Penaja :

Monday 26 September 2011

BUKAN PERKAHWINAN BIASA!

Perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza bagi Nas bukan sekadar sebuah perkahwinan biasa. Ia lebih dari itu. Ada pengorbanan di sebalik perkahwinan ini....terutamanya pengorbanan emosi. 

....pengorbanan emosi Abby Abadi sebagai seorang isteri yang kemudiannya putus ikatan isteri...pengorbanan emosi Norman Hakim yang tidak pernah menduga akhirnya akan melalui gerbang perkahwinan kali kedua....pengorbanan Memey yg tidak pernah termimpi suatu hari nanti jodohnya ialah bersama seorang suami orang....pengorbanan ibu bapa ke tiga-tiga pihak ini yg secara tak langsung terheret sama dengan perkara yang berlaku.....pengorbanan anak-anak Norman dan Abby yg tak pernah mengharapkan konflik ini dalam keluarga mereka....pengorbanan peminat ketiga-tiga pihak yg perlu bersikap lebih terbuka pada apa yg berlaku pada bintang kesayangan mereka ini....PENGORBANAN SEMUA!

Kurang wajar bagi yang begitu fanatik pada salah seorang dari mereka bertiga ini, lalu bersikap begitu emosional melemparkan amarah diiringi maki hamun dan cerca nista sepuashati mereka, sedangkan apa yang berlaku adalah kehendak tuhan. Siapa kita mahu mengutuk ketentuan yg maha Esa?. Apa rasanya jika ditakdirkan perkara yg sama berlaku pada anda, lalu anda dicemuh, dimaki, diumpat cerca segala bagai?

Komen, atau mengutarakan pendapat disertai dgn menghulurkan nasihat atas sesuatu isu yg berlaku itu tak salah, tapi melahirkannya dengan cara amarah dan maki hamun itu jelas lebih menunjukkan keburukan orang tersebut berbanding org yg di'serang'. 

Kerana semua pengorbanan ini, Nas secara peribadi ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kpd Norman dan Memey. Moga kekal bahagia selamanya, insyaALLAH.








Majlis pernikahan Norman Hakim dan Memey telah berlangsung dengan selamat pada Sabtu 24hb Sept '11 di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaruh Selatan 1. Norman turut membawa bersama 2 orang anaknya di majlis tersebut ketika beliau diakad nikahkan.

Difahamkan kehadiran kedua anak Norman adalah dengan keizinan dandan restu ibunya Abby Abadi.
Kedua mempelai tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan airmata sejurus pernikahan dengan hanya sekali lafas itu sempurna.
Majlis berlangsung dalam suasana meriah walau hujan seketika ketika awalnya.


Esoknya (Ahad 25hb) majlis persandingan pula berlangsung di lokasi sama.
Semoga Norman dan Memey kekal bahagia selamanya. 


Saksikan liputan khas majlis gemilang ini di GALAKSI pada hari Jumaat ini 30hb Sept '11 jam 9 malam di TV9.












Tuesday 20 September 2011

RAYA STAFF MEDIA PRIMA MERIAH!!

Hujan pada petang Rabu 14hb Sept lepas tak halang warga kerja Media Prima untuk gembira meraikan Hari Raya bersama. Suasana meriah tetap dirasakan bermula jam 12 tghari sampai 6 petang kat perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama.

Semua warga kerja Media Prima merangkumi staff TV3, NTV7, 8TV,TV9, Hot FM, Fly FM, dan banyak lagi dari semua jabatan enjoy beramai dengan tema tahun ni '1001 Arabian'. Wahhh bila dah nama temanya Arabian, tetiba raaamai la Mat Arab, Minah Arab, Pak Arab, Mak Arab segala bagai kat situ sampaikan ada yang susah nak kenal wajah asalnya (walhal sebelum ni kenal!).
Bukan setakat orang je, kawasan sekitar situ pun tetiba bertukar jadi perkampungan Arab daa.
Ada makan, ada game, ada cabutan nombor bertuah, ada persembahan pentas, macam-macam ada. Artis pun ramai!!...ada Ana Rafali, ada Forteen, V.I.P, Salma Mentor 5, Dato Siti Nurhaliza...raaaamai lagi.

Bos-bos kami semua teramatlah sporting petang tu. Dato Amrin, Dato Johan Jaafar dan segala bos yang ada semua kepala best hari tu, boleh gurau-gurau lagi!.
Hampir semua yang pakai baju Arab, tapi Nas tetap pakai baju Melayu. Ada yang sapa Nas "Weyy bro, napa tak pakai baju Arab?", Nas jawab "Haa kalau nak tau ini la baju Arab Malaysian!!!". Haaa ha ha ha!!!






















Thursday 8 September 2011

He he...ada orang tu bila Nas salam dan ucapkan 'Selamat Hari Raya, ampun maaf ZAHIR dan BATIN" kat dia, dia jawab "Zahir aja tau, BATIN takda".
Ishh apa pulak tak da?!. BATIN bukan maknanya 'yg gitu-gitu' je ye. Kalau maana la tau secara tak sengaja kita 'ter' marah seseorang dalam hati (tak luahkan pd mulut) pun kira BATIN jugak kan?. (BATIN sebab ia dari dalaman, bukan luaran). Yeah!

Apa pun Nas ambik kesempatan ni utk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan AMPUN MAAF ZAHIR dan BATIN kepada semua pembaca blog ni. Moga silaturahim kita kekal erat dan mesra serta kita terus sukses dalam bidang masing-masing.

Monday 5 September 2011

TERJAH di Radio Singapura (RIA 89.7 FM)!!

Sabtu lepas (3hb Sept) masa kat kampung (JB) Nas sempat dengar radio Ria 89.7 FM Singapura. Tetiba....wow!...rupanya stesen radio tu pun dah ada program TERJAH!.  Program tu di namakan TERJAH YG MENYERLAH. Dalam program tu DJ nya menerjah dan interbiu artis baru Singapura yang bakatnya ada potensi utk menyerlah.

Nas ambik kesempatan ni ucapkan ribuan terima kasih pada penerbit dan unit produksi program tu sebab secara tak langsung dah promote dan perkuatkan lagi brand TERJAH yang Nas cipta tu. Walau Nas tak terlibat dlm produksi program radio tu tapi Nas rasa ini satu promosi yang baik utk kukuhkan branding TERJAH.

Semua tau asalnya TERJAH tu Nas cipta cuma salah satu segmen dalam program Melodi, lepas tu Nas tulis buku novel + biografi TERJAH NAS AHMAD. Memandangkan sambutannya hebat, Nas buat pulak album TERJAH (CD kompilasi 20 lagu rock). Lepas tu TERJAH ditarik keluar dari salah satu segmen Melodi jadi satu program TV berasingan. Sekarang ni TERJAH Nas teruskan dalam program Galaksi tiap Jumaat di TV9 under judul N.A.S (Natijah Artis & Selebriti). 
Terbaru, TERJAH online la pulak!. TERJAH online akan siar kat web GAOL MEDIA.COM under nama TERJAH KIOK. He he...dinamakan TERJAH KIOK sebab ianya terjah versi kelakar!. Tunggu siarannya bila siap nanti!.  

TERJAH tetap TERJAH...utk suatu kepastian.