Penaja :

Friday 23 April 2010

LAWAK!


MANA SELUAR?.

Yang ni cerita benar....

Kejadian ni berlaku dah laaaama dulu masa I baru habis zaman sekolah & belum kerja wartawan......baru kerja sementara kat kampung (JB).

Hari tu dapat gaji pertama, so balik kerja I terus gi shopping centre KOMTAR yang popular kat tengah bandar JB tu. Ada sale!!!.....ngam le tu!. Planning dari awal memang nak beli seluar jeans, dapat dua tiga pasang mana yang berkenan tu orait le kan.

Sampai KOMTAR I terus tuju kat tingkat 2 kat bahagian jeans. Yes, memang banyak pilihan. Nak yg warna coklat, hitam, semua ada, yang biru laaaagi le berlambak-lambak kan?. Pilih punya pilih, usha punya usha, belek punya belek.....penghabisnya daaapat le satu yang I berkenan. Lagi dua nanti cari kat kedai lain pulak le sebab tengokkan fesyen kat situ lebih kurang samaaaa je.

I capai jeans yang I berkenan tu, menjinjitnya berjalan tuju ke bilik persalinan (fitting room) untuk nak cuba pakai ngam tak ngam. Masuk bilik persalinan tu, I terus kunci dari dalam. Apa lagi?...terus bukak seluar asal yang I sedang pakai tu & gantung kat penyidai yang memang ada melekat kat dinding.

Terfikir jugak....eh, ada orang nampak tak ni?. Maaana le tau kalau-kalau kat bilik persalinan tu ada dinding yg bocor ke, atau ada kamera tersembunyi ke, kecuh le nantinya kan?. Kat luar tu dah tentu ramai anak dara cun-cun yang kerja jadi jurujual kat KOMTAR tu.

Dah check rata dah....line clear!.....takda dinding bocor & takda kamera. So I pun 'teruskan perjuangan'......pakai seluar baru tu.....pasang zip, pasang butang, dan......wow....hebat!...cantik jeans tu!. Poketnya stylo, jahitannya kemas. Confirm!!...I berkenan. Dah tentu I nak sambar. Harganya pun bila dah sale tu jadi le lebih murah walaupun branded.

Okay....CONFIRM!. So I pun bukak semula butang, tarik semula zipnya ke bawah dan lucutkan terus seluar tu. Rasa happy gak le dapat sambar satu jeans yang I berkenan petang tu.

I keluar dari bilik persalinan tu sambil menjinjit seluar baru berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Boleh tahan jauh jugak le lebih kurang 30 langkah berjalan. Sepanjang berjalan ke kaunter tu terperasan jugak le macam beberapa orang memerhatikan I, tapi....ahhh malas nak pedulikan sesiapa. I pun bukan ada masa lama sangat shopping tu.

Setiba kat kaunter pembayaran, tetiba awek yang kerja mengira kat dalam kaunter tu terkejut besar!. Dia berpaling kat kawan dia....kawan dia pun pandang I lalu ketawa besar.

Haaa? kenapa ni?.....I tertanya dalam hati & panik yang amat sesangat tengokkan gelagat awek berdua tu.

Salah sorang dari awek tu menegur "tak pakai seluar ke?"

Haaa?!!!!!!....I terkejut besar. I pandang ke bawah. Memang sah!...I tak pakai seluar pun. Yang ada cuma seluar dalam biru jenama Crocodile je tersarung kat tubuh.

Aarrrggghhh!!!....patut pun rasa sejuk semacam je.

Kecuh..kelam kabut I lari semula tuju ke fitting room tadi. Sah!....lepas bukak seluar baru yang I cuba pakai tu tadi I dah terlupa nak sarung balik seluar asal. Seluar asal tu masih ada punya le bagus tergantung kat penyidai kat dalam bilik persalinan tu!.

Tanpa lengah lagi I terus kelam kabut masuk bilik tu semula, tutup pintu sehabis rapat, capai semula seluar asal yang dok tergantung hensem dari tadi kat penyidai tu dan sarungkan semula.

