Penaja :

Wednesday, 29 December 2010

MEMORI SINGAPURA

Tak sedar dah 4 tahun tak gi Singapura!.



26 - 28hb Dis '10 yg lepas Nas gi sana untuk liputan pelancaran DVD dan album filem lama indonesia 'Akhir Sebuah Impian'. Thanks to Life Rekod yg taja kami ke sini.


Wahh...acara yg berlangsung kat Singapore Expo dan sebuah restoren terkemuka tu meriah!. Raaamai artis lama Singapura join sama.


Sambil tu, Nas dan geng wartawan dari media lain sempat ronda Singapura. Ni antara gambar-gambar kenangan kat sana.



Eh orang Singapura mana-mana yg kita sempat jumpa & sempat bergambar sama tu nanti tag gambar tu kat Nas ye. Kita share sama-sama. Yeah!


Arab Street Singapura dah berubah wajah tapi tetap kekal ciri tradisinya. Wow....rasa tak puas datang sini kejap je. harap dapat datang lagi nanti-nanti.
 
Nak gi Jalan Ampas ke?. Kat situ le tapak studio filem Melayu lama zaman P.Ramlee dulu.

ingat lagi filem Madu 3?....ingat lagi adegan P.Ramlee nak terjun sungai sebab kena rembat dengan 3 madu-madu dia tu?.


Ini le jambatan sungai tu. Jambatan tu dulunya kayu, tapi skrg dah jadi jambatan batu dah.


nas sempat bergambar dengan bloggers popular - Budiey kat situ.

  
Kat sungai ni le adegan P.Ramlee terjun tapi airnya cetek je!



Kami tak dpt kebenaran masuk ke dalam bekas studio lama. Kat depan pintu masuk studio lama tu ada tugu ni.


Gambar dan sikit info kat tugu tu.




Tiap kali datang Singapura Nas mesti nak pekena murtabak kat Restoren Zam-Zam!. Siap bungkus nak bawak balik Malaysia lagi tu!.


Rekabentuk bangunan kedai sekitar Restoren Zam-Zam tu kekal unik!



He he...lepas makan & tapau murtabak, sempat bergambar dengan Adam Salleh (Editor / Wartawan Harian Metro - anak arwah pengarah filem Salleh Ghani)

Halil Chik artis popular 70an!


Kat Singapore Expo sempat bergambar dengan ramai warga Singapura, antaranya.......yg berkerusi roda ni. Happy dapat jumpadan bergambar sama!.


Pelakon dan penyanyi dakwah dari Indonesia - Sharul Gunawan kebetulan ada kat Singapura jugak. Kami sempat bergambar kat depan hotel.

1 comment:

Opal Scoctoberry said...

bertuahnya dapat pergi kat Singapura, ditaja pulak tu, hehe. Nanti besar bolehlah pergi, tak pernah lg pergi kat sana. Harap2 lah boleh. Owh, rupa2 nya P. Ramlee berlakon kat Singapura rupanya dlm filem Madu Tiga. Still dalam kenangan :)