Penaja :

Friday 26 August 2011

SIAPA 'AIBKAN' SIAPA?. (Petikan dari wall Facebook Nas Ahmad)


Harlina Binti Ahya Ulumuddin

  • Terfikir dengan HUKUM KARMA ALLAH..Semua manusia mlakukan ksilapan. Mungkin Nas Ahmad x pernah lakukan kesilapan sbb tu dia x takut buka aib org...sbb dia xda aib yg Allah akan buka nanti kot..Tapi terfikirkah aib mak bapak, adik bradik dia.. anak branak dia org terjah plak..Makan x habis dikala itu.mana nak tutup muka..pastikah shingga mati org x buka aib Nas Ahmad langsung..? takut dbuka smasa tua/pencen...jam tu bmbang dludah org bila k surau/masjid...eee..takuuutt dgn karma Allah...Hentikanlah kerja mbuka aib org...Bimbang x berdaya trima takdir Allah nanti...
    Wednesday at 9:09pm ·Like        Unlike ·  4 people      Loading...







  • Norhidayu Hassan ‎






  • 2 kan da keje dia..dia buat keje 2 sebab dia da dibayar gaji..klu kite xnak taw cite 2 xyah tgk galaksi 2..
    Yesterday at 7:36am ·Like     Unlike







  • Harlina Binti Ahya Ulumuddin






  • Norhidayu Hassan: Kerja itu pilihan. Samalah dgn kerja pelacur...Dah keje cam gitu apa nak buat? so Halal x?Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.(Surah al-Hujurat, ayat 12)
    Yesterday at 10:55am ·Like         Unlike ·  3 people      Loading...













  • Nas Ahmad






  • Salam Harlina dan Qayyum. Terima kasih atas komen anda. Tugas wartawan ialah MELAPURKAN BERITA. Saya melapurkan apa saja berita mengenai artis dan persada seni kita, merangkumi berita gembira mereka, berita sedih,kejayaan,kemungkaran,malah segalanya dlm hitam putih kehidupan. Respon dari tugas saya ialah bila saya terjah dan melapurkan / mendedahkan mengenai artis dirundung malang, atau artis sakit dan perlu pembelaan, artis dianiaya atau ditipu, atau betapa seseorang artis itu berjaya dalam karier mereka, Harlina dan Qayyum langsung tak pernah dan tak minat utk beri komen membina diiringi ucapan tahniah atau seumpamanya utk saya, tapi bila saya laporkan yang sebaliknya mengenai artis terlibat dalam sesuatu yang tak elok, saya dipersalahkan. Saya dituduh mengaibkan orang, dituduh menjatuhkan air muka, dituduh kurang ajar dan sebagainya. Adakah ini wajar?.













  • Saya tak mintak dipuji atau disanjung kerana saya membantu secara ikhlas, tapi wajarkah anda berdua mencemuh saya begitu bila melaporkan sesuatu isu yang benar berlaku?. Adakah anda berdua mahu saya HANYA melaporkan berita yang baik sahaja mengenai artis sedangkan berita yang tak elok saya perlu sembunyikan?. Kalau begitu, dah tentu saya akan dituduh menipu masyarakat pulak (sebab melaporkan yang tak tepat & bersikap bias dlm karier saya!).













  • Bila saya melaporkan mengenai seseorang artis itu melakukan sesuatu yg tak elok, anda menganggap saya membuka aib artis itu bukan?. Fikirkan hakikatnya adakah saya yang mengaibkan mereka atau mereka yang mengaibkan diri mereka sendiri dengan melakukan perbuatan itu?. Saya dan semua wartawan lain cuma MELAPURkan!. Kalau lah artis tu melakukan perkara baik, dah tentu berita baik yang tersiar, kalau mereka mencapai kejayaan dlm karier, dah tentu berita kejayaan yang tersiar, begitu juga kalau mereka melakukan yang tak baik, dah tentu berita tak baik juga yang tersiar.Saya tegaskan lagi di sini tugas saya cuma melapurkan!.






  • Satu perkara lagi yang saya dapat amati dari komen anda di sini, anda berdua baru saja membaca sinopsis Galaksi yang saya siarkan di sini terus anda berdua mencemuh saya mengatakan saya mengaibkan orang, sedangkan anda berdua belum pun menonton bagaimana paparan itu nanti!!. Anda belum pun kaji bagaimana paparan saya mengenai isu itu, adakah benar saya paparkan dlm bentuk yang mengaibkan dia, ataukah saya paparkan dalam bentuk memberi peluang kpd dia utk membela diri dan menceritakan apa sebenarnya di sebelah pihak dia, ataukah saya paparkan dlm keadaan yang seadilnya, semua itu anda tolak ketepi. Anda berdua baca sinopsis Galaksi tu di sini dan terus bertindak komen menghentam, mencemuh saya dan seolah menjatuhkan hukuman kpd saya tanpa usul periksa dan sebelum mengetahui kedudukan perkara sebenar. Adakah tindakan anda berdua ini wajar?.













