Penaja :

Monday 31 October 2011

TANGISAN DATO SHAKE!

Apa yang menyentuh hati Dato Shake hingga mengalirkan airmata?. Saksikan eksklusif hanya di segmen TERJAH dalam GALAKSI Jumaat ini 4hb Nov '11 jam 9 mlm di TV9!! 

Tuesday 18 October 2011

MEMORI ISTANBUL, TURKI

Mula Nas dapat tugas buat liputan penggambaran filem 'Istanbul Aku Datang' dan sekaligus terjah eksklusif ke Istanbul Nas tak terasa apa-apa, sebab pada Nas ia lebih kurang saaama ja macam tugasan biasa kat Malaysia sini. Tapi pada Jumaat 7hb Okt '11 lepas bila pertama kali Nas jejakkan kaki kat negara Turki tu......wow!!!....cantiknya Istanbul!!....barulah terasa syoknya!.
Yes, Istanbul memang cantik dan banyak keunikan!.


Nas pergi dengan Jalena Rejab (Penerbit Eksekutif Grand Brilliance) dan anak dia Aiman. Selama 4 hari kat sana sambil bertugas buat liputan filem tu dan segmen Terjah utk siaran Galaksi (TV9) Melodi (TV3) dan Fuhh (TV3) kami sempat ronda sekitar tempat menarik kat sana. Walau lepak gak angkut kamera ke hulu ke hilir sepanjang 4 hari tu utk buat rakaman tapi kira okay laaa sebab bannnyak dapat pengalaman baru. Korang tengok aja lah sendiri cantik tak cantiknya Istanbul ni, ada baaanyak gambar Nas upload kat sini.
Nak tau lanjut pasal filem ni, boleh search / taip 'Istanbul Aku Datang' kat Facebook.
Nas memang lebih 'alive' kat tempat yg udara sejuk...dan sebab tu Istanbul antara tempat paling Nas kagum. Yeah!




















Ada baaanyak gambar lain yg best!. Search / taip 'nas ahmad terjah' kat facebook. Klik kat link ni :
http://www.facebook.com/#!/pages/Nas-Ahmad-Terjah/153037408112966
Enjoy!

Monday 17 October 2011

HANDFON BERTUAH!!

Haa jadi cerita ni bukan nak bodek Nokia lah ye, tapi nak cerita kejadian kurang asam yang betul-betul dah berlaku.

Biasalah 2 handfon Nas (Nokia dan Blackberry) memang sentiasa duduk dalam poket seluar. Tapi bulan lepas hp Nas yang ni terlupa nak keluarkan dari poket seluar, terus - terus je seluar tu Nas masuk dalam mesin basuh!.
Apa lagi...terendam dan berputarlah hp ni kat dalam mesin!. Tu yg tetiba Nas terdengar bunyi "kelentang kelentung kelentang kelentung!!" punya la kuat. Ingatkan rumah roboh ke apa ke kan, dah tergerak nak nyorok bawah meja ke selamatkan diri. Tapi terfikir pulak bunyi tu datang dari mesin basuh, apa hal pulak nak nyorok bawah meja kan?. 

Aarrgghh!!.....teringat hp Nas yg ni tak keluarkan dari poket seluar dan seluar tu tengah basuh kat mesin!!.

Kelam kabut Nas matikan semula mesin tu dan keluarkan hp ni. Basah lecun dan masuk air!.
Frust!...dah tentu hp ni dah takleh guna lagi dah. Nasib baik hp satu lagi yg blackberry masa tu tengah charge, kalau tak dengan itu sekali pun hanyut.

Nas terus bukak hp tu, keluarkan bateri, kad sim dan kad memorinya, lap sikit lebih kurang dengan tuala mandi dan tinggalkan semua tu atas meja bilik.
Nak tau apa jadi lepas tu?....

Malam tu Nas balik kerja, tergerak hati nak check hp tu. Nas masukkan semula bateri dan kad sim dan cuba on semula.

Terkejut!!......haa?!!....hp ni hidup!!!....dan masih boleh guna sampai sekarang ni ha!.

Tak tau la apa nak cakap.

Haa Nokia tolong jangan perasan ye. Cerita ni Nas bukan dapat apa pun kalau bodek Nokia pun kan? , tapi kalau pun hp ni bukan jenama Nokia sekalipun Nas tetap nak bercerita pasal ni kat sini' Kenapa?.... sebab....kagum pada ketahanan alat ni.
Bayangkan hp (alat elaktronik) dah masuk air 100% pun still boleh guna sampai skrg!.
Skrg ni bila duduk termenung fikirkan balik kejadian ni, terfikir jugak nasib baik lah tuannya tak 'masuk air' ye?.
Yeah!