Penaja :

Monday 30 August 2010

ARTIS PULA TERJAH WARTAWAN! (Petikan dari Bi-Pop / Berita Minggu, Ahad 29 Ogos 2010. Oleh : Raja Nurfatimah Mawar Mohamed)

(Nas Ahmad dedah, selongkar reaksi spontan wakil media dalam Melodi Raya 2)


Ketika Nas Ahmad atau Abang Rambut Kertak menerajui Melodi suatu ketika dulu sering terpapar beliau menerjah artis & selebriti menerusi segmen popularnya ‘Terjah!’. Dalam segmen itu Nas bukan sekadar menerjah untuk membongkar isu sensasi dan kontroversi malah turut mendedahkan keluhan, penderitaan dan kisah sedih yang menimpa hidup artis veteran & masakini.


Kini jejak langkah Nas menemubual artis secara spontan, mencungkil isu sensasi dan berani itu dirintis oleh lima anggota Skuad Melodi yang pernah beliau tubuhkan dulu, terdiri dari Michelle Wee (kini Penolong Penerbit), Azmi Jamsari, Azwan Azmi, Nik Shafiq Hadhari & Nurul Izza.


Namun pernahkah anda terbayang reaksi wartawan apabila mereka pula diajukan soalan sensasi seperti yang kerap mereka ajukan kepada artis?. Tambah menarik apabila insan yang menyoalnya itu adalah artis yang pernah diterjah suatu ketika dulu!. Ini antara tarikan yang dapat diikuti dalam Melodiraya Bahagian kedua.


Nas selaku penerbit dan pengarah rancangan itu berkata memang dirinya selalu amalkan kaedah ‘reverse psychology’ iaitu paparkan sesuatu yang menentang arus kebiasaan atau ‘out of the box’.


“Orang dah biasa tengok wartawan Melodi tanya soalan panas pada artis, tapi untuk rancangan khas ni saya lakukan yang sebaliknya iaitu artis pulak tanya soalan panas pada wartawan Melodi. Semuanya secara spontan. Bagaimana reaksi wartawan tu, adakah mereka juga gelabah, selamba, panik atau bersedia, semuanya akan tersiar nanti.


Semua reaksi spontan ini dilakukan ketika rakaman kunjungan pengacara dan Skuad Melodi ke lima rumah terbuka artis. Di setiap lokasi ketika wartawan tersebut sedang sibuk melakukan temubual artis, saya pula berpakat dengan salah seorang artis yang lain untuk ‘menerjah’ wartawan berkenaan. Reaksinya, ada yang menggelabah, terkejut, malah ada yang sebak bila ditanya soalan menyentuh emosinya. Saya tahu ini suatu yang sememangnya dinantikan ramai sejak dulu lagi. Ada juga artis yang sentiasa menanti peluang untuk mengasak wartawan ini. Jadi, inilah peluangnya”.

“Antara soalan yang diajukan artis kepada wartawan Melodi ialah berkaitan perasaan mereka apabila menerjah artis dengan soalan sensasi, tidak kah mereka rasa bersalah?, bagaimana pula bila kisah cinta dan perihal peribadi mereka dibongkar artis?. Dalam paparan ini ada seorang dari wartawan itu tidak dapat menahan sebak apabila disentuh mengenai peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam hidupnya. Untuk mengetahuinya, jangan lupa menonton Melodiraya episod dua nanti” katanya.


Berbeza tahun sebelumnya, Melodiraya tahun ini bakal muncul dalam dua episod berbeza, iaitu Melodiraya 1 (episod satu) dan Melodiraya 2 (episod dua). Rakaman episod satu berlangsung di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 20 Ogos lalu dan diterbitkan oleh Azman Ghaffar manakala rakaman untuk episod dua pula telah siap rakaman oleh penerbit dan pengarahnya Nas Ahmad.


Nas berkata Melodiraya 1 mengekalkan suasana gemilang sambutan hari raya bersama artis, Melodiraya 2 pula memaparkan pengacara program itu, Wahid dan Fara Fauzana dan wartawan Skuad Melodi mengunjungi beberapa rumah terbuka pada hari raya. Rakaman Melodiraya 2 berlangsung sejak 24hb Julai lalu.

Katanya, pihaknya melakukan penggambaran di lima lokasi, iaitu rumah salah seorang peminat setia Melodi, sebuah restoran bersama artis-artis MIG Productions, di restoran lain bersama artis popular Warner Music, tinjauan kumpulan popular Indonesia, Kotak mengunjungi rumah terbuka kumpulan Sofaz dan rakaman rumah produser filem terkenal Profesor Abdul Razak Mohaideen bersama pelakon filem 4 Madu dan Dewi.


Melodiraya 1 menemui penonton pada Ahad 12 September ini, manakala Melodiraya 2 pada Ahad 19 September di TV3 jam 12:30 tengahari.

Baca tulisan Mama Juwie pulak. Klik kat sini :
http://auwjuwie.blogspot.com/2010/08/artis-terjah-wartawan-hiburan-dalam.html





Thursday 26 August 2010

Kena PAKSA menari zapin!!....

