Suatu ketika dulu lebih 15 tahun yang lepas Nas pernah terpaksa kena tidur kat tepi jalan kat Singapura. Ini lah tempatnya!.
Nak tau kenapa sampai terpaksa kena tidur kat tepi jalan tu?
Masa tu Nas bertugas sebagai wartawan majalah URTV kat JB. Tugas hari tu ialah buat liputan konsert rock kat Pulau Sentosa, Singapura. Nas pergi dengan jurukamera Jeffri Iran (sekarang jurugambar Utusan Melayu).
Dari JB kami gi sana naik motor kapcai je, maklum masa tu cuma tu je kenderaan yang mampu Nas pakai.
Konsert tamat jam 11 malam. Lepas konsert tu kami sibuk interbiu semua artis terlibat. Gitu gini dah cecah jam 12 lebih barulah kami tunggang motor semula nak balik JB.
Nasib kurang baik.....tetiba dalam perjalanan tu.......tayar motor pancit!.
Dah jam 1 pagi maaaana le ada worksyop motor yang buka lagi kan?. Jadi, nak tak nak terpaksa le tolak motor tu.
Jauh beb!....nak ke JB tu lebih kurang 1 jam perjalanan lagi, tapi bila kena tolak motor tu berapa jam pulak nak sampainya?.
Habis baju dan seluar semua basah lencun bermandi peluh macam tikus jatuh longkang. Tolak terus terus dengan keadaan permukaan jalan berbukit-bukit. Antara Nas dan Jeffri kami berganti-ganti tolak motor tu.
Lebih kurang jam 2.30 pagi......letih nauzubillah dah!. Kami tak tahan. Kami parking motor tepi jalanraya ni dan terbaring kat situ jugak. Tak lama lepas tu kami tertidur kat situ gak sampailah jam 4 pagi!.
Adusss....perit!.
Nak tau apa jadi seterusnya?....
Nas ada ceritakan semuanya kat buku yang Nas tulis iaitu buku bertajuk 'TERJAH!! NAS AHMAD' terbitan Alaf 21. Buku ni ada kat kedai buku atau pesan terus kat Alaf 21..
5 comments:
wow.. menariknya cerita abg Nas ni.. nasib la lelaki. kalo sy, dh nangis kot kt tepi jalan tu.. scary.. huhu~
mcmana nk beli?kat kedai buku ada?mcm best je..
Yes Nurul, memang rasa macam nak menangis masa tu. He he. Tapi...control!. Yeah!
Yes Norasiah, setahu I kat kebanyakan kedai buku dah habis dah, tapi masih ada gak sebilangan kedai yang masih ada stok, terutama kat rangkaian kedai Popular Book Store.
Nak senang contact terus penerbitnya Alaf 21. Layari www.alaf21.com.my. Boleh berlanggan online kat situ gak.
Sdr nas...seb baik keta masa zaman tu tak bayk kot..kalu sekarang...lori beso lepak tepi jalan pun kena gelek...
Post a Comment