Siap!.

Tapi......masalah lain pulak timbul!. Nak keluar dari bilik persalinan tu pulak dah suatu yang menyiksakan!. Apa taknya, dari dalam bilik tu I dengar bunyi ramai orang ketawa. Ada antaranya yang ketawa besar tak hingat!. Kalau le I keluar jam tu, dah tentu ramai mata yang akan memandang.

Adusss!!.....I serba salah nak keluar. Dekat 10 minit jugak le I 'bertapa' kat bilik persalinan tu. Tapi lama kelamaan tak tahan panas...berpeluh-peluh berkurung kat dalam tu. I terus nekad...keluar dan terus balik!...tak jadi nak beli pun.

Bayangkan apa perasaan anda kalau berlaku macam ni?. Orang ramai pulak tu kat situ dan kebanyakannya awek pulak tu!. Fuhh!!!!....tak tau apa nak cakap lagi dah. Sejak hari tu...I rasa lebih 2 tahun I tak jejakkan kaki kat KOMTAR tu lagi. Sanggup kalau nak shopping gi kat tempat lain walau jauh. Malu beb...malu!.

Sekarang ni terbayang pulak...nasib baik jugak le masa kejadian tu berlaku dulu I belum dikenali ramai. Nas Ahmad belum aktif & popular lagi masa tu. Bayangkan le kalau perkara tu berlaku sekarang!!...tak ke lagi le haru tu!. Silap-silap besok keluar kat suratkhabar!. Uhhhh!

The moral of the story : Apa-apa hal pun...calm down. keep it cool. Jangan kelam kabut. Walau masa tak panjang pun tapi bertenang le, sebab kalau kelam kabut nanti memang akan lebih kelam kabut jadinya. Yeah!

10 comments:

khylla said...

hahahahah~~
bikin kecoh btl la abg nas ni~~
kakakaka~~
saye sbgai owg jb~~
same like u~~
turut tumpang ketawe bace kisah ini~~
hahahahahaha..
peace

NAS AHMAD said...

Khylia org JB gak ye?. He he. Skrg ni kan tiap kali I lalu depan KOMTAR mesti tersenyum sendiri.

suzzsuzie said...

hahaha.....ni kes excited gila la ni...mesti sales girl kt komtar tu ingt smpai sekarang...esp abg nas ni dh femes satu malaya.......jd model seluar dalam crocodile la sekejap ye.....hehe (senyum lg ni...)

NAS AHMAD said...

Owww no no no no....I tak nak jadi model seluar dalam!. Buat pakai sendiri je dah le.

Fruityna said...

haha... memang kelakar... xsangka plak btul2 jadik kat abg nas ahmad. igt td saje nak wta gempak... um yg lain sila jadikan pengajaran.. hehe

judinxe said...

mesti awek2 cashier yg gelak besar dulu tu ada trbaca story ni... dan baru la derang kenal yg derang gelakkan dulu adalah bro nas 'terjah'... :)

little lizzy said...

Hye abg nas...lawak la cite ni. Boleh bikin terjah ni. hehehe.. do check my blog as well abg nas. http://www.rashlyzz.blogspot.com

NAS AHMAD said...

deep in me : he he..jadikan PENGAJARAN ye?. Orait le, harap lepas ni tak berlaku kat org lain ye.
judinxe :harap awek-awek tu terlupa / tak cam muka I masa tu. tak kenal terus laaaagi le afdal.
little lizzy : orait lizzy, dah follow u dah.

anita abu said...

abg nas...i rasa msti abg nas takleh lupa pengalaman ni sampai bila2....nasib baik ada seluar dlm biru crocodile tu...klau tak..i rasa smua tunggu depan pintu..tunggu abg nas kluar...hahaha..tks for sharing yr experience...

NAS AHMAD said...

Haaaa.....silap-silap antara org yg tunggu depan pintu tu...ANITA ABU!!!. Aarrgghhh!. Jgn marah aa, usik-usik je.