Penaja :

Monday 3 May 2010

Konsert Double Trouble hebat!

Mana pergi syarikat gergasi yang pernah taja konsert artis luar?....
...mana pergi mereka-mereka yang pernah kata konsert artis tempatan terutama artis otai dah tak laku?.....
....mana?.....mana?.
I harap sangat diaorang tu semua turun padang tengok sendiri konsert Double Trouble Search & Wings kat Bukit Kiara Sabtu 1hb Mei lepas. Itu bukti jelas konsert artis kita tetap boleh penuhkan stadium!... Ooppss!...bukan tu aja.......bukti jelas artis kita tetap hebat!. Bayangkan kalau dah lebih 20 ribu penonton dari semua generasi datang menonton, dengan keadaan laluan jalan masuk ke kawasan tu dah penuh sesak sejak jam 4 petang, apa lagi bukti kehebatan yang ada selain ni?.
I tabik hormat kat penganjur konsert Double Trouble ni. Walau sampai ke saat-saat akhir konsert ni tetap tak dapat mana-mana syarikat besar sudi nak taja, tapi konsert ni tetap on, tetap berjalan lancar dan.....paling membanggakan ialah SUKSES!. Bukan mudah tu....perit amat sangat bila terpaksa tempuh dan tanggung semua kos yang berjumlah berpuluh ribu ringgit tanpa bantuan untuk nak jayakan konsert ni.
Frust bila kita dengar cerita sebelum ni konsert kumpulan artis seberang yang namanya baru je nak berputik, baru muncul dengan 1 album atau 1 lagu popular, tapi dapat penajaan yang besar!. sedangkan Konsert Double Trouble seolah dipandang sebelah mata.
I nak tabik hormat gak kat beberapa syarikat kecik kita. Setidaknya diaorang tu sudi taja apa yang diaorang mampu taja. Ada yang taja pakaian, taja minuman, taja sistem teknikal sikit-sikit ke, ada le beberapa kerat lagi. Walau penajaan tu kecik tapi sumbangan tu besar untuk sokong dan pastikan artis dan persada seni tempatan kita terus maju. Yeah!.
Camna dengan konsert tu pulak, Search & Wings tu masih berupaya nak rockin' sehebat dulu-dulu tu ke?.
Terus terang sebelum konsert ni berlangsung, I sendiri pun macam rasa tak yakin. I terfikir faktor usia yang masing-masing dah meningkat mungkin mengganggu keunggulan mutu persembahan semua anggota kumpulan ni. I terfikir prestasi vokal Amy & Awie masih boleh ke menjerit selantang dulu?...ataukah diaorang berdua terpaksa ambik jalan selamat dengan cara tukar key nyanyian jadi rendah yang dah tentunya nanti akan jejaskan sikit kehebatan diaorang?. I terfikir juga tak ke nanti antara Amy atau Awie akan ada yang terlupa lirik...maklum banyak antara lagu-lagu popular diaorang tu dah berusia puluh tahun!.
Sejak persembahan pertama....lagu 'Gemuruh' bergema dari gabungan Search & Wings....sampai le lagu terakhir kat konsert ni...wow!...semua kerisauan tu langsung terpadam. Lagu demi lagu yang kedua kumpulan rock gergasi tanahair ni bawakan bagaikan langsung takda cacat nya.
Ntah apa petua yang Amy & Awie amalkan, sampaikan vokal mereka langsung tak berubah macam dulu-dulu. Gaya persembahan pulak mulanya nampak tak beraksi langsung (cuma sekadar nyanyi pegang mic aja) tapi sejak pertengahan sampai ke sudah....fuyoo!....lincah & bertenaga sehebat dulu!.
Segmen perang gitar antara 3 gitaris tersohor iaitu Joe (Wings), Kid & Nordin (Search) pun bukan suatu persembahan kosong yang cuma untuk beri ruang pada anggota yang lain berehat kat belakang pentas. Petikan gitar masing-masing terbukti berkesan memukau perhatian penonton walau tanpa vokal. Cam tu jugak segmen perang drum antara Black (Wings) & Yazid (Search). Dentuman demi dentuman yang kedengaran menggegarkan seluruh arena dari hentakan tangan kedua-dua drummer lagenda ni bukannya calang-calang. Terbukti kekuatan Search & Wings bukan semata-mata tertumpu kat kekuatan vokal Amy & Awie tapi pada kombinasi setiap anggota kumpulan!.
Dah tentu tak selesa kalau menonton konsert sehebat ni sambil duduk!. Memang tak puas hati & tak kena gaya!. Sebab tu sepanjang konsert berlangsung ramai yang berdiri ikut sama nyanyi dan menari. Suasana kat arena tu dah jadi macam karaoke besar-besaran....bergema dengan nyanyian beramai lagu-lagu klasik rock popular antaranya Isabella, Sejati, Ruzanna, Jaket Biru dan baaanyak lagi.
I rasa sikit terkilan sebab lagu paling I minat takda kat konsert Double Trouble ni. Untuk Wings, I paling minat lagu Bazooka Penaka dan Bernafas Dalam Lumpur, dan untuk Search pulak I paling minat lagu Gadis Misteri, Pawana dan Fenomena. Walau frust, tapi i tau suatu hari nanti lagu-lagu ni akan berkumandang juga kat konsert Double Trouble yang selanjutnya nanti.
Bila?.......
.......kat mana?.
Belum pasti. Dengarnya bulan Jun nanti kat JB pulak. So....keep on rockin'. Yeah!