Aarrgghh!!.... Diaorang ni betul nak kenakan Nas. Dah tau Nas tak boleh menari, kalau menyanyi pulak laaagi le hancus!, itu le yang diaorang paksa Nas buat!.


Ini le peristiwa busuk yang berlaku kat rakaman Mentor 4 Raya lepas. Rakaman kat Sri Pentas 2 kat Plaza Alam Sentral Shah Alam. Dalam program khas ni semuanya spontan. Kira naaasib le siapa antara mentor, protege, atau pengacara kena suruh buat apa.


Mulanya Joe Flitzow yang terkenal dengan identiti rap dia tu kena paksa menari zapin. Kelam kabut dia nak menggayakan tarian tu. Protege dia si Ila tu kira orait le jugak, boleh le layan tapi Joe tu lebih baik tak menari daripada menari!. Heh heh.


Lepas habis dia menari, tetiba si Mas Idayu sudah jerit mintak Ally Iskandar & Nas pulak menari zapin. Aarrgghh!!!....mana nak lari ni?!!!...penonton dah ramai bersorak tu!.


Mau tak mau, boleh tak boleh....terpaksa le hayunkan je. Ally Iskandar tu kira orait le jugak, nampak le sikit langkah & lengguk zapin dia tu, tapi Nas.........fuyoo, keras kejung!!. Korang boleh bayangkan tak camna kalau Mr.Bean joget zapin?.....ha cam tu le Nas.


Dah le baju sponsor yang Nas kena pakai masa tu besar gedabo!....laaagi le nampak macam jin. He he..


Nak tengok?....nak tengok tak?....


...ha kalau nak tengok boleh tengok kat rancangan khas Mentor 4 Raya nanti.


Bila tu?.....


Hari raya ke 10 pada 19hb Sept mulai jam 9 malam kat TV3.


Teeengok le korang nanti. Tapi....jangan gelak lebih-lebih aa. Sikit-sikit je dah. Heh heh. 









Tuesday 17 August 2010

Kumpulan rock Jerman nyanyi lagu rock Melayu

Korang pernah dengar tak kumpulan rock Mat Salleh dari Jerman nyanyi lagu rock Melayu?
Adaaaaa.....
Ni ha kumpulan rock Dark Sky dari Jerman pernah bukan setakat nyanyi tapi rakam lagu rock Melayu, lagu 'Masih Ada Rindu' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan The Unwanted (vokalisnya Hanafie Warren) dari Singapura.
Walaupun sebutan Mat Salleh tu pelat (ikut slanga Mat Salleh cakap Melayu) tapi...boooleh le layan.
Jom layan klip videonya ni ha.

Thursday 12 August 2010

POSE DENGAN MIA!!

He he...kenangan manis kat Jomheboh Melaka 8hb Ogos lepas!. I sempat posing dengan MIA!!!. 
Kenal Mia tak?
Yes....dia pelakon kanak-kanak popular sekarang. Comel!....pintar!....pandai berlakon!. Antara lakonan dia boleh tengok kat drama 'Epilog Syurga Cinta' yang tengah tayang kat TV3.
Masa mula Nas jumpa dia kat set siaran langsung Melodi kat Jomheboh Melaka tu tetiba dia mintak Nas dukung dia. Bila bapak dia (yang kebetulan ada kat situ) tanya kenapa suka kat abang ni, tau apa Mia jawab?.....

Mia jawab "Sebab abang ni ROCK!!!!".......
Aarrgghhh, jadi haru le pulak!. He he.

Sejarah baru kami!

Ahad 8hb Ogos 2010....sejarah baru bagi I dan Za'im Helmi Zaini (finalis Top Host). 
Bagi Za'im...pertama kali dia jadi pengacara konsert....
...bagi I, walau dah biasa jadi pengacara (Mentor, dan majlis / acara luar) tapi ni le pertama kali jadi pengacara konsert!.
Kami jadi pengacara bersama untuk Konsert Mini Jomheboh 2010 kat Melaka Bandaraya Bersejarah.
Harap sejarah ni berterusan. Yeah!

Konsert mini ni tak siar kat TV, cuma orang kat Melaka je dapat tengok. So, jom layan gambarnya. 
Nas dan Za'im mengacarakan bersama.

Ramainya penonton

One Nation Emcee hilang sorang anggota!

Soalan panas pada One Nation Emcee!

Sheila....bapanya jutawan, anaknya rupawan, tengok dia nyanyi...tak tahan!

Zehra Zamri tetap gelek!

Fazli Zainal hiburkan penonton.

Kasi Fazli pulak soalan panas!

Artis baru ni namanya....Shima

Shima yang ni tak nyanyi lagu 'Teringin'!

Wow......dah lama tak tengok Ezlynn nyanyi!

Adam dan penarinya tutup persembahan.

Sempat lagi interbiu Ezlynn!

Salam orang Melaka