  • Dari komen anda berdua juga jelas menunjukkan anda beranggapan jika wartawan melaporkan mengenai sesuatu perkara tak elok yang seseorang itu lakukan, maka wartawan dipersalahkan kerana 'membuka aib' orang itu. Saya yakin ini bermakna anda berpendapat jika polis menangkap pencuri, anda berdua salahkan polis. Kenapa?...sebab dengan polis menangkap pencuri itu polis seolah dah 'mengaibkan' pencuri itu serta kaum keluarganya sekali. Macam tu juga bila hakim jatuhkan hukuman pada perogol, anda salahkan hakim itu sebab 'mengaibkan' perogol itu dan kaum keluarganya sekali. Sama jugalah bia wartawan seperti saya melapurkan mengenai seseorang melakukan kemungkaran atau perkara tak elok, wartawanlah yang dipersalahkan. Adilkah pendapat begitu?. Kenapa anda berfikiran begitu?.













  • Saya boleh bersabar jika saya dikutuk, dimarah, dicemuh, dan sebagainya, tetapi maaf ye saya tersentuh hati bila Harlina mengaitkan dengan mak dan bapak saya juga sedangkan mereka berdua sudah lama bersemadi di pusara!. Mengapa kaitkan mereka kalau pun marah pada saya?. Pernahkah saya menguris hati anda dalam seumur hidup anda sedangkan kita tak pernah kenal / bersua pun!.













  •  Takpalah.....siapalah saya utk menghalang anda. Terserah pada anda. Teruskanlah kalau itu yang membuat anda rasa bahgia. Bagi saya...terjah terus terjah...utk suatu kepastian...kerana cuma saya yg tahu apa nawaitu saya sebenar. Wassalam.







  • 13 hours ago ·Like       Unlike





  • Thursday 18 August 2011

    GALAKSIRAYA '11 kaw-kaw punya raya!!

    Siap dah!!...Galaksiraya 2011 dah siap dan dah hantar ke LPF utk kelulusan. Lepas tu nanti... dah ready utk kasi anda tengok dan....enjoy masa raya ke 4 nanti!. Yeah!

    Galaksiraya terbitan bersama Zaimie Anizah (Aimie) dan Nas Ahmad.Team Galaksi yg juga terdiri dari Siti Rohkhaida 'Rock Kiah propa', Noradillah 'Adeed', Norhazrah Hilme 'Cipot', Zulkifli Nordin semua terlibat sama utk pastikan yg the best!. Tak terkecuali semua krew yg terlibat gak.

    Alang-alang buat program khas raya tu kami buat kasi yg kaw-kaw punya!. Padat beb!. Ada suka, ada duka, dan sensasi tetap sensasi (tak sensasi tak Galaksi la namanya kan?).

    Rakaman Galaksiraya kami buat kat Menara KL hari Selasa 26hb Julai lepas. Lokasinya suasana rumah-rumah tradisional pelbagai negeri.

    Kemunculan artis-artis popular seperti kumpulan lawak Sepah, Enot, Ifa Raziah, Fida, Kumpulan indie Awan Band, gitaris lagenda popular Rosli Mohalim bersama anaknya seorang pelapis generasi hero gitar tempatan iaitu Afiq, Didie Alias, Ida Moin, dan Kilafairy dah bikin gamatkan suasana dengan keletah spontan dan lucu mereka. Pengacara Galaksi Ikhwan Hot FM tak ketinggalan tampil kendalikan program ini.

    Ooppps!.....tarikan Galaksiraya bukan cuma itu aja tau!....dipadatkan lagi dengan paparan berita dan cerita sensasi.

    Eksklusif di program ini ialah rakaman detik-detik terakhir keadaan penyanyi era 60an Hasnah Harun sehari sebelum beliau dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi I.C.U dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Rakaman eksklusif ini dilakukan ketika majlis tahlil di rumah keluarga allahyarhamah di Johor Bahru.

    Turut dipaparkan ialah interbiu eksklusif pelakon popular Ziela Jalil yang mengimbau semula penampilan beliau suatu ketika dulu ketika popular di persada. Beliau menjelaskan apa yang membuatkan tergerak hati untuk mengubah penampilannya sebagai seorang artis seksi suatu ketika dulu.

    Wartawan Galaksi juga berkesempatan mengunjungi keluarga penyanyi Ameng Spring. Penyanyi itu kini sedang menjalani hukuman penjara kerana kes berkaitan dadah. Paparan syahdu ini menyentuh mengenai perasaan dan harapan keluarga Ameng Spring dalam menyambut Hari Raya pertama tanpa Ameng yang sedang menjalani hukuman.

    Aidilfitri tentunya lebih bermakna jika disambut bersama suami tersayang, tapi bagaimana rasanya bila kegembiraan itu tiada lagi?. Dalam kunjungan ke Jakarta, Indonesia wartawan Galaksi turut berkesempatan menemui penyanyi popular Rossa. Artis popular ini telah menceritakan perasaannya menyambut Hari Raya kali ini sebagai seorang janda. Benarkah kemeriahan menyambut Hari Raya dalam keluarganya terjejas...ataukah sudah ada penggantinya?.

    Turut dimuatkan dalam episod khas Galaksiraya ini ialah paparan gosip Scha Alyahya bersama kekasihnya Awal Ashaari dalam menyambut Hari Raya. Tidak ketinggalan bekas pengacara Galaksi iaitu Irma Hasmie tabah hadapi Hari Raya tahun ini berasingan dengan bekas kekasihnya Nabil.

    Gabungan paparan artis popular, artis masakini dan artis generasi pelapis ini dah tentu bikin Galaksiraya jadi satu program sensasi yang padat dan dinanti ramai.

    Ingat tarikh siarannya.....Raya ke 4, Jumaat 2hb Sept jam 9 mlm di TV9!
































    Tuesday 16 August 2011

    Berbuka dengan anak yatim










    Ramadhan tahun ni penuh bermakna. Nas dapat luangkan masa bertemu mesra dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh di batu 4, Jalan Apas, Tawau, Sabah.

    Pertemuan ini berlangsung hari Selasa 2 hb Ogos lepas. Gembira rasanya dapat bertemu mesra dengan lebih kurang 40 anak-anak yatim piatu di situ serta kakitangan rumah bakti berkenaan.

    Jutaan terima kasih Nas ucapkan kepada Datuk Jeffry Rosman atas usahanya terbangkan Nas dan Datuk Jem (seorang ushawan berjaya) ke sini. Dalam pertemuan itu sempat juga kami sampaikan kata-kata nasihat dan motivasi buat semua anak yatim penghuni di situ.

    Kumpulan Point pula sempat menyampaikan beberapa buah lagu berunsur pop dakwah untuk hiburkan semua di situ.
    Acara ini sedehana meriah dan penuh kenangan.

    Nas mengambil kesempatan ini mengucapkan salam ramadhan buat semua. Moga silaturohim antara kita kian erat selamanya.

    Monday 1 August 2011

    Saat terakhir arwah Hasnah Harun di GALAKSI RAYA 2011




    Minggu lalu Galaksi sempat membuat liputan majlis tahlil di rumah keluarga penyanyi popular 60an Hasnah Harun di Johor Bahru. Wartawan wakil Galaksi di JB iaitu Hasrey telah menemubual anak perempuan beliau iaitu Haslynda. Dalam keadaan pilu Linda telah menceritakan keadaan ibunya ketika itu.

    Hasnah Harun tidak dapat ditemubual pada waktu itu kerana dalam keadaan uzur akibat menderita sakit barah yang dialaminya. Dia langsung tiada daya untuk bercakap.

    Keesokannya, penyanyi veteran ini telah dimasukkan ke unit rawatan rapi I.C.U di Hospital JB.

    Hari ini (1hb Ogos 2011) sekitar jam 8 pagi, Nas dapat SMS dari Haslinda bahawa Hasnah Harun telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

    Moga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

    Rakaman saat-saat terakhir di majlis tahlil di rumah keluarga penyanyi serta keadaan beliau ketika sehari sebelum dimasukkan semula ke hospital akan disiarkan eksklusif di rancangan khas GALAKSI RAYA 2011 pada Hari Raya ke 4 nanti di TV9 jam 9 malam.

    Di zaman kegemilangan thn 60an dulu Hasnah Harun popular dengan lagunya Bersedih, Siti Zubaidah, Aliran Usia, dan banyak lagi.

    Al-fatihah.