14 comments:

Miss Nurul said...

Salam,

walaupun xberkesempatan utk tgk.. tp dpt rasa auranya.. mcm best. n mmg terbukti best pun kan.(org ckp la kan.. hihihi)..

Feeza Mior @ Eteqcute said...

biasalah abg. mana syarikat besar nak taja2 artis local.tak mendatangkan impak langsung bg dorang.

ssh kalau suma company besar ada mentaliti mcmtuh.
ssh jgk kalau suma nk support artis luar saja.
kesian artis local kita.

tak dapat pg sbb tak da bujet.. hehe

mimie mohd sam said...

Yeay! love this post ~~

Anonymous said...

fuhyooo..ramainyer org..

Anonymous said...

tak payah la nak tunggu org taja je bro..
yg penting material untuk show tu bagus, mesti boleh jual punya. lagipun inilah masanya com. lain utk tunjukkan nama dorg.

dorang ada skrin kat monitor bawah tu.mmg la lancar je lirik tu.tak aci betul..

karaoke besar2an..he he
aku tgk kau & geng layan abis kat tmpat duduk yg tak kena duduk tu..

bukti rock melayu tak mati!!!

Anonymous said...

KDT ni menunjukkan Search n Wings band yg punya daya tarikan yg tinggi...sampaikan ada yg first time gi konsert dah jatuh cinta ngan Rock n Roll...

ZAM HARRIS said...

satu komen yg baik dari BRO NAS....caya la...teringat masa ruangan ROCKIN kt URTV dulu...memang best bro punya komen pasal ROCK nie....pasal konsert DT tu diharap lepas nie semua penaja BESAR akan buka mata bukan pekakkan telinga...klu dah 20 ribu fans..apa lagi nk dikata...rock on...

NAS AHMAD said...

Miss Nurul& Feez : Tak sempat tengok aa?. Setahu I ada rakaman videonya. Maybe ada jual nanti.

Anonymous :Skrin monitor besar yg tulis lirik tu orait bro, sebab konsert artis international pun ada cam tu (terutama artis veteran sana).Sbb tu show diaorg lancar je...takda problem artis lupa lirik. Tapi kalau artis kita buat cam tu org sangka tak aci le pulak. He he.

Yes bro, tengok konsert cam tu mana syok duduk diam je?...kena bangun & rockin sama...baru feel. Yeah!

NAS AHMAD said...

Wow Zam!.....u masih ingat ke tulisan I kat URTV dulu tu?. Dah laaama tu!. Respek la lu. Yeah.

Anonymous said...

betul ke org kata...

masa2 muda2..buatlah apa yg kita nk buat. then bila dh tua..barulah bertaubat. gi haji..umrah. hmm... zaman skrg ni..mcm ramai org berpegang pada ni.

apapun, DT2 ni mmg la best pun. dari dulu sampai skrg. cuma lg manis kalau golongan2 mcm diorg ni jadi contoh yang baik & bantu masyarakat, muda mudi khususnya.

yela...dah jadi public figure kan.. for sure apa je yg dibuat..jadik ikutan. doesnt mean, diorg ni x ok. mmg ok. just lg baik kalau do smthing yg blh menjadi ikutan ramai. (yg +ve la kan)

sbb kebiasaanya apa yg 'superstar' buat...itulah yg jadik trend pd masa tu.

sekadar pandangan. hope x menimbulkan 'smthing'. sharing is caring, right?? :)

ajie said...

KDT ni mmg paling mantapla...tak puas rasanya nak tgok....

mmg byk lagu best2 diorg tak bwk...tp nak cakp camner....diorg ada beratus lagu best...mau mkn hari kalo nak bwk...heheh

mmg ada sikt2 error...tang awie lupa lirik..tp biasa la..lagu lama...mana nak ingat sgt...but still ok...kitorg terhibur...

Kalo JB...confirm jd KDT ni...mmg akan pergila...
tak sabo nak tunggu ..JB - Rock n Roll City

Konsert Mega Ungu vs Konsert Sangat MEGAH Double Trouble...Search & Wings, TAPAU habis..

tabik untuk 2 legenda ni....Salam

Anonymous said...

Salam bro,

2 Nas Ahmad, Thanx 4 your support

From : Zig Zag Rock Station

Anonymous said...

confirmed

KONSERT DOUBLE TROUBLE AKAN KE JB

5 JUN 2010
STADIUM LARKIN

JOM RAMAI2 GEGARKAN JAY BEE!!!

sg besar sohai kia said...

bro kami budak sabah mau kan Konsert Double Trouble Search&wings di sabah kota kinabalu sabah...stadium likas sabah..pls abg nas war2 kan permintaan nie.....baru2 nie Konsert Double Trouble Search&wings dibuat di tawau sabah..tawau kota kinabalu 9 jam perjalanan...kenapa tdak di buat di kota kinabalu sabah....kami mau kan Konsert Double Trouble Search&wings di buat kota kinabalu sabah tolong merayu nie war2 kan permintaan nie bro......abg nas tolong tiada tempat mau mengadu nie....pls pls...permintaan peminat di sabah