisa pulak gelakkan dia sambil terus rakam.

Masa ni le tetiba orang ramai yang ada kat kawasan tu jadi gempak dan datang berkerumun kat situ. Semua nak tau apa yang berlaku. Ramai jugak peminat yang ambik kesempatan rakam guna handfon masing-masing.

Habis interbiu tu, Nas terus terjah Lisa & Liyana dan tanya sejak bila pulak Nas ambik diaorang jadi wartawan Galaksi ni?. Diaorang gelak je. He he!.

Orait, nak tengok camna gelagat spontan 2 artis ni dan apa soalan panas yang diaorang kena jawab tu?.

Tengok Galaksi hari Jumaat nanti jam 9 malam kat TV9.
Liyana Jasmey tekun rakam Lisa Surihani kena interbiu soalan panas.

Lisa Surihani tergelak rakam Liyana Jasmey kena jawab soalan panas!

1 comment: