Penaja :

Tuesday 19 April 2011

GALAKSI gegar Singapura!!

Menurut kajian kami Galaksi bukan saja dapat sambutan di Malaysia, tapi di Singapura juga!. Sebab itu kami pakat turun ke Singapura buat show sambil bermesra dengan peminat kat sana.



Dengan kerjasama dari Life Rekod Singapura, Orange Promotions dan Produksi Matahati akhirnya pada Sabtu 9hb April lepas acara 'Gerek...Bersama Galaksi' berlangsung dengan meriahnya di dewan Singapore Expo, Singapura.


Inilah pertama kali rakaman beberapa segmen popular di Galaksi dilakukan di atas pentas di depan penonton!. Rakaman segmen Terjah oleh Nas Ahmad (Penerbit dan wartawan Galaksi) dan segmen 'Rock Kiah Propa' berjaya mencuit hati penonton.


Selain anggota team Galaksi iaitu Nas Ahmad (penerbit / wartawan), Ikhwan (host), barisan wartawan dan jurukamera team Galaksi iaitu Rock Kiah Propa, Aimie, Zul dan Adeed, acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan ramai artis jemputan, antaranya Ezlynn, Lovehunters, Rahimah Rahim, Didi Cazli, kumpulan Xclusive, dan ramai lagi. Rakaman ini telah disiarkan di Galaksi (TV9) dan Melodi (TV3).


Buku 'Terjah' tulisan Nas Ahmad sendiri pun habis dijual di sana. Hasil jualan pakej bersama DVD Lovehunters ini didermakan kepada Masjid Alkaff di Upper Serangoon, Singapura.


Terima kasih warga Singapura dan warga JB yang turut bersama kami. Moga kita dapat berjumpa lagi di lain kesempatan.


Jutaan terima kasih juga kepada Encik Osman Arifin dari Life Rekod Singapura dan isterinya Sumariah Sata yang mengendalikan acara ini hingga sukses. Korang THE BEST!!!. Yeah!



Semua anggota team Galaksi turun padang!



Lovehunters dan peminat

Penonton dari berbagai generasi.

Team Galaksi dan host atas pentas.

Kumpulan Lovehunters kena terjah live di depan penonton oleh Nas.

Rakaman Nas terjah Rahimah Rahim live depan penonton.

Adeed rakam segmen 'Rock Kiah Propa' live atas pentas.

Ikhwan dan Kak Rock layan penonton.

Nas tandatangan buku 'Terjah - Nas Ahmad' tulisan Nas sendiri untuk jualan amal derma Masjid Alsagoff, Singapura.








Rock Kiah Propa bermesra dengan peminat Singapura.