Penaja :

Saturday, 26 June 2010

Debaran Mentor!


Baru habis meeting dengan Ally Iskandar & penerbit 'Mentor 4'......Sufian Isa.

Eh meeting pasal apa aa?.

Pasal Mentor besok (Ahad 27hb Jun '10) le, apa lagi kan?.

Alamak...baru meeting je tapi dah terasa debarannya dah. Dab dub dab dub....

....yes, Mentor Ahad ni anda semua bakal menyaksikan bukan SATU tapi....DUA orang protege (dengan mentornya sekali) akan tersingkir....terkeluar dari pentas Mentor!!. Aarrgghhh!.

Kami jadi berdebar sebab peserta yang tinggal cuma 4 orang je dan 4 orang tu semua yang terbaik!. Mohd dgn Mentornya Ziana Zain, Ila yang bermentorkan Joe Flitzow, Adi anak didik Dayang Nurfaezah, dan sorang lagi Nani yang bergurukan Azmeer, semuanya ada kekuatan tersendiri. Kalau le salah seorang tu tersingkir dah tentu menghampakan banyak pihak, bukan aja peminat / penonton, tapi kami dalam unit produksi Mentor 4 tu sendiri terasa frust nya.

Sebenarnya kami dah terasa frust sejak Shaq tersingkir dulu lagi. Nas akui bakat Shaq hebat. Vokal nya, gaya persembahan dia, tambahan bermentorkan Mas Idayu pulak lagi (yang dah terbukti pernah melahirkan seorang Juara - Black dalam Mentor 3 tahun lepas)....... Shaq ada potensi untuk berjaya malah merampas trofi juara tahun ni. Tapi apakan daya......tetiba dia terkena sakit tekak (vokal chord) le pulak!.

Sakit vocal chord yang dia alami tu punca dari kekerapan menyanyi / latihan vokal yang intensif tiap hari dan secara mendadak. Maklum le dulu-dulu si Shaq tu menyanyi sekali-sekala je kan kat rumah atau kat mana-mana, tetiba bila masuk pertandingan, dah kena intensif!.

Dengar khabar doktor dah nasihatkan dia tak menyanyi dalam tempoh 6 bulan, kalau tidak...akan jadi makin parah dan berkemungkinan boleh jadi sampai tak bersuara lagi dah. Tapi nak buat macam mana, pertandingan dah bermula!. Mas Idayu sendiri dah usahakan macam-macam cara lain termasuk amalkan ubat kampung. Shaq sendiri pernah bagitau Nas bapa dia siap kirim ramuan tradisional / sejenis daun tumbuhan kampung untuk ikhtiar settle kan problem ni, tapi....tak menjadi jugak.

Bila Shaq tersingkir, bagi Nas dia bukan berundur dalam keadaan yang memalukan, tapi sebaliknya dalam keadaan terhormat!. Dia dah berusaha sebaiknya tapi ternyata rezeki belum menyebelahi dia. Apa pun, Nas sendiri yakin Shaq akan muncul suatu hari nanti bila sudah cukup bersedia untuk tampil sebagai salah seorang penyanyi terbaik kita. Yeah!.
Rentetan seterusnya kita menyaksikan protege Mus (May) iaitu Ayim pulak terkeluar. Secara peribadi Nas sangkakan Nani (protege Azmeer) yang akan terima nasib malang seterusnya lepas Shaq. Kenapa?. Sebab tak ramai yang tau Nani pun sebenarnya mengalami sakit yang sama jugak macam Shaq, cuma dia dan mentornya Azmeer tak hebuhkan keadaan ni, kira 'buat bodoh' je la dan teruskan 'perjuangan'. Syukur setakat sekarang ni keadaandiaorang 'under control'.

Bagi Nas, Ayim seorang rockers yang baik. Makin lama di bawah didikan otai rocker (Mus) makin menyerlah potensinya. Terus terang, Nas tak sangka Ayim akan terpaksa beredar sebegitu awal. Malangnya, rezeki dia jugak belum sampai untuk menjulang trofi Mentor tahun ni. 

To Ayim...u ada rupa, ada suara, ada bakat & potensi. Nas pun yakin u boleh muncul sebagai seorang rockers hebat kita suatu hari nanti kalau u sendiri sanggup teruskan. Jangan biarkan kekecewaan ini melenyapkan semangat asal u tampil sebagai antara penyanyi terbaik kat persada seni kita. Go Ayim!...go!.

Tepatlah apa yang Nas dengar dari komen ramai penonton....protege Mentor 4 semuanya hebat!. Cuma nasib yang akan menentukan nanti siapa yang terhebat diantara yang hebat tu semua...yeah!.

Untuk Ahad ni....27hb Jun.....jam 9 malam kat TV3....walau pun belum sampai final, tapi debarannya deras dan hebat jugak!. Bayangkan kalau Nas yang cuma co-host, Ally Iskandar host utama, Sufian penerbit dan wargakerja Mentor dah dapat rasa debaran ni, apatah lagi semua protege & mentor nya kan?..laaaagi le kencang debaran tu dalam dada diaorang!. Aarrgghh!..... Dalam siaran langsung macam tu, apa kemungkinan pun boleh berlaku. Sabar aje le.

Jom...berikan sokongan pada protege pilihan anda....naikkan semangat diaorang untuk buktikan yang terbaik Ahad ni, di....di mana?..........

........yes, di Mentor 4. Yeeeaaaah!.  

No comments: